Pensyarah dan skandal. Hurm itu yang berlaku kepadaku. Aku pun tak tahu la apa yang menarik apabila diskandalkan dengan pensyarah ni. dulu aku ingatkan hanya dengan coursemate aku sahaja tahu mengenai skandal aku dengan pensyarah itu. Namun bila junior aku pula mengetahui mengenai skandal tu, aku jadi runsing. Perlukah benda yang tak benar itu disebarkan? Bila aku mendapat markah yang tinggi untuk subjek yang diajar pensyarah itu, rakan-rakan aku akan mengatakan ….
" alah, dia kan pelajar kesayangan encik tu."
Ataupun sebegini..
"Alah , encik tu kan sayang dia."
Atau..
" kan dia skandal dengan encik tu."
Apa? Aku bukan ada skandal dengan siapa –siapa pun. Tolonglah kawan-kawan sekalian. Jika aku dapat maarkah tinggi sekalipun, itu kerana usaha aku bukan kerana aku punya skandal dengan siapa-siapa. Perkara ini berlanjutan sehingga aku menghabiskan semester empat. Aku sangkakan semuanya akan berakhir di situ kerana aku tak mengambil apa-apa subjek dengan pensyarah itu pada semester lima namun tiba-tiba namaku naik menjadi pengurus tapak jualan bagi pesta konvokesyen yang akan dilangsungkan semester lima nanti.
Aku terkejut. Aku bukanlah seorang yang aktif dalam kelab namun mengapa aku? itu yang menjadi persoalan dalam fikiranku dan akhirnya aku terima seadanya. Dan aku memulakan tugas-tugasku sewaktu cuti.
Dan semester baru akhirnya bermula. Aku dan rakan-rakan ahli jawatankuasa yang lain sibuk mengendalikan gerai pesta konvokesyen. Maklumlah pesta konvokesyen akan bermula sekitar dua minggu dan kami masih kekurangan ahli jawatan kuasa lantaran ada ahli yang menarik diri saat-saat akhir. Kasihan pengarah program. Terpaksa berhempas pulas menyiapkan kertas kerja ekspres.
Setelah berhempas pulas, akhirnya mesyuarat pertama bermula. Maksud aku mesyuarat rasmi melibatkan penasihat kelab iaitu pensyarah skandal aku itu. mesyuarat ini membentangkan perkembangan program yang dijalankan kelab. Oleh kerana aku merupakan pengurus tapak jualan, aku membentangkan pelan gerai yang aku lakukan. Mujurlah tidak mendapat kritikan.
Aku menggunakan khidmat Powerpoint untuk membentangkan pelan tapak. Dan ini yang berlaku..
" boleh tak awak pergi ke depan dan jelaskan simbol-simbol tu?" pensyarah aku menyuruh aku bangun dari tempat dudukku. Aku pun menurut.
" ok, kat sini kita akan letakkan camkiosk dan ini meja.. dan ini.. pula hot counter." Aku menerangkan pelan gerai dengan terperinci. Dan semasa aku menerangkan aku terperasan ada seorang lelaki melihatku. Apabila aku berpaling dia mengalihkan pandangan..
Dan di sini kisah aku dan skandal baruku bermula. Hai.. skandal lagi?
0 comments:
Post a Comment