Followers

Kisah budak matrik- cinta Tia 1

Wednesday, December 22, 2010

Fatihah Aleeya Husin. Itu nama yang tercatat di dalam kad pengenalanku. Nama manja, Tia. Ringkas dan padat. Aku kini menuntut di salah sebuah kolej matrikulasi di Malaysia ataupun secara spesifiknya di Negeri Sembilan. sebagai pelajar program satu tahun (PST) aku terpaksa bertungkus-lumus berusaha untuk menempatkan diriku ke menara gading. Aku tak mahu dilelong dan ditendang keluar dari kolej lantaran keputusan peperiksaan yang teruk. Namun, bukan pelajaran sahaja yang aku peroleh sepanjang berada di sana, aku juga peroleh pengalaman, kawan-kawan and juga cinta... ini kisah aku. Kisah cinta budak matrik.

____________________________________________________________________


Dengan kelajuan maksimum,Tia bergegas keluar dari dewan kuliah 5. Mimi hanya setia mengekori Tia dari belakang.Menahan lapar selama 2 jam di dalam dewan kuliah memang menyeksa perutnya.Tanpa berfikir panjang,Tia terus memanjangkan kaki ke kafe A. Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Waktu puncak di kafe A.

' hish, panjang betul barisan. Sempat ke tak aku makan tengah hari ni. Dah la ada kuliah lagi pukul 2 ni.' Tia merungut.

Mimi yang berada di sebelahnya memainkan peranan dengan meninjau-ninjau lokasi untuk mencari tempat untuk duduk. Lantas kakinya dihalakan ke satu tempat yang masih kosong. Beg kuliah berwarna hitam diletakkan di situ. Tia hanya menurut. Kemudian mereka berdua berbaris untuk membeli makanan. Tia menceduk nasi ke dalam pinggannya. Dia berjalan ke depan untuk mengambil lauk,dan secara tidak sengaja dia terlanggar seorang budak lelaki.

'alamak. Mati la aku kali ni. nasib baik nasi tak tumpah'

" Maaf. Saya tak sengaja." Ujar tia apabila budak lelaki itu menoleh ke belakang. Tia hanya tersengih-sengih.

'Comel betul budak ni.'

Namun budak lelaki itu hanya menjeling dan meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Mimi yang berada di belakang Tia hanya senyap sambil menyaksikan drama sebabak Tia dan budak lelaki tadi. Tia hanya terus mengambil lauk pauk yang tersedia dan membayarnya di kaunter.

____________________________________________________________________


Usai makan, Tia mengikuti Mimi pulang ke asrama A3 untuk menunaikan solat zohor. Mimi memandang Tia. Pelik dengan sikap Tia yang agak pasif hari ini. Biasanya Tia akan berceloteh tanpa henti.

" weh, kau ni kenapa? Aku tengok macam tak bermaya sangat. Atau pasal drama sebabak yang kau dah buat kat kafe tadi ke?"

Mimi tersengih mengenangkan kembali drama sebabak yang dilakonkan oleh Tia tengah hari tadi. Memang nampak macam drama swasta kat televisyen.

" kau nampak ke tadi? Aku tak sengaja la terlanggar budak tu." Terang Tia. Mimi tersengih-sengih.

" iye la tu. Tapi budak tu kan macam sombong je. Jeling je kat kau. Macam la best sangat." Mimi memulakan sesi mengumpat setelah usai mengerjakan solat. Memang tak bagus untuk dipraktikkan. Tia hanya mengelengkan kepala sahaja. Sikap Mimi kadangkala sukar diduga.

"dah la tu. Tak payah nak ingat sangat. Jom, lepas ni kita ada kelas pulak." Tia menyapu bedak ke wajahnya dan membetulkan tudung. Beg kuliahnya diangkat dan berlalu keluar dari bilik Mimi.

____________________________________________________________________


"assalamualaikum." Tia pulang ke asramanya setelah seharian berada di kampus. Kelihatan Izzati sedang menjemur baju di ampaian di dalam bilik. Beg kuliah di letakkan di atas meja belajar dan tudung yang menutupi kepalanya ditanggalkan.Izzati hanya melihat Tia yang agak keletihan itu. Biasanya Tia akan riuh dengan celotehnya yang memang tak mengira masa namun kali ini dia hanya senyap dan tak bermaya.

'mesti ada yang tak kena ni.' bisik Izzati dalam hati.

" lambat balik hari ni? takde ko-k ke?" tanya Izzati apabila Tia dilihatnya masih belum menyalin baju untuk bermain bola tampar pada petang itu.

" tak sihat la. Lagipun ko-k dibatalkan hari ni. Encik Zul ada hal." Tia menjawab malas sambil bergolek-golek di atas katil. Izzati hanya memandang Tia sekilas dan dia kembali meneruskan kerjanya yang tergendala.

" so, amik surat kat HEP tak?" tanya Izzati. tangannya masih lagi ligat menjemur pakaian. Wajahnya dipalingkan ke arah Tia yang sedang bergolek di atas katil.

" Dah tadi, jom teman Tia gi klinik. Tia mandi jap, lepas ni kite gi sama-sama." Izzati hanya mengangguk lantas menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi. Dilihatnya Tia sudah berlalu ke bilik mandi.

___________________________________________________________________

Malam itu, Tia tak seperti selalu. Biasanya dia akan tidur awal bagi menjaga kecantikkan matanya. Takut lebam dan sembab bila menjengah pagi nanti. Tapi malam ini Tia sedang tekun menelaah sehingga menimbulkan kehairanan di fikiran Thila.

" Tia tak tidur lagi ke?" tanya Thila yang sedang bersiap-siap untuk tidur. Jarang benar Tia bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran. Biasanya Tia yang akan berdengkur dulu di dalam bilik mereka.

" Kejap lagi kot. Esok ada kuiz bio." Tia terus menyiapkan nota ringkas di samping membelek tutorial biologi yang telah disiapkan olehnya. Lantas dia bangun dari kerusi dan berlalu ke almari. Pintu almari dibuka lantas sepeket nescafe mild 3 in 1 dikeluarkan dari almari. Air panas dari termos birunya dituang ke dalam mug bermotifkan ikan miliknya. Peket nescafe dikoyak dan dia mula membancuh nescafe. Thila mengelengkan kepala melihat tingkah laku Tia.

" Elok la tu. Bancuh la nescafe banyak-banyak.Biar tak tidur satu malam." Thila menyindir Tia. Lantas selimut ditarik ke paras dadanya. Tia tersenyum. nescafe yang sengaja dibuat suam dihirup penuh nikmat. Jarum jam sudah menginjak ke angka satu. Tia masih tekun menelaah subjek biologi. Lantas pintu biliknya dibuka dari luar.

" assalamualaikum." Izzati masuk ke dalam bilik dengan langkah yang lemah longlai.

" zati ni baru balik dari mane?" Tia menyoal. Dia mengurut dada mengurangkan rasa berdebarnya. Izzati terus berlalu ke katilnya. Beg sandangnya diletakkan di atas katil dan terus sahaja dia bergolek di atas katil. Tia menjenguk Izzati. Apabila melihat Izzati yang terdampar di atas katil, dia terus berlalu ke meja belajarnya. Mug bermotifkan ikan diambil dan dia berlalu ke bilik air bersama berus giginya.

' have a sweet dream Izzati.'

0 comments: