Followers

Kisah budak matrik: cinta Tia 3

Tuesday, December 28, 2010


Pukul 6.30 pagi. Ketukan pintu mengejutkannya. Tia baru sahaja ingin tidur semula selepas subuh namun tidak jadi lantaran ketukan pintu yang begitu kuat. Perlahan dia bangun dari katil dan berjalan ke arah pintu. Dibukanya perlahan-lahan. Sara.

" Tia, jom gi main tenis. Kalau tak nak kita jogging pun okay jugak." Sara mengajak Tia beriadah pagi ahad itu.

" Ngantuk la Sara." Tia mengeyeh-ngeyehkan matanya. Sara menunjukkan raket tenis kepunyaannya. Berserta bola. Tia menguap. Sebetulnya Tia tak reti bermain tenis. Sebolehnya dia cuba mengelak namun..

" Ala jom la. Cheetah join sekali." Sara cuba memancing Tia untuk turut serta memeriahkan pagi ahad yang hening itu. apabila melihat Tia yang seakan tak berminat, Sara mencuba aksi muka comel. Melihat kesungguhan Sara, Tia akhirnya..

" okay, aku tukar baju kejap." Tia mengalah setelah dipujuk Sara.

_______________________________________________________


Tia memukul bola dengan raket tenisnya. Sesekali matanya meliar melihat Cheetah sedang ligat berbual dengan Encik Hadi, pensyarah matematik. Encik Hadi merupakan pensyarah matematik yang menjadi kegilaan pelajar perempuan di situ. Pensyarah yang rajin bersukan. Tambahan pula dengan status Encik Hadi yang masih bujang menaikkan lagi sahamnya. Kalau Tia menaiki Unit matematik, sudah menjadi kebiasaan meja Encik Hadi penuh dengan pelajar.

Sara memukul bola ke arah Tia namun tersasar jauh ke luar gelanggang. Dengan berat hatinya, Tia mengejar bola itu dengan niat ingin mengutipnya kembali. Namun matanya tertancap ke arah seseorang yang sedang memegang bola tenis itu.

" awak punya?" budak lelaki itu menegur. Tia mengangguk sedikit.

Lantas bola itu dilemparkan ke arah Tia. Tia menyambutnya. Dilihatnya budak lelaki itu sedang menuju ke arah gelanggang tenis dengan rakannya yang rupanya seakan-akan Hans Isaac. Budak lelaki yang sama. Tia meneliti wajah budak lelaki itu. Rambut pacak, berkulit cerah dan kesimpulannya comel.

" selalu ke turun main kat sini?" rakannya menegur Tia.Tia sedikit tersentak. Budak lelaki itu hanya senyap. Tanpa sedar mereka berjalan seiringan.

" tak selalu. Biasanya jogging je." Tia membalas. Budak lelaki itu hanya mengangguk.

'dia ni peramah tak macam budak tu. Sombong!' umpat Tia dalam hati.

" by the way, saya Wafiy dan dia Ash." Rakannya memperkenalkan diri setelah sampai ke gelanggang tenis.Tia tersenyum

' perlu ke aku bagitahu nama ni? erm apa salahnya kan. Lagipun si wafiy ni kacak juga. Boleh tambah stok pakwe.' Tia bermonolog.

" Tia." Dan mereka berbalas senyuman kecuali Ash.



Sara memukul bola tenis ke arah Tia. Namun sekali lagi Tia tak dapat memberikan pukulan balas kepada Sara. Wafiy hanya tersengih memandang permainan yang teruk daripada Tia. Ash di sebelahnya sedang membetulkan tali kasut. Nampak dia sedang bersedia untuk bermain.

" Tia, cuba lagi." Cheetah memberikan sokongan. Di sampingnya Encik Hadi.Tia mengutip bola dan meneruskan permainan. Seketika kemudian Sara meminta permainan dihentikan.

" rehat sekejap." Sara menuju ke tepi gelanggang dan meneguk sedikit air mineral.

Ash dan Wafiy bermain setelah Ash selesai membetulkan tali kasut.Tia hanya memerhati.

' macam dah selalu main. Dua-dua kidal.' Tia bermonolog sendiri. Dia memandang raket tenis kepunyaan Sara yang dipinjam. Dihayun-hayunkan raket itu yang memang berat berbanding raket badminton.kemudian, jam di tangan dikerling. Sudah pukul 8.30 pagi. Sudah terlalu lama bermain. Tia dan Sara mengambil keputusan untuk pulang ke hostel. Cheetah? Entah ke mana dia menghilang. Dan mereka berlalu ke kafe C untuk menjamah sarapan pagi. Wafiy dan Ash ditinggalkan di situ.

Pagi yang indah. Tia keluar awal pagi itu.Niatnya hanya untuk belajar di One Stop Centre yang berhampiran dengan bangunan tutorial. One Stop Centre ataupun lebih dikenali sebagai OSC menjadi tempat tumpuan pelajar untuk mengadakan perbincangan selain dari perpustakaan dan kafe.Sedang asyik menyiapkan tutorial matematik dia ditegur seseorang. Lantas kepalanya mendongak.

" Awak?" Tia agak terperanjat. Wafiy dilihatnya kacak dengan kemeja hitam dan bertali leher putih.

" boleh duduk kat sini tak? Tempat lain dah penuh la." Wafiy meminta kebenaran Tia untuk duduk semeja dengannya. Di belakangnya terdapat beberapa orang rakannya yang selalu dilihat bersamanya.

" duduklah." Tia mengalihkan beg dan buku yang diletakkan di atas meja dan memberikan sedikit ruang untuk mereka duduk. Kemudian dia menyambung kembali kerjanya yang sedikit tergendala.

" prac awak yang buat tuto kat tepi library tu kan?" Wafiy memulakan bicara. Rakan-rakannya yang lain hanya memerhatikan Tia. Tia mengalihkan pandangannya daripada buku tutorialnya ke wajah Wafiy.

" A'ah. selalu macam tu." Tia menjawab pertanyaan. Agak biadab jika tidak menjawab pertanyaan orang lain. Pen yeng berada di tangan dimain-mainkan.

' eh, aku ni tak jadi dah nak buat tuto ni. alahai, tapi takpe la janji boleh cakap dengan Wafiy yang kacak ni.' tia mula menggatal.

" hari tu awak kan yang terangkan soalan? Macam best je dapat conteng cermin kat library." Salah seorang rakannya menyampuk. Semakin rancak berbual dengannya.

" oh, yang tu. Lecturer kiteorang memang unik sikit.selalu je dia buat macam tu." Tia mula selesa berborak dengan mereka. Kadang kala apa yang diceritakan mencuit hati Wafiy dan rakannya sehingga mereka senang tertawa namun Ash masih lagi diam. Seperti di dalam dunia sendiri.

" takde kelas ke?" Wafiy bertanya kepada Tia setelah tawanya reda.belum sempat Tia menjawab, telefon bimbitnya bergetar. Suatu pesanan ringkas diterima.

' kelas bi hari ini dibatalkan. Puan Lina pergi kursus.' Tia mengamati jamnya. Pukul 10 pagi. kelas biologi juga dibatalkan lantaran Cik Nurin juga berkursus. Kesimpulannya hari ini tiada kelas.

" kelas baru saja batal." Tia tersenyum.Wafiy buat muka tak puas hati.

" batal? Lepas tu dah takde kelas ke?" rakannya pula menyampuk. Tia tersenyum.

" dah takde. Tu je kelas yang ada hari ni. ramai lecturer pergi kursus. Next week mesti penuh." Tia mengemas buku-bukunya dan menyimpan alat tulisnya ke dalam bekas pensel.

" dah nak balik?" Soal Amir. Sebetulnya dia berat hati membiarkan Tia pergi. Baru sahaja dia ingin berborak dengan Tia lebih lama. Kalau boleh dia ingin mengenali Tia lebih lanjut.

"tak,nak pergi brunch kat kafe D.Ok tata." Tia menjawab. Wafiy hanya mengangguk. dia hanya memerhatikan Tia bangkit dari kerusi. Baju kurung yang sedikit berkeronyok di betulkan.

" boleh join?" rakannya cuba mengusik. Tia hanya tersenyum dan berlalu begitu sahaja. Wafiy hanya memerhatikan sehingga kelibat Tia hilang dari pandangan.

' wafiy, kau dah jatuh hati ke?' wafiy bertanya kepada dirinya sendiri.

' aku rasa ya'

2 comments:

  1. cIK dAiNk said...:

    huhuhu...jatuh hati???hehehehe..cpat2 la smbg ya cik hazel...=D

  1. huhu.. dah sambung dah.. harap suke..