Followers

Padamkan kasih itu..

Wednesday, March 16, 2011
Julie memandang telefon bimbitnya untuk ke sekian kalinya. Masih tak berdering. Tetap kaku sebegitu.Lantas tangannya mengambil telefon dan menaip mesej. Namun, butang hantar tidak ditekan. Dia masih ragu-ragu untuk menghantarnya. Dia memejamkan matanya. Perlahan mesej yang ingin dihantar tadi dipadam. Dia serba salah. Jiwanya celaru. Lantas dia mendail nombor telefon lelaki itu. Banyak perkara yang perlu dibincangkan.

" Assalamualaikum." Sapa Julie apabila panggilannya disambut. Sunyi kedengarannya di sebelah sana. Sesekali kedengaran dengusan menandakan si penerima panggilan tak sudi berbicara. Namun Julie tak kisah. Dia terus berbicara.

" Haikal, Ju cuma nak ingatkan esok kita kena pergi pilih baju pengantin kat kedai." Julie berbicara walaupun dia tahu Haikal takkan menghadirinya.

" aku sibuk la. Kau pergi la sorang. Nanti aku cube sendiri." Balas Haikal. Julie sudah mengagak jawapan yang diberikan Haikal. Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Haikal.

" Kalau macam tu, takpe la. Ju pergi sendiri esok. Assalamualaikum." Julie meletakkan telefon bimbit. Sudah dijangkakan reaksi Haikal sedemikian rupa. Dia termenung memandang skrin telefon bimbitnya yang tertera gambar Haikal yang diambil curi-curi.

Sudah dua tahun dia bertunang dengan Haikal. Dulu, janjinya perkahwinan akan dilangsungkan setelah enam bulan bertunang, namun ada sahaja alasan Haikal. Dia sering mencari alasan menunda tarikh perkahwinan. Bukan dia tak sedar Haikal tak mencintainya, dia sedar cuma dia tak mahu kehilangan satu-satunya lelaki yang pernah mencuit hatinya. Dia mahu sentiasa dekat dengan Haikal namun dia tak tahu apakah yang terbuku di dalam hati Haikal.

__________________________________________________________________________________

Haikal memandang telefon bimbitnya. Panggilan Julie menyesakkan fikiran. Sungguh dia tak mahu menikahi Julie. Sengaja dia bersikap dingin dengan Julie. Harapannya agar Julie sedar dan berundur dari hidupnya. Namun, Julie semakin tekad ingin merebut hatinya. Julie bukanlah seorang yang cantik. Julie hanya gadis biasa. Sekolah pun setakat SPM sahaja. Haikal merasakan dirinya tak sepadan dengan Julie. Dia berkelulusan dari universiti luar negara. Mana mungkin dia bergandingan dengan Julie.

" kenapa la dia tak pernah faham yang Kal tak sukakan dia?" Weena mencebik. Haikal hanya senyap. Nasi yang berbaki separuh disuap masuk ke dalam mulut.

" Biarlah, nanti dia faham la tu. Kal dah cakap Kal tak suka dia." Haikal cuba memujuk Weena. Dia tahu kekasih hatinya cemburu. Jika dia tak bertunang kepada Julie, sudah pasti dia menghantar rombongan meminang ke rumah Weena. Sungguh dia cintakan gadis ini.

" Kal, I rasa you patut bagi tahu dia pasal kita. Dan putuskan pertunangan ni." Haikal tersentak. Kalau boleh dia pun mahu begitu namun sukar untuk diterangkan.

" Weena, I rasa biar dulu. Bila tiba masanya I akan leraikan ikatan ini dan kita kahwin." Haikal memandang Weena. Wajah Weena yang suram tadi bertukar ceria. Dan Haikal sukakan wajah Weena sebegitu.



Julie mengacukan baju pengantin ke badannya. Dia ke butik pengantin sendirian. Tanpa ditemani sesiapa. Beberapa rekaan ditilik dan diteliti. Dia rambang mata. Seringkali dia membayangkan dirinya dengan Haikal di atas pelamin.

" Adik, dah pilih yang mana berkenan?" Pemilik butik itu menegur. Julie tersenyum. lantas sepasang baju kebaya labuh berwarna ungu dihulurkan kepada pemilik butik itu.

" baju pengantin lelaki macam mane?" pemilik butik itu bersuara lagi. Julie serba salah. Dia tak tahu bagaimana pilihan Haikal. Lantas dia memilih set persalinan baju melayu sedondon dengannya.

" saiz baju dik? Susah nanti nak buat ni kalau tak tahu saiz pengantin lelaki." Pemilik butik itu bertanya lagi. Julie tersenyum lantas menyerahkan satu plastik yang berisi baju Melayu milik Haikal kepada pemilik butik itu untuk diambil ukurannya.

" Tunang saya sibuk, jadi akak ambil ukuran kat baju melayu ni boleh?" Julie tenang menuturkannya. Pemilik butik hanya menggangguk sedikit. Julie kemudiannya beredar dari butik. Dia sayu dengan dirinya sendiri. sebetulnya dia mengharapkan Haikal datang dan bersama-sama memilih baju pengantin namun yang terjadi adalah sebaliknya.

' Haikal, betulkah aku tak bermakna buatmu?'





Malam itu, Julie duduk sendirian di atas buaian di luar rumahnya.Fikirannya melayang mengingati setiap kenangan yang dicipta bersama Haikal. Banyak pahit dari manisnya.

'mungkin aku patut mengalah je. Dah terang-terang dia tak sukakan aku.' Julie membelek cincin pertunangan di jari manisnya.Lama ditilik. Fikirannya menerawang.

'Siapakah perempuan yang ada dalam hati Kal?' Julie tertanya sendiri. Bukan dia tak sedar Haikal akan berbual di telefon setiap kali mereka keluar. Dan petang tadi persoalannya terjawab apabila kelibat Haikal bersama seorang gadis cantik di restoran tadi.

Tipulah kalau dia katakan dia tidak sedih. Tidak pilu. Dia sedar kedudukannya di sisi Haikal. Tak perlu dijelaskan. Dia faham cuma dia tak mahu sedar dan hadapi kenyataan itu. Kenyataan yang dirinya takkan mampu mendapat secebis hati Haikal.

Lantas cincin di jarinya ditanggalkan. Perhitungan harus dilakukan. Dia tekad.





Berita yang disampaikan dari mama mengejutkan Haikal. Dia tak sangka yang Julie sanggup memutuskan pertunangan mereka.Sangkanya Julie tekad ingin mengahwininya. Haikal keliru dengan perasaannya. Sepatutnya dia gembira kerana Julie sanggup melepaskannya. Namun mengapa hatinya terpalit pilu. Terpalit sayu.

" Ju, kenapa putuskan pertunangan kita?" ucapkan pada pertemuan lewat petang itu.

Julie dilihatnya tenang. Baju T bersama seluar jeans yang tersarung di badan Julie menambahkan daya tarikannya. Sungguh dia tak pernah melihat Julie berpakaian sebegitu. Sangkanya pakaian Julie hanya baju kurung dan kain batik namun Julie di hadapannya kini seorang yang ringkas.

" Ju ingat Kal suka." Tenang sahaja Julie menuturkan. Dingin umpama ais. Dia bukan julie yang begitu inginkan kasih sayang Haikal. Hatinya mulai mengeras.

" Kal tak sangka Ju nak putuskan pertunangan ni. Dulu kan Ju yang beria-ria uruskan persiapan perkahwinan kita." Haikal inginkan jawapan.

" entahlah, tiba-tiba Ju rasa dah bosan dengan Kal. Lagipun Kal tak pernah nak layan Ju baik-baik. Ju taknak habiskan masa kejar orang yang tak sudi nak terima Ju."kata-kata Julie bagaikan tamparan kepada haikal.

" owh, so sekarang maknenya kita dah takde ape-ape la ni?" haikal inginkan kepastian.

Julie memandang wajah Haikal. Tipulah kalau dia katakan yang dia tak punya perasaan kepada lelaki ini. Sengaja ditahan hatinya.

" hurm, memang kita takkan ada ape-ape. Ju dah batalkan semua tempahan yang Ju buat. Jangan risau. Ju takkan ganggu hidup Kal lagi." Julie berjalan ke arah kereta Viva elitenya. Dia memandu laju kereta itu. Dan Haikal nampak terkejut.

' betulkah itu Ju?'

__________________________________________________________________________________

Setahun kemudian..

Julie berjalan sendirian di pusat membeli belah. Beberapa beg plastik sudah sarat di kiri dan kanan tangannya. Sedang asyik dia berjalan, dia ternampak kelibat Haikal. Sendirian. Sudah setahun dia tak bertemu dengan Haikal. Rindu? Julie cuba menepis perasaan itu. dia sudah serik. Tak perlu merindu pada yang tak sudi dirindui.

" Ju?" Haikal menegurnya. Julie hanya tersenyum. Haikal nampaknya sendirian. Mana teman wanitanya?

" Dah lama tak nampak. Sihat?" Julie sekadar berbasa-basi. Haikal nampak lebih kurus sekarang. Namun persoalan yan bermain di fikirannya dibiarkan sahaja.

'jangan ambil tahu hal orang lain.' Akalnya menegah.

"macam ni je la." Haikal tersenyum. Julie malas nak berbicara dengan Haikal.Dia takut akan jatuh cinta lagi dengan Haikal. Lalu dia meminta diri untuk berlalu. Dan haikal menahannya.

" ya? Ada ape-ape lagi?" Julie seakan tak puas hati.

" kita teruskan hubungan kita boleh?" Permintaan Haikal membuatkan jantung Julie berhenti berdegup.seakan tak percaya lelaki ini meminta dia untuk menemaninya.

"Rasanya tak perlu. Lagipun cukuplah, Ju dah serik. Dah tak nak dah." Julie hanya tenang menjawab. Haikal hanya memandang Julie.

" Tapi Ju, Kal Cuma nak tebus kesalahan kal pada ju." Haikal cuba menerangkan. Julie Cuma tersenyum.

" kalau dulu kan bagus. Mungkin kita dah bahagia kalau Kal macam ni dulu. Tapi, sayang Kal tak pernah cuba kan dulu. Dah la Kal. Ju nak balik dulu." Julie berlalu meninggalkan Haikal. Haikal terpinga-pinga.





" kenapa awak suka saya?" Julie bertanya kepada Danish. Danish hanya tersenyum.

" kenapa tanya macam tu?" Danish memulangkan soalan kepada Julie. Julie tak berani memandang ke arah Danish. Dia malu.

" sebab ex-tunang saya dulu tak suka saya. Saya kan tak cantik." Julie merendah diri. Dia tunduk.

" because you 're my wife, dear. Love you." Danish tersenyum.

Takkan dia biarkan Julie terkapai-kapai menagih kasih. Dia menyayangi Julie seadanya. Julie memeluk Danish. Dia yakin Danish hanya untuknya dan tindakan dia melepaskan Haikal adalah terbaik.

" Ju sayang abang." Danish memeluk erat Julie. Julie tekad, tiada lagi Haikal dalam hatinya. Hanya Danish. Kasih buat Haikal terus dipadam.





Tamat

P/s: dah lama tak update.. hehe.. cerpen ni saje2 je.. sori kalau cerite die bosan.. haha.. xde idea..