Followers

Siapakah kekasih hatiku? 17

Wednesday, January 25, 2012
BAB 17
AKU memasuki restoran makanan segera McDonalds. Kata Riana dia teringin benar menjamah hidangan burger di sini. Pelik. Mengidam nak makan makanan segera. Jadi aku turutkan sahaja. Macam-macam yang dipesannya. Mungkin dia betul-betul teringin.
“Ana betul-betul lapar ke?” ujar aku setelah kami duduk di salah sebuah meja di Mcdonalds. Riana tersenyum. Pantas tangannya mencapai burger dan mula untuk makan. Aku pula ternanti-nanti bicara Riana.
“Tia makanlah dulu, nanti Ana beritahu.”
 Riana terus makan dan makan. Sedangkan aku, hanya mampu meneguk air berkarbonat sedikit demi sedikit.
“Kalau abang tahu, mesti teruk Ana kena marah.”
Ana bersuara selepas dua biji burger bersama kentang goreng sudah berada di dalam sistem penghadamannya. Aku hairan.
‘Alan marahkan riana? Pelik.’
“Alan marahkan Ana? Kenapa?”
Riana mengangguk. Kemudian dia menyedut sedikit air berkarbonat yang ternyata tak bagus untuk kandungannya. Aku bagaikan tak percaya Alan sanggup memarahi Riana.
“Ana banyak buat salah dengan abang. Tapi abang masih sudi jaga Ana.”
 Suara sayu Riana kedengaran.
“Maksud Ana?”
Aku semakin ingin tahu.seakan tak mempercayai Alan sanggup memarahi Riana. Riana memandang aku.  Buku yang seakan diari dikeluarkan dari begnya. Kemudian diunjukkan kepadaku. Teragak-agak aku mengambilnya.
“Itu diari abang. Abang selalu tulis diari waktu Ana tengah tidur. Ana tak nak Tia cerai dengan abang. Tia baca la diari tu.Sekarang ni abang tengah outstation seminggu.” 
Aku mengangguk perlahan. Tak sangka Riana akan menuturkan kata-kata sebegitu.
Pertemuan hari itu diakhiri apabila aku menghantar Riana pulang ke rumah bonda. Risau juga aku hendak membiarkan dia pulang sendirian. Jadi sebagai langkah selamat, biarlah aku yang menghantarnya pulang.
*****
AKU merebahkan diri di atas katil. Perlahan diari Alan ku keluarkan dari beg tanganku. Diari sama yang pernah kubaca dahulu cuma pertambahan patah perkataan barangkali. Aku membeleknya. Perlahan. Meneliti setiap perkataan yang dicatat di atas muka surat itu. Luahan seorang lelaki.
Sikap Tia yang makin menjauhi aku membuatkan aku rasa aneh. Yalah. Tia biasanya akan menelefon aku hampir setiap hari. Tanyakan itu. tanyakan ini. Ya, aku akui dulu aku amat tak menyukainya namun kini aku rasakan kosong. Ya, aku memang punya Riana namun sikap Riana dan Tia amat berbeza. Tia punyai sesuatu yang buat aku rasa aku seorang suami. Riana? Kadang kala sikap manjanya buat aku rasa rimas. Aku tahu aku banyak bersalah terhadap Tia namun untuk melepaskannya, aku belum bersedia. Aku masih perlukan dia.
Aku menyelak helaian seterusnya. Luahan hati Alan bersambung lagi.
Tak sangka Riana bermain kayu tiga di belakangku. Kadang kala aku terfikir,adakah anak itu milik aku? Jangan katakan itu bukan anakku. Aku akan terasa dayus jika isteriku mengandungkan anak orang lain. Tia? Ya, hampir dua tahun aku menikahi dia. Namun dia tak pernah curang padaku. Setia menantiku walaupun beribu kali disakiti. Riana dan Tia. Dua isteriku namun perangai amat berbeza. Aku takut apabila Tia menyuarakan untuk pergi dari hidupku. Aku tahu dia pernah bertunang dengan orang lain dan aku tahu Shah amat menyintainya. Aku yang mengusulkan agar Shah berkahwin cepat supaya dia tak mengganggu Tia. Tia milikku seorang.

Aku terkejut. Betulkah ini? Semua ini rancangan Alan. Dia tahu mengenai shah dan dia berpakat untuk mengahwinkan Shah secepat mungkin. Aku menyambung pembacaanku yang terhenti.
Aku terpaksa memutuskan untuk melepaskan Tia walaupun aku tak sanggup rasanya untuk melepaskan dia. Namun aku akan pastikan Shah takkan dapat berkahwin dengan Tia .Riana? Kadangkala aku rasakan dia menyayangi aku namun aku keliru. Dia banyak membandingkan aku dengan bekas-bekas teman lelakinya. Aku rimas. Bonda juga mengusulkan agar aku melepaskan Tia jika aku tak mampu membahagiakannya. Ah!! Bonda terlalu sayangkan Tia. Hanya Tia menantu bonda. Riana? Bonda tak pernah mengiktirafnya sebagai menantunya.

Aku menutup mata. Tak sanggup meneruskan bacaan. Luahannya nampak ikhlas namun adakah ini realiti? Aku sendiri tak pasti. Aku terduduk di birai katil. Jeritan dari telefon bimbitku menyedarkan aku dari lamunan.
“Helo?”
*****
AKU senyap. Rasanya seperti baru tadi aku berbicara dengan Riana, namun panggilan telefon dari bonda tadi mengejutkan aku. Segera aku mengenakan tudung dan memandu kereta ke hospital. Ya, Riana kemalangan. Dek kerana terlalu ingin menjamah pisang goreng yang dijual di gerai seberang jalan, dia dilanggar lari. Aku tak pasti keadaannya. Namun, suara cemas bonda membawa aku ke hospital. Kulihat bonda dan Alan sudah berada di sana. Alan mundar-mandir menanti berita dari Riana.
Di situ aku lihat cinta Alan kepada Riana, walaupun Riana curang dia masih lagi sanggup menanti Riana. Ya, cinta seorang suami seperti itu yang aku dambakan selama ini. Dapatkah aku merasainya?
Seketika kemudian, seorang doktor menghampiri  kami. Alan segera bertanyakan doktor mengenai keadaan Riana. Aku hanya memerhati. Senyap.
“Maaf encik, mungkin Tuhan lebih menyayangi dia.”
 Alan terduduk. Aku mendapatkan Alan.
“Anak saya macam mana doktor?”
Sayu suara Alan menuturkannya. Aku membantunya untuk bangun.
“Anak encik selamat tapi lahir tak cukup bulan. Jangan risau.” 
Aku tak pasti perasaan aku sekarang. Sedih? Gembira? Yang pastinya aku masih lagi terkejut dengan berita kematian Riana. Bagaimana Alan akan membesarkan anak itu? Haruskah aku berkorban untuk menjadi ibu kepada anak tiriku? Kasihan, kecil-kecil lagi sudah menjadi yatim. Aku memandang Alan. Lantas aku menggosok belakang Alan. Aku mahu dia tahu aku sentiasa ada untuknya. Tiba-tiba Alan menarikku ke dalam pelukannya. Esakkan kecil kedengaran.  Aku kaku dalam pelukannya.
‘Alan menangis?’


5 comments:

  1. nursya said...:

    ala pendek nyer...
    nk lg....
    next plzzzzzzz....

  1. Anonymous said...:

    semakin menarik..:)
    n3 awal cite ni memang wat kita telan kesakitan..realiti kehidupan..
    hope tia terus di sisi alan.. tanggungjawab isteri di samping seorang suami.. nak lagi3..hehe..

  1. Anonymous said...:

    so tia lh jawapan utk jaga anak alan!
    ni kena test betul ke anak itu anak alan

    -aqua