Tutorial matematik ditenung berulang kali. Tia menekan-nekan kalkulator saintifik kemudian dia merengus. Kemudian dia menulis sekali lagi di atas kertas kajang dan kalkulator ditekan lagi.
'arghh.. payahnya soalan ni. apa benda la yang soalan ni nak?' tia menggaru kepala dengan pensel mekanikalnya yang berwarna hijau pucuk pisang. Izzati hanya memerhatikan Tia dari tempatnya. Dia sedang bersiap-siap untuk turun. Kebetulan malam ini pertandingan battle of the band sedang berlangsung di dewan serbaguna. dia tak sabar untuk menyaksikannya.
" Tia, jom turun." Izzati cuba memancing Tia untuk turun bersamanya.
" pergi mana?" soal Tia. Tia memerhatikan Izzati sedang bersiap-siap untuk turun.
"tengok battle of the band kat DSG." Izzati cuba memancing minat Tia.
'battle of the band? Dah nak exam pun still ada benda-benda macam ni.' Tia mencebik. Tangannya masih ligat menulis formula-formula matematik walaupun masih tak berjumpa dengan penyelesaiannya.
" jom la. Teman." Bersungguh-sungguh Izzati cuba mengajak Tia.
' ni yang aku lemah ni. main pujuk-pujuk macam ni.' Tia bangkit dari meja belajarnya. Dia membuka almari pakaian dan mengenakan pakaian. Izzati sudah tersenyum.
" tapi kalau tak best, kita balik ok." Tia cuba mengenakan syarat.
"deal."
Bunyi bingit yang dihasilkan oleh band-band yang beraksi di atas pentas DSG membuatkan Tia kurang selesa. Izzati kelihatan sangat menikmati suasana yang hingar-bingar seperti ini. Tambahan pula peperiksaan semakin menjelang tiba. Apa salahnya mengurangkan stress dengan menghadiri aktiviti seperti ini. Tia cuba menyesuaikan diri. Namun masih lagi tak berjaya. Lantas dia meminta diri untuk keluar dari dewan untuk ke tandas yang berhampiran.
" Tia?" suara seorang lelaki mengejutkan Tia. Tia berpaling ke arah suara itu. Wafiy.
" buat apa kat sini?" Wafiy cuba beramah mesra. Ditangannya terdapat kayu dram.
"tengok band. Tapi bising sangat kat dalam. So keluar kejap." Tia terseyum. Kakinya dihalakan ke arah kerusi yang berhadapan dengan gelanggang skuasy. Wafiy juga menurut.
" baru sampai ke?" Wafiy bertanya lagi. takut kehabisan idea untuk berbicara dengan Tia.
" a'ah. awak drummer ke?" mulut Tia dijuihkan ke arah kayu dram yang berada di tangan Wafiy.
"saya punya turn dah lama lepas. Awak lambat." Wafiy kelihatan sedikit kecewa.
Tia hanya senyap. Kalau diikutkan hati memang dia tak mahu hadir ke pertandingan itu. Beberapa orang pelajar perempuan yang lalu lalang hanya menjeling ke arah mereka berdua sambil berbisik. Takut dikatakan sedang berdating, Tia meminta diri untuk masuk semula menemani Izzati yang sudah lama ditinggalkan di dalam dewan.
Wafiy ingin menuruti langkah Tia namun langkahnya kaku apabila Ash memanggilnya. Niatnya terpaksa dibatalkan.
" fiy, kau suka ke kat budak tu?" Afiq menyuakan soalannya yang pedas pada pagi yang hening itu. Ash yang sedang menikmati teh susu di kafe D tersedak. Semua mata sedang memerhatikan Wafiy. Menanti jawapan yang keluar dari bibir Wafiy.
" tah la. Macam suka tapi macam tak." Kekeliruan mengenai perasaannya sendiri mula bertandang. Di suatu sudut Ash sedang mengurut dada. Lega dengan jawapan yang diberikan oleh Wafiy.
" tapi kan kau macam nak usha dia je." Wafiy terdiam mendengar spekulasi liar yang dilemparkan oleh Faris terhadapnya. Ash mendengar dengan teliti. Ingin sekali mengetahui jawapan yang diberikan oleh Wafiy namun dia hampa apabila Wafiy mengajak mereka ke kelas seterusnya.
" kau mengelak ye fiy. Takpe nanti aku siasat." Faris berseloroh. Ash kurang senang mendengar Faris berseloroh. Matanya menyorot ke arah Wafiy. Serba tak kena dilihatnya.
' Wafiy, kau memang tak pandai menyembunyikan perasaan.' Ash mengangkat beg dan berlalu ke kelas seterusnya. Yang lain hanya mengikut.
"Zati, nak balik tak minggu ni?" Tia mengajukan soalan. Tangannya masih lagi ligat membancuh nescafe. Mi segera berperisa Ayam di letakkan ke dalam mangkuk.
" balik kot. Tak sure lagi la. Nape?" Izzati kehairanan. Dia melihat Tia menyediakan mi segera. Biasanya Tia akan bertindak sedemikian jika dia malas turun membeli makanan di kafe. Namun dia bertambah hairan apabila Tia bertanyakan mengenai kepulangannya ke rumah.
' budak Tia ni bukan selalu nak balik pun. Asyik duduk memerap kat dalam kolej ni je. Mesti ada ape-ape ni.' Izzati cuba meneka.
" Mak cik Tia yang duduk Shah Alam tu suruh Tia balik rumah dia. Lagipun 31 ogos kan. Boleh keluar jalan-jalan." Tia mengemas meja yang penuh dengan buku dan tutorial yang masih lagi belum disiapkan. Mug berisi nescafe dan mangkuk berisi mi segera mengambil tempat di atas mejanya.
" sara nak balik minggu ni. try tanya dia. Lagipun dia pun nak balik Shah Alam jugak. Kalau ikut kite susah sikit sebab kan kite kan balik Tanjung Malim." Izzati menjelaskan. Tia mengangguk .
" kalau macam tu, nanti Tia tanya Sara." Tia berlalu ke bilik Sara merangkap jirannya.
" megi ni cik kak, kembang nanti." Izzati melaung dari biliknya setelah dilihatnya Tia terus menuju ke bilik sara.
' budak Tia ni, gelojoh betul.' Izzati tersenyum.
Hujung minggu itu, Sara, Izzati dan juga Tia pulang. Seperti biasa, untuk sampai ke stesen KTM, mereka mesti menaiki prebet sapu untuk sampai ke pekan kuala Pilah dan menaiki bas untuk sampai ke Seremban. Sepanjang perjalanan ke Shah Alam, Tia mula berasa selesa dengan keadaan itu. Memandangkan hari itu merupakan 31 ogos, KTM ternyata sangat sesak. Tia hampir kelemasan di dalam itu.
Apabila sampai ke stesen yang dituju, Tia dan Sara mengucapkan selamat tinggal kepada Izzati. Mereka akhirnya berpecah di stesen bas berhampiran Carrefour. Tia keseorangan tika itu. Rasa takut menyelubungi dirinya. Dikerlingnya. Kelihatan beberapa orang lelaki yang agak berusia. Dia menjarakkan diri daripada mereka. Dia menghantar pesanan ringkas kepada mak ciknya setelah beberapa kali panggilannya tak dijawab mak ciknya. Sedang asyik menekan punat-punat di telefon bimbitnya, dia ditegur oleh seseorang. Suara yang biasa didengari. Wafiy?
"Wafiy?" Tia mendongak memandang Wafiy. Wafiy tersenyum.
" balik rumah?" Wafiy meneka.
" rumah mak cik." Tia membetulkan. Wafiy hanya mengangguk.
" mak cik amik ke?" Wafiy mengajukan soalan. Anggukan Tia membuatkan dia lega. Risau jika Tia pulang sendirian menaiki teksi atau bas. Sedari tadi dia ingin menegur Tia namun dia ragu-ragu. Takut tersilap orang. Namun dia mencuba. Jarang berpeluang untuk bersembang dengan Tia. Tia jarang ditemui. Hanya waktu di kafe sahaja dia berpeluang untuk melihat Tia namun tiada keberanian untuk menegur Tia di hadapan rakan-rakannya.
"Wafiy orang sini ke?" suara Tia memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
" a'ah. Afiq, Ash dan Faris semua orang Selangor. Tapi diorang tak balik sebab ada camping." Wafiy menjelaskan.
" oo.. baru tahu. Wafiy balik naik bas ke?" Tia tertanya-tanya. Mahu mengetahui mengenai Wafiy dengan lebih mendalam.
" driver ambil." Tia senyap.
'driver? Anak orang kaya ke dia ni? kalau aku rapat dengan dia mesti orang mengata.' Tia berbisik.
Lamunan Tia terhenti apabila bunyi hon dari kereta Gen 2 berwarna merah memecahkan gegedang telinganya. Cermin tingkap kereta diturunkan dan wajah mak ciknya terjengul.
" mak cik dah sampai. Pergi dulu k." Tia mengucapkan selamat tinggal dan Wafiy juga turut bangun dan berjalan ke arah sebuah kereta berwarna putih yang berada di belakang kereta mak ciknya. Dan Wafiy hilang ke dalam kereta itu. Tia terpinga-pinga lalu masuk ke dalam kereta mak ciknya.
Peristiwa hujung minggu di stesen bas banyak meninggalkan tanda tanya kepada Tia.
'kereta putih tu dah lama sampai sebelum mak cik sampai. Tapi kenapa dia tak naik? Konfius, konfius.' Tia musykil sendirian sambil bergolek-golek di atas katil. Thila hanya memerhatikan Tia.
' budak Tia ni boleh pula golek-golek atas katil. Tak de kerja la tu.' Thila bermonolog dalam hati. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mengenakan Tia. Bantal peluknya dibaling ke arah Tia. Dan Thila ketawa. Tia terkedu. Otaknya bagaikan lambat menangkap apa yang baru terjadi kepadanya. Sesaat. Dua saat. Baru dia tersedar. Lantas bantal yang baru sahaja menghentam badannya dibaling ke arah Thila. Peperangan bantal tercetus. Ainie yang baru pulang dari bilik Nabila turut tumpang sekaki.
" Ya Allah budak-budak ni. Tak reti-reti nak study ke? Kan dah nak exam ni." Izzati menggelengkan kepalanya setelah melihat telatah rakan sebiliknya.
Tia tergelak. Bantal yang baru hendak dilemparkan kepada Thila dipeluknya. Penat. Jam menunjukkan pukul sembilan malam.
" awal balik." Tia menegur Izzati.
"ingat nak study kat sana tadi tapi macam ramai orang je. Tak jadi nak study. Balik study kat bilik lagi best." Terang Izzati. tia membuka pintu almarinya. Biskut Tiger dan nescafenya sudah kehabisan stok. Lantas dia bersiap-siap untuk turun ke kooperasi.
" nak gi mana?" Izzati menyoal.
" nak gi koop. Biskut dah habis." Tia menunjukkan peket biskutnya yang tinggal beberapa keping lagi. Sweater hijau muda dan tracksuit hitam disarungkan ke badannya. Tudung putih yang sudah sedia bergosok di sarungkan ke kepalanya.
" sorang je ke?" Izzati bertanya lagi.
" a'ah. nak ikut ke?" Tia bertanya kalau-kalau Izzati ingin mengikutnya. Namun Izzati menolak. Selipar jepun hijau disarung ke kakinya. Dan dia berjalan ke arah kooperasi sendirian.
Bersambung..
ala.....huhuhu...sila smng lgi ya...klu blh,smbng panjang2..hehhehe...jgn lupa smbg SKH skali ya...huhuhu..slmat b'karya...=D