Followers

siapa sebenarnya Hazel Adriana?

Friday, June 3, 2011
Hazel dapat soalan ni kat formspring tadi.
"Siapa sebenarnya Hazel Adriana?"
Entahlah sebenarnya Hazel tak tahu nak mulakan dari mana. Bila baca soalan macam tu, Hazel macam tergamam. Sebab Hazel suka nak sembunyikan diri. Macam main sorok-sorok. Biarlah identiti Hazel ni dikekalkan sebagai anonymous.


Hazel tak mahu nak cari publisiti dengan menempel muka Hazel yang biasa-biasa ni kat blog. Kan biasanya kalau blogger perempuan, suka letak gambar comel kat blog. Oleh kerana Hazel tak comel atau cantik, jadi tak perlulah nak letak gambar kat blog.


Betul tak?


Mengenai soalan tu, Hazel cuma nak cakap. Hazel Adriana adalah nama dunia maya dan kalau dalam dunia realiti biarlah ia rahsia.


Harap Hazel dah jelaskan semua kekeliruan ok.
Salam satu Malaysia.

0 comments: