Followers

The chronicles of me part 5

Thursday, December 2, 2010


 

Dalam kekalutan aku berskandalan dengan Syam. Aku didatangi skandal yang hangat, panas dan sangat kontroversi. Dan aku tak tahu apa yang menyebabkan aku turut dikaitkan dengan skandal aku yang satu ni. agak bahaya orangnya. Skandal yang boleh menentukan masa depan aku. maksud aku skandal aku ni, ada kuasa mengagalkan aku atau meluluskan aku dalam subjek yang aku ambil. Bahaya kan.

Aku pun tak pasti bila skandal ini bermula. Sebab bagi aku, waktu tu aku berskandalan dengan Syam. Tak tahu bila timbul skandal ni. yang pastinya, semua sibuk-sibuk memadan-madankan aku dengan pensyarah itu. tapi mengapa aku? mengapa aku selalu menjadi mangsa skandal. Mungkin sebab aku masih belum berpunya jadi mereka dengan sesuka hatinya menaik tarafkan aku sebagai calon skandal dengan pensyarah aku tu.

Oleh kerana aku mengambil seni kulinari, aku terpaksa memasuki kelas dapur yakni kelas memasak secara ringkasnya. Bukan apa, walaupun aku ni handal memasak di rumah, er yeke? Tapi bila masuk dapur kat universiti tu, aku serta merta jadi kaku. Tak tahu nak buat apa. Nak masukkan garam pun kena sukat. Biasanya yang mak- mak kita buat bila nak memasak Cuma campak-campak saje, lepas tu terus jadi. Tu yang mak-mak kita ajar. Tapi yang pensyarah ajar, semua kena sukat. Tak boleh tak sukat macam buat eksperimen kimia pun ada jugak. Haha

Al kisahnya terjadi bila aku memasuki kelas memasak , aku pun ditugaskan membuat pastri. Kawan-kawan sekumpulanku buat muffin dan kek pisang. Oleh kerana pastri agak sensitif dengan panas jadi aku menyediakan pasti di dalam bilik sejuk a.k.a tempat penyediaan pastri. Aku pun menguli, menibai si doh pastri sehingga beberapa kali. Pastri yang aku buat ni namanya Danish pastri yang sangat rumit dan berlapis-lapis. Jadi aku kena menibai dan mencanai pastri tu berkali-kali untuk mendapatkan lapisan yang cantik dan sempurna.

Entah apa silapnya, doh pastri aku tak licin sebagaimana kawan-kawanku yang lain. Aku naik pelik. Dalam hati aku mengharapkan pastri aku menjadi. Bukan apa, tak nak la dapat markah rendah sewaktu penilaian pensyarah nanti. Tiba-tiba..

" hah, yang ni punya doh, macam kena penyakit kusta." Aku terkejut. Penyakit kusta? Teruk sangat ke doh yang aku buat ni? kejam.. kejam

Tapi aku tak putus asa. Aku teruskan menguli dan memotong pastri membentuk beberapa bentuk dan bersedia untuk dibakar. Berdebar jugak harap sangat menjadi.

Jadi, aku pun membakar dan hasilnya… jeng.. jeng..

Pastri aku yang dikatakan terkena penyakit kusta telah berjaya naik sehinggakan menampakkan lapisan-lapisan yang dibuat. Bangga tak payah nak cakap la. Kawan aku yang doh pastri yag licin dan selembut sutera tu, tak naik dan tak nampak lapisannya. Yes.. yes.. aku telah berjaya mengagumkan pensyarah.

Selepas itu, kelas- kelas seterusnya aku teruskan untuk beraksi cemerlang. Walaupun kadang kala ada juga produk yang tak jadi. Biasa la kan. Baru belajar. Paling aku tak boleh lupa apabila aku menghidangkan kuih seri muka yang aku buat kepadanya untuk dinilai .. dan inilah komennya…

" hurmm.. sedap, lemak berkrim. boleh kena sakit jantung kalau makan hari-hari." Aku senyap. Hai.. kena perli lagi.. sabarlah wahai hati..

Dan lepas kejadian itu, pensyarah ni secara officialnya menjadi salah seorang yang berada di dalam senarai skandalku. Hah? Oh my Gucci.. ( sebut dengan nada gedik)

0 comments: