Followers

Kisah budak matrix- cinta Tia 5

Saturday, January 29, 2011

Tia menuruni tangga sebelum melalui susur gajah ke kooperasi yang terletak berhampiran surau. Tangga yang selalu dipanggil tangga batu caves yang mempunyai kira-kira 57 anak tangga. Tangga yang curam yang terletak berhampiran blok C1 dan C2.Tia berjalan sendirian di susur gajah.

' malam-malam macam ni, risau pula nak jalan sorang-sorang. Menyesal pulak tak ajak Sara tadi.' Tia merungut sendiri. Dia mempercepatkan langkah sambil sesekali matanya melilau ke belakang.

Dan akhirnya Tia menjejakkan kaki ke dalam kooperasi yang ternyata panas itu. Renik-renik peluh sudah menimbulkan diri.

'habislah bedak aku dah cair.' Tia meraup mukanya dengan tangan. Lantas dia berlalu ke bahagian biskut. Stok biskut Tiger persendirian miliknya sudah habis. Dia meneliti label biskut Tiger yang ada dan beralih ke peket minuman yang dijual. Sedang asyik meneliti barang yang ingin dibeli, dia terlanggar seseorang.

'langgar orang lagi. kali ni siapa pulak.' Rungut Tia.

"maaf." Tia meminta maaf kepada orang yang dilanggar itu. Namun dia kelu bila terpandangkan wajahnya. Ash?

'nape la dia lagi yang aku langgar. Dah masuk tiga kali tau.' Tia menyesal kerana tidak berhati-hati.

" takpe." Ash hanya mengambil sepeket nescafe dan beratur di kaunter. Begitu juga Tia.

'jap. Kalau Ash ada. Wafiy pun mesti ada kat sini.' Fikir Tia. Fikirannya melayang-layang sehinggalah tiba gilirannya untuk membayar.

' takpelah, bukan pakwe aku pun.' Akhirnya Tia membuat keputusan untuk tidak mengambil tahu hal Wafiy ataupun Ash.

________________________________________________________


 

Tia keluar dari kooperasi. Dan ternyata sangkaannya tepat Wafiy dan Ash berada di situ. Tia tak mempedulikan mereka. Bukan urusannya untuk tergedik-gedik bertanyakan itu dan ini.

'Masih menunggu rakan-rakannya yang lain mungkin.' Fikir Tia.

Tia berjalan melintasi mereka. Dia mengerling jam. Sudah hampir pukul 10 malam. Matanya mulai mengantuk.

'nak kena balik cepat ni. tapi duit dah nak habis. Baik pergi mesin ATM dulu. Esok mesti ramai orang.' Kaki Tia dilencongkan ke arah perpustakaan untuk mengeluarkan duit.

"Tia!" kaki yang laju melangkah tadi terhenti dengan sendirinya.Tia agak terkejut. Mujurlah dia jenis yang kuat semangat. Wafiy segera mendapatkan Tia.

"Wafiy?" Tia masih terpinga-pinga melihat Wafiy yang sudah berada di sisinya.

" nak pergi mana?" Soal Wafiy. Timbul kerisauan di benak fikirannya apabila melihat Tia berlalu ke arah dewan kuliah.

" nak pergi mesin ATM." Tia membalas. Wafiy dilihatnya tercungap-cungap.Tia memandang gelagat Wafiy yang agak kalut. Comel!

" Saya temankan." Wafiy menawarkan dirinya.

" kawan-kawan awak?" mulut Tia dijuihkan kepada rakan-rakannya yang sedang memerhatikan drama swasta yang baru dilakonkan oleh mereka berdua dari jauh.

"haaaa.. diorang?" Wafiy menggaru kepalanya sambil memberikan isyarat kepada rakannya supaya tidak kacau daun. Sungguh dia lupa mengenai kawan-kawannya.

" weh, Wafiy tu nak kita ikut ke tak?" Afiq cuba memahami isyarat yang baru diberikan oleh Wafiy.

" dia suruh kita ikut kot. Jom la." Ash menghampiri Wafiy dan Tia. Wafiy buat muka. Dia menyangkakan berpeluang untuk mengenali Tia dengan lebih dekat ataupun dalam erti kata lain, bolehlah dia merenyam dengan Tia.namun, harapan hanya tinggal harapan.

' kacau daun betul budak ni.' getus Wafiy dalam hati. Dia berjalan beriringan Tia berjalan ke arah mesin ATM. Kawan-kawannya? Hanya membuntuti langkah dia dan Tia.

_________________________________________________________


 

Tia pulang ke hostel dihantar oleh Wafiy dan rakan-rakannya. Sebelum dia mendaki tangga batu caves itu sempat lagi dia bersembang dengan Wafiy.

"Dah sampai. Terima kasih sebab temankan saya." Tia cuba bersopan santun walaupun hakikatnya dia bukan spesis yang sopan santun.

'hipokrit betul kau ni Tia' Tia marah pada dirinya sendiri.

" Err, esok awak lunch kat kafe A ke?" Wafiy bertanya. Dia inginkan kepastian. Sebetulnya dia hendak mengetahui segalanya mengenai Tia namun dia takut dikatakan psiko.

" Tak pasti. ikut mood la. Kalau tak saya tapau makan kat bilik je. Lagipun esok kelas habis pukul 1" Tia menjelaskan. Dia sengaja ingin memendekkan pertemuan mereka. Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Risau juga jika JPP meronda. Takut dikatakan tengah melakukan maksiat. Tercemar nama baik Tia.

" okay tata." Tia mengucapkan selamat tinggal sekali lagi kepada Wafiy. Tak lupa juga buat rakan-rakannya sekali.

"bye." Wafiy menghantar Tia pulang dengan senyuman yang mengharapkan adanya pertemuan lagi.

" Fiy, aku rasa kau ni dah tahap kronik. Baik kau pergi mengorat dia cepat-cepat." Afiq tersengih. Tak pernah Wafiy menunjukkan minat terhadap perempuan. Dulu dia menyangka Wafiy tak berminat kepada perempuan kerana setiap kali perempuan cantik melintas di hadapan mereka, Wafiy tak langsung menunjukkan minat. Tapi kali ini, Wafiy memang berminat.

" maybe aku patut kot." Wafiy berbicara perlahan.

___________________________________________________________


 

Ash sendirian di dalam biliknya. Kelihatan Hakim baru pulang dari study room. Lantas Hakim membuka komputer ribanya. Kamera digitalnya disambungkan ke komputer ribanya dan gambar-gambar rakan sepraktikumnya di pindahkan ke dalam pendrivenya. Ash bosan mengadap buku tutorial Fizik yang perlu disiapkan. Lalu dia duduk di sisi Hakim. Memerhatikan apa yang dilakukan oleh Hakim.

" Kim, ni sape?" Ash menunjukkan ke gambar Tia yang berada di sisi Hakim di dalam gambar itu. Sengaja dia bertanya.

" ni?" Hakim meminta kepastian.

'punyalah ramai perempuan dalam praktikum aku. Minah kejam ni jugak yang dia tanya.' Hakim tersenyum.

"Tia. Kawan aku yang kejam." Hakim menerangkan. Ash seakan-akan tak percaya.

" kejam?" Ash tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Hakim.

" Dia ni kalau cakap sesedap rasa je. Tapi dia okay la. Tak hipokrit macam sesetengah perempuan tu." Hakim menyimpulkan sifat-sifat Tia.

"Dia ni laser ke?" Ash seakan-akan berminat terhadap Tia.

" tak la. Dia okay. Dengan aku je dia laser. Dengan orang lain dia okay je." Hakim mengerutkan keningnya apabila Ash sudah bertanya terlalu banyak mengenai Tia.

" kau macam minat je kat dia." Hakim cuba mengorek.Ash buat-buat tak tahu.

" kalau kau nak nombor telefon dia. Aku boleh bagi." Hakim memancing Ash. Namun Ash hanya diam. Berpura-pura menumpukan perhatian kepada tutorial Fizik yang ditinggalkan tadi.

___________________________________________________________


 

Izzati memerhatikan Tia. Tia sedang mengunyah biskut tiger sambil mendengar panggilan hangit yang sedang ke udara di Hot Fm. Melihat gelak tawa Tia yang terkekeh-kekeh ketawa.

'lain betul budak ni sekarang. Gembira semacam je.' Izzati cuba meneka.

Tia bangkit dari kerusi setelah panggilan hangit habis ke udara di radio. Dia membasuh mug dan menggosok gigi. Lantas dia menyambung kerja-kerjanya kembali. Study week. Ramai yang menghabiskan masa memerap di dalam bilik untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Slip peperiksaan telah pun diambil dan Tia akan menduduki peperiksaan di DSG. Izzati pula akan menduduki peperiksaan akhir semester satu di perpustakaan. Begitu juga Thila. Suasana sunyi menyelubungi di dalam bilik itu. Semuanya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.

" Tia bercinta ke sekarang?" Izzati menembak walaupun sasarannya tak berapa mengena.

" tak la. Nape tanya macam tu?" Tia mengerutkan kening.

"gembira semacam je." Tia tergelak mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir Izzati.

" dah, dah buat kerja tu. Final dah nak dekat." Tia menggesa Izzati supaya meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

_________________________________________________________


 

Peperiksaan akhir semester satu sudah tamat. Tia keluar dari Dewan serba guna (DSG) dengan muka yang agak lega. Hakim menegurnya.

"Hoi, kau boleh jawab tak tadi?" Hakim menegur Tia. Tia memasukkan alat tulis berserta slip peperiksaan ke dalam beg hitamnya. Kad matrik yang disangkut dilehernya dibetulkan.

" Susah la soalan tadi. Aku macam tak boleh jawab je." Tia menarik muka tanda susah. Hakim mengeluarkan bungkusan gula-gula Nips dari begnya. Dia membukanya dan menyuakan kepada Tia.

" dah habis exam. Kena raikan dengan Nips. Nah kau ambil sikit." Tia memandang Hakim. Tiba-tiba tawanya meletus.

" kau ni hakim, macam budak-budak." Tia tergelak.

" nak ke tak nak. Kalau tak nak, aku makan sorang." Hakim menarik kembali Nips yang baru disuakan ke Tia.

" okay. Aku ambil. Tapi aku nak yang warna hijau je tau. Baru matching dengan baju aku ni." Tia mengambil coklat yang berwarna hijau. Dan ketawa mereka meletus lagi. Mimi yang baru sampai dari perpustakaan menegur Tia dan Hakim.

" weh, pesta apa ni. Siap ada Nips lagi." Mimi menegur.

" Hakim ni, nak raikan exam dah habis. Dia bagi makan Nips je." Tia menerangkan.

" cakap pasal makan ni, perut aku rasa lapar la pulak. Jom makan kat kafe A. Aku nak makan ayam goreng dia la. Sedap." Mimi mengajak Tia dan Hakim untuk makan bersamanya.

" boleh jugak." Tia dan Hakim bersetuju

Bersambung.....