Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak terasa
Perbezaannya
Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah...
Lirik lagu mungkinkah nyanyian Sheila Abdull meniti dibibir Tia. Tia tersenyum sendirian sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia menari-nari kecil di dalam bilik tidurnya. Lantas patung Pooh yang tidak bersalah itu turut diajak menari bersama. Almari pakaiannya dibuka. Tangannya pantas membelek-belek satu per satu pakaian yang ada. Beberapa helai blaus dikeluarkan dari almari dan digayakan ke badannya. Ezzed mengajaknya keluar hari ini. Ada berita yang mahu disampaikan. Tia tersenyum bahagia. Lantas dicapainya blaus biru laut dan jeans hitam. Tudung biru laut di sarungkan ke kepalanya. Dia berjalan ke arah meja solek. Bedak Carrie Junior disapukan ke muka. 'hmm...cantik jugak aku ni' Tia berbisik perlahan. Dia tersenyum lagi. Ketukan di pintu biliknya menyedarkannya daripada angan-angan. Kelihatan adiknya, Suri, tersengih-sengih. 'Ni mesti ada ape-ape. Kalau tak takkan la budak ni nak menyemak kat bilik aku ni..' bebel Tia perlahan.
" kakak, nak keluar ek?"Suri memulakan sesi soal siasat. Tia hanya memandang Suri.
" a'ah... Ezzed ajak akak keluar. Nape?" jawab Tia endah tak endah.
"ooo...ni kire dating ke kakak? Jadi jugak kan kakak dengan abang Ezzed tu." Suri sudah mulakan sesi serkap jarangnya. Tia hanya memandang adiknya itu. Suri berharap sangat mempunyai abang ipar seperti Ezzed.
"tak la..Ezzed cakap nak jumpe je. Bukan dating namanya tu." Tia cuba menidakkan. Kalau boleh memang dia mengharapkan Ezzed juga menyukai dia. Sudah lama dia memendam perasaan terhadap Ezzed.
" akak, nape akak tak pakai mekap? Kalau akak nak, biar la adik mekapkan." Suri membuat tawaran. Tia memandang Suri. Memang dia akui adiknya itu selalu menggunakan mekap. Mungkin kerjayanya sebagai jururawat menyebabkan dia harus selalu tampak cantik. Perlu selalu bermekap untuk tatapan pesakit. Pernah sekali Suri bercerita padanya sewaktu dia masih lagi bergelar pelajar di salah sebuah kolej kejururawatan, dia dimarahi oleh tenaga pengajar kerana tidak mengenakan mekap di wajahnya. Iktibar daripada kejadian itu dia selalu mengenakan mekap walaupun hendak ke rumah jiran sebelah.
"takpe la adik. Akak nak cepat ni. akak pergi dulu.tata" jawab Tia tergesa-gesa sambil menyarung sandalnya. Suri hanya mampu mamandang kereta kakaknya yang semakin menjauh daripada rumah.
" sori, aku lambat sikit. Ada hal tadi." Ezzed menyapa Tia. Di sebelahnya kelihatan seorang perempuan. Cantik macam model iklan syampu di televisyen. Tia tersenyum. Kelat senyumannya. 'hish hari tu, takde pulak cakap ada orang lain yang join.' Rungut Tia dalam hati.
" hmm..duduklah Ezzed dan cik..." ayat Tia tergantung di situ. ' ape yang aku nak panggil perempuan ni?' Tia memandang gadis itu.
" Rebecca. Tunang Ezzed." Selamba sahaja gadis yang menggelarkan dirinya Rebecca itu mengaku dia adalah tunang Ezzed. Tia tersentak namun cepat dikawalnya. Tak mahu Ezzed melihat perubahan air mukanya.
" so, kau nak cakap pasal ape?" tanya Tia tanpa berkias-kias. Kopi latte yang berada di atas meja sudah tinggal separuh. Rebecca hanya mematungkan diri. Masih menunggu reaksi Ezzed.
"ok, aku Cuma nak minta tolong kat kau. Tolong designkan baju pengantin tunang aku ni." ujar Ezzed. Mengharap. Tia mengerutkan keningnya. Meminta penjelasan yang selanjutnya daripada Ezzed.
"ok. Aku cuba. Tapi kau jangan mengharap sangat. Aku nak tanye ni, kenapa kau pilih aku?" Tia kehairanan. Dia tahu Ezzed mampu untuk mengupah pereka fesyen yang terkenal untuk mereka baju pengantinnya.
" sebab aku rasa kau punya design cantik." Ezzed tersenyum. Sewaktu dirinya masih di bangku sekolah dia selalu melihat Tia melukis baju-baju wanita. Cantik dan pelbagai warna. Tidak terlalu menjolok mata dan sangat elegan. Dia pasti Tia adalah orang yang harus bertanggungjawab dalam menyiapkan baju pengantin Rebecca. Ezzed tersenyum. Tambahan pula, Tia mempunyai butiknya sendiri.
" cik Rebecca setuju?" Tia mengalihkan pandangannya kepada Rebecca. Kelihatan Rebecca mengangguk sedikit sambil tersenyum.
Kenangan sebulan lalu sentiasa bermain di benak fikiran Tia. Berdasarkan maklumat daripada Ina, barulah Tia mengetahui Ezzed telah bertunang semasa dia menyambung pengajiannya di Australia. ' haaa...dah melepas si Ezzed kat orang lain. Padan la muka kau. Dulu tak nak cakap yang kau suka kat dia.' Getus Tia dalam hati.
Tia bergolek-golek atas katil. Patung Pooh dipeluk. Rambutnya yang keperangan diikat tocang dua. Kenangan bersama Ezzed kembali berputar di ingatannya.
" wooi...kau buat ape tu?" Ezzed mengejutkan Tia yang asyik melukis. Guru pendidikan seni, cikgu Rubiah hanya menggelengkan kepala melihat sikap Ezzed yang suka mengusik Tia.
"aku tengah melukis ni. Pergilah Ezzed. Main jauh-jauh." Usir Tia. Ezzed tersengih. Suka benar dia mengusik Tia. Dia cukup tidak senang bila melihat Tia yang melukis tanpa mempedulikan dia di belakang.
"alaaa....aku tau la kau pandai melukis. Aku ni tak pandai la. Aku bosan ni." Ezzed seakan merengek. Tia menjeling Ezzed. 'Ezzed ni kalau tak dilayan makin mengada-ngada jadinya.' Tia memandang Ezzed. Perhatian diberikan kepada Ezzed. Ezzed tersenyum.
" ye pak cik... nak Tia buat ape?" tia memandang Ezzed. Ezzed hanya mahu menarik perhatian Tia. Setelah mendapat perhatian, dia terus melukis. Beberapa warna asas digunakan. Ezzed tidak mempedulikan Tia lagi. Lantas Tia meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.
Ezzed duduk di atas katilnya. Fikirannya terawang-awang. Dia sendiri tak pasti apakah keputusannya mengahwini Rebecca adalah satu keputusan yang tepat. Sengaja dia membawa Rebecca bertemu Tia. Dia juga sengaja menjadikan Tia sebagai pereka baju pengantin Rebecca. Dia mahu melihat reaksi Tia. Jauh di sudut hatinya, dia mahu Tia cemburu. Dia tidak menyangka Tia membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Dia masih teringat lagi, Tia yang dikenali dulu. Tia yang kulitnya hangus dibakar matahari, bercermin mata besar dan bertubuh agak gempal. Pertemuan selepas tujuh tahun memang mengejutkan. Memang dahulu dia akui dia menyukai Tia tapi hanya sebagai kawan sahaja. Namun sekarang hatinya sangsi, apakah dia telah jatuh cinta pada gadis yang bernama Tia. Dia keliru. Mahu sahaja dia menyanyikan lagu keliru nyanyian duet Nurul dan Ajai. Namun cepat-cepat dia tersedar.
'hish takkan lah aku nak putuskan pertunangan aku dengan Rebecca? Mahu haru-biru rumah aku ni.' bisik hatinya. Deringan telefon bimbitnya menyedarkannya dari angan yang tak sudah. Ceh.. macam lagu joget angan tak sudah la pulak. Rebecca menelefonnya. ' apalah tunang aku ni. malam-malam macam ni masih nak telefon anak teruna orang.' Hati Ezzed bermonolog.
" helo sayang." Ezzed memaniskan mulutnya. Ungkapan seperti ini mampu membuatkan Rebecca cair. 'aku kan romeo bersara. Test power sikit' bangga dan riak si Ezzed ni.
" sayang,esok Tia suruh kita pergi tengok baju pengantin." Rebecca seperti membawakan satu berita gembira kepada Ezzed. Sepantas kilat, Ezzed bersetuju dan ini menimbulkan perasaan pelik di hati Rebecca.
" kalau macam tu, kita jumpa esok k sayang. Abang penat ni, nak tidur. Night!" riang suara Ezzed berbicara. Esok dia akan bertemu dengan Tia. Hatinya berbunga-bunga namun dia tak pasti kenapa.
Tia membetul-betulkan baju pengantin yang disarung ke badan Rebecca. Kalau boleh dia mahu Rebecca selesa di hari bahagianya nanti. Dia bertanyakan Rebecca sama ada selesa dengan baju yang dijahitnya. Mujurlah Rebecca tidak banyak kerenah. Susuk tubuh Rebecca yang bagaikan model pentas peragaan memudahkan Tia menyiapkan baju pengantin seperti yang diminta Ezzed. Baju pengantin Ezzed juga disiapkan seperti yang diminta. Ezzed segak pabila menyarung baju pengantin rekaannya. Tiba-tiba hati Tia sebak. ' kalaulah aku pengantin perempuan itu.' tia berbisik perlahan. Ezzed berpaling ke arah Tia. Dia seakan mendengar Tia merintih. Namun dia hanya menidakkannya. 'khayalan aku je tu.' Sangkal Ezzed. Rebecca hanya melihat tunangnya dan Tia. Dia mulai rasa curiga.
" kalau ada rasa tak puas hati dengan baju ni, cakap dengan Tia tau." Tia memaniskan muka kepada Rebecca. Rebecca tersenyum.
" Tia nanti jemput datang ke majlis kami. Mana tahu lepas ni Tia pulak yang naik pelamin" Rebecca mengunjukkan kad kahwinnya kepada Tia. Tertera nama Tia di sampul kad itu. tia tersenyum.
" kalau ada jodoh, boleh la merasa nasi minyak Tia pulak." Tia cuba becanda. Rebecca ketawa. Ezzed hanya memerhati gelagat Rebecca dan Tia. Hatinya mulai tumbuh rasa cemburu. Siapakah lelaki yang bertuah memiliki hati Tia? Dia tertanya-tanya sendirian.
Rebecca senyap. Pengakuan daripada Ezzed tadi merobek perasaan wanitanya. Ezzed cintakan Tia? Dia hampir tidak boleh menerima kenyataan. Kenapa harus sekarang? Di saat pernikahan mereka hampir menjelang tiba. Baju pengantin sudah siap, pelamin sudah ditempah, kad sudah diedar dan dia pun sudah tak sabar menjadi suri di hati Ezzed. Dia sedih. Adakah Tia yang bersalah? Rebecca tidak pasti. Serta merta jarinya mendail nombor telefon Tia. Dia ingin berbicara dengan Tia. Harus.
" helo Tia, boleh kita jumpa? Saya ada hal nak bincangkan dengan Tia." Tersusun ayat Rebecca. Tia yang mamai baru bangun tidur terus bersetuju tanpa berfiir panjang.
" ok. Nak jumpa kat mana?" suara Tia yang serak-serak baru bangun tidur itu hampir membuatkan Rebecca ketawa.' perempuan macam ni pun kau suka Ezzed.' Sinis bunyinya.
Ganggang telefon diletakkan setelah persetujuan dicapai. Tia kembali menyambung lenanya manakala Rebecca tidak lena tidurnya sampai ke pagi.
Tia tersentak mendengar kata-kata yang baru diluahkan oleh bibir mungil Rebecca. Gadis itu menangis dan terus menangis teresak-esak. Timbul rasa kasihan kepada Rebecca. Ezzed tak harus bersikap sedemikian. Pertunangannya dengan Rebecca bukan atas pilihan keluarga tapi pilihannya sendiri. Dia memang tidak patut memperlakukan Rebecca seperti itu. Rebecca meminta belas daripada Tia supaya menjelaskan kepada Ezzed bahawa Tia tidak menyukai Ezzed. ' bagaimana harus aku bohong perasaan aku sendiri? Dah lame aku pendamkan perasaan terhadap ezzed. Aku cintakan Ezzed!' jerit Tia dalam hati.
" tolonglah saya Tia. Saya tak mahu keluarga saya mendapat malu." Rayu Rebecca. Papa Rebecca merupakan usahawan ternama. Mungkin pembatalan perkahwinan Rebecca ini sedikit sebanyak akan mencalarkan maruah keluarga mereka.
" hmm.. Tia cuba. Dah la jangan menangis lagi." Tia memujuk. Rebecca hanya tersenyum tawar. Dia yakin Tia akan memujuk Ezzed melupakan dirinya.
Rebecca memandang Ezzed di sebelahnya. Sejak dari tadi kelihatan Ezzed murung. Malam ini malam pernikahannya. Namun Ezzed tidak menunjukkan minat ke arah itu. dia hanya duduk di birai katil sambil memegang telefon bimbitnya. Masih teringat lagi sewaktu majlis persandingannya tadi, Tia datang bersama sepupunya, Farith. Dia cemburu. ' macam mana dia boleh kenal Farith?' marahnya dalam hati. Rebecca sudah berbaringan atas katil. Malas hendak melayan kerenah Ezzed. Dia tahu tia juga menyimpan perasaan yang sama seperti Ezzed. Namun Tia berkorban deminya. ' terima kasih Tia.' Rebecca berbisik perlahan.
" abang, dah la... jom tidur." Rebecca mengajak suaminya untuk tidur. Ezzed senyap. Dia hanya memandang Rebecca dengan pandangan yang kosong. Lalu dia baring di sebelah Rebecca. Kehadiran Rebecca di sebelahnya tidak diendahkan. Rebecca memendam rasa melihat Ezzed tidak mempedulikan dirinya. Dan dia lena dengan linangan air mata.
Enam bulan kemudian...
Hubungan Farith dengan Tia semakin rapat selepas mereka ke majlis Ezzed bersama-sama. Tak sangka Farith yang dianggap sombong merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra. Perkenalannya dengan Farith bermula sewaktu Tia menjejakkan kaki di bumi Australia. Tak sangka lelaki yang sombong dan berlagak itu merupakan sepupu Ezzed. Kalau dahulu, pantang berjumpa dengan Farith pasti ada sahaja yang tak kena. Dan yang pastinya ia pasti berakhir dengan pertengkaran. Farith tersenyum memandang Tia. Memang dia akui hatinya sudah terpaut dengan Tia sejak kali pertama dia memandang gambar gadis itu di dalam album Ezzed. Biarpun Tia tak secantik rakan Ezzed yang lain, dia pasti ada sesuatu yang berbeza mengenai gadis itu. sehinggalah dia dapat bertemu secara bersemuka dengan gadis itu. tak sangka gadis itu, menuntut di universiti yang sama dengannya. Sengaja dia mencari alasan untuk menyakitkan hati Tia dan bertekak setiap kali berjumpa. Ini semua dilakukan untuk mendapat perhatian dari Tia.
" Farith, berangan ape tu?" Tia menegur setelah menyedari Farith tersenyum-senyum sambil memandangnya.
" berangan naik pelamin dengan Tia" selamba sahaja Farith menuturkan kata-kata itu. Tia tunduk. Malu mendengar kata-kata Farith.
" hmmm... gatal. Sape nak kahwin dengan Farith." Tia menyembunyikan perasaannya. Farith sudah cuba menahan gelak melihat gelagat Tia yang seakan cacing kepanasan.
" jom kahwin. Farith sukakan Tia. Farith cintakan Tia. Jom kita kahwin" Farith berterus terang. Malas hendak berkias-kias. Tia tersenyum sambil memikirkan idea untuk mengenakan Farith.
" kalau Tia tak mahu? Farith nak tunggu jugak ke?" tia menduga. Mata Farith membuntang. Tak percaya agaknya. Sangkanya hati Tia sudah dalam genggamannya. Dengan wajah yang murung Farith senyap. Langsung riak wajah Tia yang nakal tadi bertukar menjadi risau.
'hish takkan dia merajuk pulak. Jangan la macam ni. tia nak kahwin dengan Farith. Tia setuju' jerit Tia dalam hati.
"Farith, kalau suka masuklah meminang. Ikut adat. Tia ni masih ada mak bapak lagi tau." Lembut Tia berbicara. Air muka Farith yang dari tadi murung serta merta menjadi ceria.ingin digengam tangan Tia namun Tia mengalihkan tangannya.
" belum jadi hak, mane boleh pegang-pegang. Haram tau hukumnya." Tia menasihat. Farith tersenyum. Dia pasti Tia untuknya.
Ezzed menghirup minuman. Kini Tia di hadapannya. Gadis yang menjadi pujaan hatinya suatu ketika dahulu. Tia ingin berbicara dengannya.
" Ezzed,kau ok tak sekarang? Sihat?" soal Tia sekadar berbasa-basi. Ezzed tersenyum kelat.
" aku ok. Kau?" dingin jawapan yang diberikan Ezzed. Tia hanya mengangguk. Senyuman terukir dibibirnya.
" Rebecca sihat tak?" sengaja dia mengajukan soalan itu. ingin melihat reaksi Ezzed. Ezzed menunjukkan muka yang tak senang dengan pertanyaan itu.
" dia ok.. " Ezzed membuang pandang ke luar restoran. Sayu hatinya bila memikirkan gadis pujaannya bakal menjadi milik orang lain.
" Ezzed, sebenarnya tia nak cakap sesuatu yang dah lama tia pendamkan daripada Ezzed." Tia memandang Ezzed. Ezzed mula menunjukkan minatnya terhadap apa yang bakal Tia sampaikan nanti.Tia menarik nafas dalam-dalam. Mencari kekuatan.
" sebenarnya dah lama Tia sukakan Ezzed. Tia sukakan Ezzed sejak dari Form 1 lagi." Kata-kata Tia membuatkan Ezzed terkedu. 'begitu lama dia menyukai aku?' getus Ezzed tak percaya. Ezzed menanti ayat-ayat seterusnya yang keluar dari bibir Tia.
"tapi Ezzed macam tak sukakan Tia. Lagipun masa tu Ezzed sibuk bercinta dengan Hani. Jadi Tia tak nak ganggu." Perlahan bunyinya namun jelas kedengaran pada Ezzed.
" kenapa Tia tak pernah cakap kat Ezzed?" Ezzed meminta penjelasan daripada Tia.
"sebab Tia rasa kita tak sepadan. Lagipun masa tu Ezzed kan couple dengan best friend Tia. Tia tak sanggup nak rampas boyfriend kawan sendiri." Tia tenang menuturkan kata-katanya. Ezzed sekan tidak berpuas hati.
" Tia..." Ezzed ingin meneruskan kata-katanya namun sempat dipotong oleh Tia.
" Tia pun dah tak kisah. Lagipun Ezzed pernah cakap kat Tia dulu." Tia tersenyum. Ezzed kehairanan.
" Ezzed cakap? Apa die?" Ezzed kurang mengerti. Dia inginkan penjelasan.
" yang kita hanya kawan." Tia menyambung. Tersenyum.
" kita hanya kawan?" Ezzed mengakui dia pernah menuturkan kata-kata itu dahulu kepada Tia. Sekarang dia harus melupakan Tia dan hanya setia pada Rebecca. Tia tersenyum melihat Ezzed yang terpinga-pinga.
Tamat..
0 comments:
Post a Comment