Kami sama-sama ego. Tak mahu meluahkan rasa. Aku diam dan dia pun begitu. Perasaan yang ada ini kupendam dalam hati. Ramai rakan menggesaku meluahkannya. Namun aku masih tak mahu melakukannya. Aku khuatiri aku hanya syok sendiri.Entah sudi atau tidak dia memandangku di sini. Dulu, kami rapat bagaikan belangkas. Di mana ada dia, di situ juga aku berada. Namun, entah kenapa hubungan kami menjadi renggang. Dia hanya berbicara pabila aku memulakan. Dia hanya beku bila aku diam. Dia tak pernah mahu memulakan. Selalunya dia yang memulakan. Namun kini, lain pula jadinya. Aku malu. Aku takut dikatakan terhegeh-hegehkan dia. Perigi yang tak tahu malu mencari timba. Entahlah sehinggakan aku senyap sendiri.apa yang aku lakukan hanya dengan memandang dia dari jauh. Bertanya khabar sesekali. Namun apabila sepatah kutanya, sepatah jua dijawabnya. Akhirnya perbualan menjadi canggung. Aku yang dulunya selalu mengusiknya hilang modal apabila berdepan dengannya.
Aku diam apabila dia berkias-kias mahu meluahkan rasa. Bagiku cukuplah dengan apa yang aku lalui selama ini. dia banyak memberikan aku luka tanpa dia sedari. Rakan baikku selalu bertanyakan aku,
" mengapa tak mahu teruskan sedangkan dia sudah menunjukkan respon?"
Bagiku pula,
" dah terlalu lama perasaan ini dipendam, sehinggakan aku sendiri pun tak tahu masihkah ada lagi perasaan itu untuknya."
Tipulah kalau aku katakan perasaan itu tak wujud lagi untuknya. namun aku sedang cuba melupakannya. Mudah untuk sukakan seseorang namun untuk melupakan, aku terasa seksanya. Aku diam pabila rakanku mengatakan perkhabaran yang aku tunggu-tunggu selama ini. dia juga sukakan aku. namun aku sedih, dia tak mahu meluahkan. Jika suka katakan suka. Kelu lidah aku berbicara. Akhirnya aku mengubah topik. Tak mahu lagi menjeruk rasa dengan sesuatu yang tak pasti.
Laman Facebook ku tatap dengan jayanya. Wajah lelaki idamanku terlayar di skrin laptop. Pelbagai gambar dan aksi yang pasti menarik rakan-rakan memberikan ulasan. Aku sedar, dia punya segalanya. Punya rupa, budi bahasa dan juga harta. Sedangkan aku?
Aku hanya anak penjual kuih. Rupa tak seberapa dan aku bukanlah lemah lembut orangnya. Secara tak langsung aku terasa malu untuk meluahkan rasa lantaran kekurangan diriku. Kadangkala aku rasakan aku tak pernah layak pun kepada mana- mana lelaki. Namun aku hanya wanita biasa. Aku ingin merasai pengalaman bercinta.
Pengalaman bercinta aku kosong. Kata rakanku,
" kau terlalu setia. Setia yang tak bertempat."
Namun bagiku,
" sukar memesongkan arah hatiku kerana hatiku Cuma ada dia."
Namun perlahan-lahan aku cuba melupakan. Aku memeriksa rakan sembang yang sedang online. Ya, dia juga turut melayari facebook kala itu.
Hati aku berkira-kira, sama ada nak menegur atau tak? Akhirnya aku membuat keputusan untuk menegur. Patah-patah perkataan ditaip untuk memulakan bicara. Namun, seminit. Dua minit. Tiada balasan. Dan aku kecewa. Biarlah . mungkin dia sedang berbicara dengan orang lain.
Sejak itu, aku jarang bersembang dengannya di ruangan sembang. Dia juga tak menghubungiku. Aku sibukkan diriku dengan pelbagai kerja dengan harapan sisa-sisa perasaan masih ada ini bisa terhapus dengan mudah.
Aku tatap gambar kenangan kami dulu. Ceria bersama. Namun aku tak pernah sedar, rapatnya aku dengan dia membuatkan hubungannya dengan kekasihnya berantakkan. Dan sejak itu, dia menjauhi aku. pabila aku menyedarinya, dia sudah hilang dari hidupku. Perlahan-lahan aku cuba bina hidup baru tanpa dia di sisi. Aku cuba menjadi seceria yang mungkin. Namun aku sedih apabila dia langsung tak menyimpan nombor telefonku di dalam daftar pemanggilnya. Perlahan-lahan aku cuba menyedarkan diri aku daripada hakikat yang dia mahu menghilangkan aku dari hidupnya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, aku cuba memadamkan dia dari lipatan sejarahku, akan tetapi tak boleh. Aku tak berdaya melakukannya. Sehinggalah aku berjumpa dengan Hisyam. Hisyam membuatkan aku lupa kepada dia. Hati aku semakin jauh daripadanya. Dan suatu hari, dia kembali menghubungi aku. aku kelu. Aku cuba berlagak biasa, namun aku tak bisa. Dan baru aku ketahui, Hisyam sudah punyai kekasih hati. Aku senyap. Buntu. Mengapa aku begitu tak bernasib baik dalam soal jodoh ini?
Aku tertanya-tanya sendirian. Tujuan dia menghubungi aku. Hisyam pula, semakin menjauh daripadaku.Hisyam menjadi seperti dia. Terasa hatiku apabila Hisyam menegur rakan-rakanku yang lain tetapi tidak aku. siapakah aku? buruk sangatkah diriku ini sehingga tak mahu menegurku. Akhirnya aku terluka lagi.
Hisyam dan dia. Dua lelaki yang pernah aku sukai namun dua-duanya tak pernah menyambut hatiku. Kasihan wahai hati, tak ada sesiapa ingin memiliki sekeping hati ini. Aku diam,Hisyam diam dan dia juga diam. Aku tahu cerita ini takkan berkembang. Dan suatu hari aku nekad, aku bertanyakan dia, adakah dia menyukai aku?
Dan jawapannya agak mengecewakan. Dia berterus terang yang dia tak pernah menyimpan sedikit pun perasaan terhadapku. Dan buat ke berapa kalinya aku terluka lagi. Kali ini lebih sakit. Hisyam?
Aku dengar dia sangat mendapat sambutan dari kaum hawa. Aku tahu dia punya kekasih hati, pasti dia tak mahu aku menyimpan perasaan terhadapnya dan sebab itu, layanannya terhadapku dingin. Dan aku membawa hatiku ini yang terluka berlalu dari kehidupan dua orang lelaki itu. Aku membuka facebookku. Dia dan hisyam sedang melayari intenet kala itu juga. Untuk selamat, terus aku mengofflinekan ruangan sembang di facebook aku. tak mahu rasa terganggu dengan kehadiran mereka di ruang sembang. Dan tanpa aku sedari, air mataku mengalir. Kerana kali ini, aku tekad aku akan menjauh dari kehidupan mereka. Aku doakan semoga mereka mendapat jodoh yang baik.
betul2..
amat pedih sekali apabila jd mcm tu..
sekali terjadi..
kira tak taw samada ada lg ataw x perasaan itu utk dia..
haish
=.="