Followers

Kisah budak matrik-cinta Tia 2

Sunday, December 26, 2010


Kuiz biologi baru sahaja selesai.Dari bangunan tutoral, Mimi dan Tia berlalu ke dewan kuliah tiga. Mereka terpaksa merentasi padang untuk sampai ke dewan kuliah lebih cepat. Tia mencari telefon bimbit di dalam beg kuliahnya setelah beg kuliahnya bergegar. Mimi sudah jauh meninggalkannya ke belakang. Sedang asyik mencari telefon bimbitnya, dia terlanggar sesorang. Buku dan failnya terjatuh. Mujurlah telefon bimbitnya tidak terhempas.

"Maaf. Saya tak sengaja." Ujarnya secara spontan tanpa memandang wajah orang yang dilanggarnya.

" Takpe." Buku dan failnya dikutip dan ingin segera dia berlalu ke dewan kuliah. Dia bangkit dan matanya tertancap pada wajah itu.

' bukan ke dia budak yang aku langgar kat kafe tu?' Tia bermonolog dalam hati. Budak lelaki itu hanya bersikap selamba. Kemudian kedengaran bunyi-bunyi sumbang yang dihasilkan oleh rakan-rakannya.

" hoi, udah-udah la buat drama bersiri tu. Kite ade kelas lepas ni." rakan lelaki itu memberikan respon yang kurang menyenangkan. Terkocoh-kocoh budak lelaki itu mengambil fail. Kemudian dia terus mendapatkan rakan-rakannya tanpa memohon maaf kepada Tia. Tia hanya senyap. Dan dia berlalu ke dewan kuliah tanpa berpaling ke arah budak lelaki itu.

_______________________________________________________________


Seperti biasa Tia makan tengah hari bersama Mimi. Sudah menjadi rutin hariannya untuk meluangkan masa bersama Mimi selepas kelas dengan makan bersama-sama. Dan inilah waktu yang paling sesuai untuk Mimi mengorek perihal drama sebabak di padang tadi.

" apa hal tadi?" Mimi memulakan sesi soal siasat. Tia menguis-nguis nasi yang masih berbaki di pinggannya. Lauk ayam goreng dengan sayur kobis goreng tak mampu membuka seleranya tengah hari itu.

" mane ada la. Aku just terlanggar budak kat padang tadi." Tia menerangkan. Mimi mengerutkan kening. Tak puas hati mungkin dengan jawapan stereotaip yang diberikan Tia.

" so?" Mimi ingin mengorek rahsia lagi namun Tia pantas mengubah topik perbualan.

" eh ada lagu baru la kat Mtv." Tia cuba mengubah topik. Mulutnya dijuihkan ke arah televisyen yang sedang dipasang di Kafe A. Mimi memang sukakan rancangan Mtv. Dan tumpuan Mimi beralih ke arah televisyen.Tia? lega di situ.

" Tia? Jangan ingat kalau kau cakap pasal Mtv aku boleh lupa pasal drama sebabak kau kat padang tadi." Mimi masih ingin mengetahui perihal drama itu. dia terlalu teruja mengenai Tia.

" la, aku ingat kau dah tak nak cakap pasal tu bila tengok Mtv tu." Tia menyeringai. Bebola mata Mimi masih memandang ke arah televisyen. Tia menghirup air yang masih berbaki di gelas. Dia hanya berdiam diri. Mungkin itu yang terbaik.

___________________________________________________________________


Hari jumaat ditabalkan sebagai hari kimia sedunia. Tia bangun awal hari ini. Menyiapkan tutorial kimia yang masih belum disiapkan. Encik Syed pasti akan melakukan sesuatu yang pelik hari ini.

Seperti biasa kelas bermula pukul lapan. Tia ke makmal Kimia satu untuk kelas tutorial kimia. Sudah menjadi rutin kelas tutorial akan diadakan di situ.Sedang asyik menunggu kehadiran Mimi, telefon bimbitnya bergetar menandakan mesej diterima. Tia membacanya.

'kelas kimia akan diadakan di library. Sebarkan pada yang lain.'

Lantas Tia menghantar beberapa mesej kepada rakan sepraktikumnya. Dan dia berlalu ke perpustakaan dan duduk di bangku yang ada di perpustakaan.

Kelihatan Mimi sedang berjalan menuju ke arahnya. Dikerling ke arah jamnya. Pukul tujuh lima puluh lima minit pagi.

'mesti bangun lambat pagi tadi.' Tia meneka.

" hoi, lambat datang?" Tia menyindir Mimi. Mimi mengangkat keningnya.

" ala, kau takkan tak tahu. Aku ni kan susah sikit bangun pagi. Alergik tau. Tapi aku solat subuh tau pagi tadi." Ujar Mimi menyakinkan Tia.

" ape daa kau ni. kau dah siap tuto Encik Syed?" Tia sahaja melemparkan soalan itu kepada Mimi walaupun dia tahu pastinya Mimi menyiapkan tutorial itu.

" siap la jugak. Tapi ada jugak soalan aku tinggal. Tak dapat jawapan." Mimi menyuarakan selepas mengeluarkan beberapa helai kertas kajang yang telah dikepilkan. Di atas kertas kajang tersebut terdapat jawapan bagi tutorial kimia. Mereka membandingkan jawapan sehinggalah Encik Syed menampakkan dirinya.

_______________________________________________________________


Encik Syed mengeluarkan beberapa batang whiteboard pen dan menuliskan nombor soalan tutorial di atas cermin tingkap di perpustakaan. Cermin tingkap tersebut berada di laluan antara dewan kuliah dengan dewan serbaguna. Jadi apabila jarum jam mencecah ke angka sembilan pagi pasti laluan itu akan penuh dengan pelajar-pelajar yang berulang alik ke bangunan tutorial dan sebagainya.

" hah Tia, awak buat soalan ni. siap nanti awak terangkan pada kawan-kawan awak ok." Encik Syed tersenyum memandang Tia yang terpinga-pinga. Mimi berjalan mendekati Tia.

"woi, kau dapat soalan apa?" Mimi menegur Tia. Tia memandang kertas kajang yang sudah tercatat jawapan bagi soalan tutorial kimia.

" soalan lapan. Kau?" tia memandang kertas tutorial yang telah ditulis jawapannya dan menyalin kembali jawapannya ke cermin tingkap tersebut.

" aku dapat soalan enam." Mimi kembali ke tempatnya selang satu cermin daripada Tia.masing-masing sibuk menyiapkan soalan tutorial yang diberikan kepada mereka.

Akhirnya sampai masa untuk menerangkan kepada rakan sepraktikum. Dari soalan satu sehinggalah soalan tujuh, semuanya berjalan lancar. Apabila sampai giliran Tia, jam sudah menunjukkan pukul sembilan. ini bermakna laluan tepi perpustakaan akan sesak nanti.

" okay sekarang soalan lapan. Haa..siapa cikgu bagi soalan ni?" Encik Syed memandang Tia.

Tia menerangkan soalan itu dengan penuh jayanya. Tiba-tiba dia merasakan bilangan rakan sepraktikumnya bertambah.

'apasal ni? macam ramai je.' Tia menjenguk-jenguk. Mimi kelihatan tersengih-sengih.

'la, budak-budak ni ingat ada festival ke kat sini? Siap berkumpul beramai-ramai tengok aku present benda ni.' tia menyedari ramai pelajar lain turut tumpang sekaki mendengarkan penerangannya mengenai soalan nombor lapan. Di celah-celah keramaian orang itu, dia ternampak kelibat lelaki itu. budak comel itu dengan rakan-rakannya. Pandangannya teralih kepada Mimi. Mimi tersengih dengan jayanya.

'patutlah Mimi sengih bukan main. Budak ni ada rupenya. Mesti nak perli aku tu.' Tia memandang ke arah budak comel itu. Dia tersenyum.

' Tia itu semua perasaan kau je. Dia senyum dekat Encik Syed je. Jangan perasan.' Tia cuba tidak memperasankan diri.

" okay kelas dah tamat. Boleh bersurai sekarang." Encik Syed menyuraikan kelas setelah mengamati jamnya.

Dan Tia berlalu ke kelas seterusnya. Fikirannya masih melayang terhadap peristiwa yang berlaku tadi.

' perasaan sahaja. Tia, sila berpijak di bumi yang nyata.'