Followers

Destinasi cintaku?

Friday, October 30, 2009
" kalau mama minta, win kahwin dengan si Eddie, win nak tak?" Mama bertanya aku. Aku buntu. Ni si Eddie mana pulak. Aku mana la kenal Eddie tu. Eddie, yang aku tahu ialah Eddie yang sombong dan bolehlah aku kategorikan sebagai mamat sengal dalam kelas aku dulu. Lelaki yang aku suka jugak. Ceh cinta pertama aku tu.

"ni, Eddie mana pulak mama? Win tak kenal pun. Mama jumpa kat mana?" tanyaku pada mama. Kepalaku pening, pusing dan melayang....
"laa.. budak tu kata dia kenal Win. Siap suruh mak dia datang tanyakan Win untuk dia." Mamaku menjelaskan dan ini memang menambahkan kebuntuan di hati aku.
" ikut mama la. Kalau mama berkenan mama terima je la. Win ikut je." Aku malas nak berhujah malam-malam ni. Lagipun mama macam nak aku terima je lamaran Eddie the mystery guy. Kalau aku bantah nanti mama mesti mengungkit. Jadi jalan yang terbaik adalah redha je la.
Cakap pasal Eddie ni buat aku rasa sayu la pulak. Teringat pulak aku pada mamat sengal yang pernah aku sayang dulu. Bila aku fikirkan balik, hish macam manalah aku boleh sukakan dia dulu. Ye la dia yang buat aku jadi alergi pada insan yang bernama lelaki.

 
Loceng kelas berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Aku sedari tadi syok menulis surat cinta kepada putera idamanku, Eddie. Hish, surat ni mesti dihantar kepada Eddie. Aku mesti luahkan perasaan aku pada Eddie. Setelah berhempas pulas mengarang surat cinta, akhirnya siap juga surat cintaku dengan cukup-cukup 180 patah perkataan tidak termasuk perkataan di sampul surat.Yeye dah siap. Ok sekarang letak bedak Carrie Junior banyak-banyak. Baru wangi sikit. Kertas wangi yang aku nak beli tu mahal sangat. Jadi terpaksalah gunakan cara zaman tok kaduk ni. Tergopoh gapah aku menyiapkan persiapan terakhir untuk menghantar surat.Cepat-cepat nanti dia masuk kelas pulak. Aku memerhatikan keadaan sekeliling,kelihatan Eddie berjalan ke arahku. Kacaknya dia. Kalaulah dia ni pakwe aku, mesti Tasya melopong siap gigit jari lagi.
"Win, kau ni kenapa?" Eddie mengur aku. Bedak Carrie Junior yang dipegang aku cepat-cepat disembunyikan di bawah meja. Malu aku. Aku menggelengkan kepala. Eddie mengangkat kening.
"Eddie, balik sama nanti ok?" ujar aku. Mengharap. Eddie yang baru nak melangkah ke mejanya terus berpaling ke arahku. Dan dia menggangguk. Aku tersenyum. Surat yang sudah siap ditulis aku masukkan dalam sampul surat berwarna merah jambu.
Jam-jam seterusnya didalam kelas aku isikan dengan merangka ayat-ayat indah untuk meluahkan perasaan pada Eddie. Loceng berbunyi lagi menandakan waktu untuk pulang. Ini bermakna masa untuk aku meluahkan perasaan makin hampir. Eddie menghampiri aku dengan beg sandangnya yang berwarna merah. Kacak. Lantas aku mengambil fail dan beg sandangku dan berjalan beriringan dengannya untuk pulang ke rumah.
"Eddie, sebenarnya Win nak cakap sesuatu dengan Eddie." Aku tak berani memandang muka Eddie. Eddie kehairanan.
" Cakap la. Aku dengar ni." Eddie berjalan sambil mengenyitkan mata kepada junior kami. Aku lupa pulak nak bagi tahu yang Eddie ni memang banyak peminat terutamanya dari junior.
" aku...aku .." hish apesal pulak aku tergagap-gagap ni. Cool baby. Eddie je kan, bukan kau tak biase cakap dengan dia. Lantas aku kumpul segala kekuatan dan...
" Aku sukakan kau Eddie" aku menjerit dan Eddie tersentak. Lolipop yang baru nak disumbatkan ke mulutnya terjatuh dari pegangannya. Mulutnya melopong. Aku pulak malu sendiri.
"heeee.... kau ni biar betul. Takkan la kau suka kat aku?" boleh pulak si Eddie tanya macam tu kat aku.
" aku suka la kat kau. Nape tak boleh ke?" berani betul aku mengeluarkan ayat macam tu. Eddie tergelak.
" tak la boleh je kau suka kat aku tapi aku memang tak suka kat kau. Kau ingat tak ciri-ciri perempuan idaman aku?" jawapan Eddie memang mengecewakan aku.
"ingat. Cantik, putih, rambut panjang dan langsing." Aku cuba mengingati ciri-ciri perempuan idaman Eddie.
" haa..kau tau tak..kau ni langsung takde satu pun daripada ciri-ciri tu tau. Jadi logik la kalau aku tak suka kat kau. Aku harap kau faham." Eddie berjalan laju ke hadapan meninggalkan aku di belakang keseorangan. Aku berjalan laju untuk mengejar Eddie.Surat cinta yang aku karang tadi kubiarkan berada di dalam fail.

 
Esoknya aku ke sekolah seperti biasa. Eddie seperti mengelak daripada bercakap dengan aku. Biarlah orang dah tak sudi takkan aku nak terhegeh-hegeh. aku membuka fail dan mengeluarkan beberapa helai kertas kajang. Aku mahu menulis esei yang harus dihantar kepada buletin sekolah. Tiba-tiba surat cinta aku terjatuh dan malangnya Tasya mengutipnya. Alamak apesal la aku tak buang je surat tu semalam. Habislah kalau minah ni tahu. Kecoh satu sekolah nanti.
" eh, surat... dalam sampul merah jambu lagi. Kita tengok untuk sape ni." Tasya membelek-belek sampul surat tu dan ternampak nama Eddie tertera di situ. Lantas dia tergelak. Aku tanpa membuang masa terus mengambil surat itu dan menyimpannya dalam poket bajuku.
" Well, dalam kelas pun nak pakai surat-menyurat jugak ke?" Tasya ni memang nak kene ni. Tak tahu nak hormat privasi orang langsung. Aku geram.
" Dah la Tasya. Pergilah main jauh-jauh." Tasya menurut tapi tak sangka dia menyebarkan perkara itu kepada satu kelas. Dan terjadilah peristiwa hitam dalam hidup aku. Eddie berdendam dengan aku. Rakan-rakan lelaki dalam kelas aku menjadikan aku sebagai bahan gurauan. Ejekan daripada rakan sekelas juga menjadi-jadi. Lebih menyedihkan, Eddie juga turut terlibat dalam sesi mempersendakan aku. Aku sedih melihat Eddie.
Pernah sekali aku berjalan ke kantin dan Eddie sengaja menguatkan suaranya sewaktu bercakap dengan Remy di kantin.
" eh kau tau tak..ada ke patut dugong tu perasan aku suka kat dia. Siap cakap dengan aku lagi dia suka kat aku. Aku dah layan sebagai kawan pun dia patut bersyukur tau. Boleh pulak nak aku suka kat dia. Heeeee geli aku tengok muka dia. Perempuan tak tahu malu. Agaknya dah takde orang suka kat dia tak." Eddie ketawa selepas menuturkan kata-kata tersebut. Remy juga tumpang sekaki. Aku sedih dan seleraku mati tiba-tiba.
Aku bertahan dan bertahan sampailah hari terakhir aku menjawab peperiksaan sijil pelajaran malaysia. Kalau rakan sekelasku yang lain berkumpul sebelum berpisah, aku terus memanjangkan kaki aku kembali ke rumah secepat mungkin. Malas nak melihat orang-orang yang mempersendakan aku. Nombor telefon bimbitku kutukar supaya tiada yang dapat menghubungi. Dan apabila keputusan SPM diumumkan, sengaja aku mengambilnya seminggu lewat supaya tidak bertemu dengan rakan sekelasku. Reunion? Aku langsung tak ambil tahu.

 
Sedang asyik aku mengelamun di atas buaian, tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. Ini bukan suara mama. Suara papa? Tak mungkinlah. Papa kan ada kat Sarawak sekarang. Along? Lagi la tak mungkin. Along kan tengah honeymoon dengan kak Zana. Azmir? Tak la... dia kan tengah belajar lagi. Habis siape ni? aku memandang ke arah tuan punya suara. Lelaki. Berkemeja dan berseluar slack hitam. Gayanya seperti baru pulang dari pejabat. Mujurlah aku bertudung. Aku hanya memakai T-shirt lengan panjang dan seluar track. Aku memandangnya.
" ya. Encik nak jumpa siapa? Mama saya ada didalam rumah. Nanti saya panggilkan." Aku bingkas bangun dan berjalan menuju ke dalam rumah. Kelihatan mama sedang bersembang dengan seorang wanita yang kukira seusia dengan mama.
" mama.. ni ada orang nak jumpa." Jawabku ringkas. Lelaki tadi tersenyum. aku menyalami wanita itu.
"Eddie dah cakap dengan Win?" tanya mama kepada lelaki itu. aku terkedu. Lelaki itu adalah Eddie. Lantas aku mengamati parasnya. Dia seakan Eddie yang aku kenal dulu. Mungkinkah dia orang yang sama?
"hai, lama tak jumpa? Takkan dah lupa? Eddie." Lelaki yang membahasakan dirinya Eddie masih menunggu reaksi aku. Aku senyap. Lantas aku berjalan keluar ke arah buaian tempat aku mengelamun tadi. Langsung aku tak menghiraukan Eddie.
" Win. Dengar tak apa yang Eddie cakap ni?" Eddie semakin tak puas hati bila aku berdiam sahaja sedangkan dia bercerita betapa menyesalnya dia mempersendakan aku dulu. Langsung aku tak memandangnya.
" Habis kau nak aku buat macam mana?" Aku bersuara akhirnya. Eddie kelihatan lega.
" Jom kita kahwin. Eddie tahu Win sukakan Eddie. Eddie pun dah sedar yang sebenarnya Eddie suka kat Win" semudah itu sahaja Eddie menuturkan kata-kata itu. Aku bungkam. Aku diam. Malas nak menjawab. Biarlah lelaki yang bernama Eddie wujud sekali sahaja dalam hidupku.

 
Sejak kes Eddie bersama maknya datang ke rumah aku, mama sibuk-sibuk mempromosikan Eddie kepadaku. Mama tak mengerti perasaan aku. Eddie yang membuatkan aku menderita. Dia yang menyebabkan aku kehilangan keseronokkan alam sekolah. Tapi aku harus berterima kasih kepada dia, kerana dia aku kurus, kulitku kini putih dan ternyata aku kini dah tak seperti dahulu. Papa menyuruhku menerima Eddie. Malah memberikan lesen untuk Eddie membawaku keluar. Bagus betul papa ni. papa betul-betul berharap aku berkahwin dengan Eddie. Dan secara senyap-senyap papa dan mama sudah menerima pinangan daripada keluarga Eddie. Dan yang tak bestnya aku takkan bertunang dengan Eddie tapi terus je berkahwin. Aku terkejut beruk mendengarkan keputusan papa. Papa memang nak aku merana agaknya.Eddie pulak tiap-tiap malam menelefon aku. Dah naik muak aku mendengar suaranya. Akhirnya tibalah hari yang membahagiakan bagi Eddie dan menderitakan bagi aku. Dengan sekali lafaz sahaja aku menjadi milik sah Eddie. Dan majlis perkahwinan kami berjalan lancar.
Malamnya pulak, aku lihat Eddie baru masuk ke bilik tidur kami. Rambutku yang panjang kubiarkan lepas. Malas nak mengikat rambut. Entah mana la aku letakkan getah rambut tu. Eddie melihat aku sedang asyik melayari internet dengan komputer ribaku. Malas aku nak melayan dia. Eddie mengambil tempat di sebelah aku. Aku mengesot sedikit. Bahaya duduk rapat-rapat macam ni. Tangan Eddie membelai rambut aku. Aku menepis. Tak suka diperlakukan sebegitu. Eddie tersenyum. Lantas dia menarik tanganku. Aku melawan. Dia tersenyum.
" Eddie, boleh tak jangan ganggu aku. Pergi main jauh-jauh." Aku bersuara selepas perangai Eddie sudah tak terkawal. Eddie tersengih. Seronok sangat la tu dapat mengacau aku. Dia buat tak peduli. Aku pun menyambung kerja-kerja aku yang tertunggak. Tiba-tiba shah membuzz aku. Eddie mengangkat kening. Cemburulah tu. Aku membalas. Sempat jugak aku bersembang dengan Shah di ruangan maya ni. Eddie buat muka tak puas hati. Lama-kelamaan aku dirundung rasa bersalah kerana membiarkan suami aku terkulat-kulat di dalam bilik tanpa mempedulikannya. Biarlah aku mengalah malam ni. Lagipun aku kan nak jadi isteri yang baik. Komputer riba aku ditutup dan aku melangkah ke katil. Cantik betul katil ni. aku lihat Eddie sudah mengambil tempatnya di atas katil. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Sempat aku mengambil Teddy Bear yang aku sorokkan di dalam almari. Hish ni kalau mama tahu mesti mama mengamuk sakan. Eddie hairan.
"Nak buat apa dengan bear tu? Takkan nak tidur sekali kot?" Eddie menyoal setelah aku naik atas katil.
" Nak peluk." Jawabku ringkas. Eddie cuba mengambil Teddy bear daripadaku. Aku mengelak. Setelah bergelut denganku Eddie akhirnya dapat merampas Teddy bear daripadaku. Aku geram bila Eddie memeluk Teddy bear aku.
" Kan dah ada suami. Buat ape la peluk bear ni. Peluk abang je la ok. Sayang." Meremang bulu roma aku mendengarkan Eddie menuturkan kata-kata tersebut. Memang gatal miang laki aku ni. Macam mane la mama dan papa boleh berkenan nak jadikan dia ni menantu.
" Tak nak. Dah la orang nak tidur ni. good night." Ujarku. Lantas selimut ditarik sampai ke paras dadaku. Aku tutup lampu meja dan memejamkan mata. Aku tak tahu la Eddie tidur ke tak. Sedang elok aku nak terlelap, aku merasakan tangan Eddie melingkari pinggangku. Aku cuba meloloskan diri dari pelukan Eddie tapi semakin erat pulak.
"Eddie, jangan la macam ni. panas la." Aku merengek meminta Eddie melepaskan aku namun tiada tanda-tanda Eddie akan melepaskan aku.
" hmm.. kiss me first and I'll let you go." Eddie berbisik perlahan dan meremangkan bulu roma aku. Biar la aku rela dipeluk daripada kene buat seperti permintaan dia tu. Akhirnya aku selesa lena dalam pelukannya.

 
Sedar tak sedar dah tiga bulan aku berkahwin dengan Eddie. Aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa dan begitu juga Eddie. Mungkin bagi aku kerja sudah bertambah sekali ganda daripada dulu. Memasak, menggosok baju, mencuci baju dan menyediakan keperluan Eddie sudah menjadi rutin harian aku. Keperluan Eddie memang aku jaga. Eddie pun sudah tak mempedulikan aku lagi. Suatu hari, aku terdengar perbualan telefonnya dengan Remy.
" Aku memang cintakan bini aku tu tapi dia tak percaya la. Aku rasa dia macam sakit hati lagi pasal dulu tu." Ujar Eddie. Betulkah dia cintakan aku? Aku terlalu takut dipersendakan seperti dulu. Aku biarkan Eddie menyambung perbualannya di telefon. Setelah Eddie meletakkan ganggang telefon aku menghampirinya dengan segelas air nescafe di tangan.
"Minum." Aku mempelawanya. Eddie tersenyum. Lantas aku ditarik untuk duduk bersebelahan dengannya di sofa. Aku hanya menurut. Rancangan televisyen malam ni memang menarik. Aku memberikan sepenuh perhatian ke kaca televisyen. Eddie juga begitu. Lantas aku melentokkan kepalaku ke bahu Eddie. Saje je aku nak bermanja. Eddie agak terkejut namun dia berlagak biasa sahaja.
Entah bila aku terlelap pun aku tak tahu. Yang pastinya Eddie mengangkat aku ke bilik tidur kami. Aku bangun dengan seronoknya pagi esok. Aku lihat Eddie sudah bangun. Siap dengan sarapan pagi untukku. Segan pulak, dah la aku tidur balik lepas subuh tadi. Ingat nak bangun pulak pukul tujuh alih-alih boleh terlajak sampai pukul lapan.
" Makan sayang." Eddie mempelawaku makan. Aku segan. Boleh pulak sarapan kat bilik tidur macam ni. Atas katil pulak tu. Baik aku pergi mandi dulu.
" Jap nak pergi mandi dulu." Ujarku. Eddie hanya menggangguk dan tersenyum.
Selesai mandi aku bersarapan bersama Eddie. Hubungan kami semakin baik semenjak dua menjak ni. Perlahan aku melabuhkan punggung di sebelah Eddie. Eddie menarikku supaya rapat dengannya. Aku hanya menurut. Sesi suap menyuap sarapan pagi pun ada tau. Bahagia betul rasanya. Perlahan Eddie memeluk aku. Dan aku hanya membiarkan sahaja.
"I love you." Eddie menuturkan kepadaku. Hatiku berbunga-bunga. Semua jenis bunga ada. Nak bunga apa? Cakap je semua ada.
" Me too." Aku membalas. Perlahan. Namun dapat ditangkap oleh Eddie. Eddie mengeratkan pelukannya.
" Kita jangan jadi macam ni lagi ok. Abang sayangkan Win dan hanya Win layak duduk dalam hati abang. Tak ada orang lain tau." Aku tersenyum. Lantas aku membalas pelukannya. Biarlah aku dah tak kisah lagi. Dan kini aku yakin yang Eddie adalah destinasi cintaku yang terakhir. Ya.. dia yang pertama dan terakhir. Eddie Asyraf...aku cintakan kau!!!!!!

 

 

2 comments:

  1. Unknown said...:

    cam xpuas hati la plak..mcam mana eddie tu bleh jumpa balik dgn win?? lg satu,dia sukakan win selepas win dah jadi cantik kea??