Followers

Showing posts with label apa kata cik hazel. Show all posts
Showing posts with label apa kata cik hazel. Show all posts

Repost SKH

Wednesday, November 9, 2011
Salam sayang semua.

Dua tiga hari ini, Hazel rajin sangat sampai tak tahu nak buat apa. Jadi, dengan bangganya, Hazel repost balik entri SKH yang lama-lama dengan sedikit pembetulan. Kiranya yang baru ini, edited version of SKH la ye. Kan enovel ni dah lama. Jadi, Hazel harap pada yang baru nak membacanya dan pada yang mengikutinya.. Ehem.. (macamlah ada yang ikut), akan refresh kembali kisah ni.

Okay salam sayang dari,
Hazel Adriana

Removing Siapakah Kekasih Hatiku?

Tuesday, September 13, 2011
Hai semua,

Bila Hazel tengok balik post-post lama SKH, yang zaman purba kala dulu. Hazel rasa macam nak tarik balik dan betulkan. Yalah, kan teruk gaya penulisan Hazel time tu. Tanda baca, ejaan, kosa kata dan macam-macamlah masalah yang Hazel tengok kat penulisan Hazel zaman dahulu kala.

Kalau boleh, Hazel rasa macam nak tarik balik post-post tu dan repost balik. Agak-agaknya korang (yang sudi baca skh) setuju tak?

Kalau tak.. Hazel biar sahaja macam tu.

Nak remove atau tak?

siapa sebenarnya Hazel Adriana?

Friday, June 3, 2011
Hazel dapat soalan ni kat formspring tadi.
"Siapa sebenarnya Hazel Adriana?"
Entahlah sebenarnya Hazel tak tahu nak mulakan dari mana. Bila baca soalan macam tu, Hazel macam tergamam. Sebab Hazel suka nak sembunyikan diri. Macam main sorok-sorok. Biarlah identiti Hazel ni dikekalkan sebagai anonymous.


Hazel tak mahu nak cari publisiti dengan menempel muka Hazel yang biasa-biasa ni kat blog. Kan biasanya kalau blogger perempuan, suka letak gambar comel kat blog. Oleh kerana Hazel tak comel atau cantik, jadi tak perlulah nak letak gambar kat blog.


Betul tak?


Mengenai soalan tu, Hazel cuma nak cakap. Hazel Adriana adalah nama dunia maya dan kalau dalam dunia realiti biarlah ia rahsia.


Harap Hazel dah jelaskan semua kekeliruan ok.
Salam satu Malaysia.

idea sangkut2..

Saturday, October 2, 2010
salam semua..
dah lame tak update blog ni.. kesian blog ni.. tah ape cerita.. huhu blog yang kurang kasih sayang kan.. huhuhu..hazel curi mase nak update blog ni.. walaupon tak update entri skh baru. hazel harap kalian semua tak marah atau kecewa k.. huhu

nak tahu tak? sebenarnya kebelakangan ni hazel cam sibuk sket.. meeting and dating at the same time.. huu.. tadi baru habis forum kerjaya pastu kan...sekarang ni duk sibuk buat report nutrition..
(hehe. sempat lagi bukak blog tu..)
lagipon final exam hazel diawalkan lantaran lecturer nak gi haji.. so tawakal je la..

hhu.. macam mane nak cakap ek.. idea hazel sekrang sangkut2.. nanti tak cantik lak flow cerita.. huu..
dan sekarang.. hazel cam dah start tahu ape perasaan suka menyukai ni.. boleh la buat cerita yang emo sket.. hhu.. seblum ni kawan2 hazel panggil hazel princess of ice.. boleh dekat tapi nak tackle tu payah.. konon mahal la tu.. huhu
ceh, kalo kawan hazel tahu yang hazel tulis cerita cinta .. mesti diorang gelak guling2 satu padang kawad.. huhuhu
ye lah org yang langsung takde pengalaman cinta tulis kisah cinta.. huuhu..

sebenarnya dalam fikiran hazel lelaki yang patut jadi hero mesti perlu ada ciri2 macam ni:
  1. sedap mata memandang/ pandai bergaya
  2. baik/ gentleman
  3. cool
  4. leadership tu kena ada.
  5. dia buat kite selesa..huhu
actually, hazel dah jumpe lelaki yang ade ciri2 di atas.. huuhu.. toink toink.. falling in love? no no no.. just nak jadikan die hero untuk cerita baru.. hhuhuhu
but if dia bagi respon.. apa salahnye... kyaaaaa.... gatal... hahaa

okay.. doakan hazel dapat sambung citer ni ngan idea yang baru and tak boring.. kya kya kya..
sebelum tu.. hazel nak tinggalkan satu soklan.. sape nak jawab.. jawab la...

berikan ciri2 lelaki / perempuan yang mampu menarik perhatian anda?

macam soalan spm x? huhu selamat menjawab.. huhu

terima kasih...

Thursday, September 9, 2010
salam sejahtera semua.

selamat menyambut 1 syawal esok.. hazel ucapkan buat semua umat islam di luar sana. di sini hazel nak memohon maaf jika bahan tulisan hazel menyinggung perasaan pembaca.

ok.. hazel ada mendapat komen.. mengenai kenapa tia mudah sangat terima Alan. hurm.. susah jugak nak jawab soalan tu? bila berkaitan perasaan memang susah.. kadang-kadang.. hazel sendiri sebagai penulis pun tak sedar kenapa cerita jadi macam tu.. huhuhu..

kalau nak tahu.. hazel nak buat cerita ni cerita yang gembira.. but suddenly it happen to be sad story..
ramai jugak la kawan hazel cakap.
" eh kenapa kau buat cerita sedih-sedih macam ni?"

kepada nad, yang sudi memberikan komen..
  1. thanx sebab sudi membaca.
  2. idea nad tu boleh dipakai jugak.. huhu
  3. mengenai riana dan diari alan.. hazel akan rungkaikan dalam next entri k..
  4. pasal nak tia tinggalkan alan.. hazel akan fikirkan dulu.. kesian kan kat iza.. takkan nak biarkan dia dengan alan yang kejam tu.huhu
  5. pasal nak tambahkan emosi.. hazel dah prepare scene yang emosi.. janji jangan nangis udah k...
ok.. kepada yang sudi membaca, walaupu tak tinggalkan komen.. terima kasih banyak2.. huhuu

selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin..

apabila cik hazel berbicara..

Sunday, July 11, 2010
salam satu malaysia semua..

maaf la sebab entri skh 17 agak sedih.. pengaruh emosi hazel kot time tu..
almaklumlah hazel nak sambung pengajian balik.. sedih la konon nak tinggalkan mak dan ayah..
hurm.. daripada komen.. mengatakan bahawa tak suke alan dan riana...huhuhu..
kadang2 hazel pon kesian jugak kat tia.. tapi dah time tu idea datang dah macam tu.. terus tulis jek..

but untuk beberapa bulan ni maybe hazel akan lambat post entri baru..
yelah hazel pon dah nak buat final year projek.. jadi kena la lebih tumpu pada tu kan..hurmm.. nanti kalau ade mase hazel akan postkan entri baru...

ape hal. korang semua memang best sebab sudi bace novel yang tak seberapa ni.. huhu..

tukar tajuk novel...?

Thursday, June 24, 2010
baru-baru ni ada la orang mengutarakan agar hazel tukar tajuk novel siapakah kekasih hatiku kepada tajuk lain..
sebab tajuk tu macam tak sesuai...

fikir punye fikir.. ade la satu tajuk lekat kat kepala hazel.. tajuk die..

PELABUHAN CINTA TERAKHIR..

agak2 nye sesuai tak? atau hazel teruskan je pakai tajuk asal ni.. hehe...
amat mengharapkan maklum balas dari kalian ...
plz... kui3


dan sebenarnya..

Wednesday, May 12, 2010
terima kasih semua kerana sudi menjengah blog hazel yang tak seberapa ni...
sebenarnya hazel amat mengharapkan komen daripada follower dan pembaca entri hazel ni..
ye lah kan, takut pulak hazel tersyok sendiri..
hazel kan, kalau menulis, bukan ingat sangat..
kadangkala kita rase logik.. tapi orang lain pikir? tak logik..
hehe..
cerita kekasih ni..
cerita pertama hazel....
hazel mengharapkan sokongan daripada anda semua..
kadang2 ada jugak la hazel selitkan kisah sebenar dalam novel ni...
hehe..
tapi part mana tu.. rahsia k...

hazel sendiri menharapkan ade mood untuk menghabiskan novel ni..
supaya tahu kesudahan kisah tia dan Alan...
hazel nak buat novel yang gembira tapikan..
novel ni tersedih la pulak.. hehehe..
tah la.. tunggu je la kesudahan novel ni k..

selamat membaca..


luahan hati cik hazel

Thursday, April 29, 2010
hai semua..
hurm.. tak tahu la nak cakap apa...
hazel sebenarnye nak sambung citer kekasih ni tapi idea untuk mengarang tak muncul2..
tambahan pulak hazel tengah kerja part time kat resort. letih la sket...
kadang2 tu banyak idea tapi kan...
jari jemari hazel ni, malas bebenar.. macam mane nak buat ek..
hehee...

hope setakat ni, semua berpuas hati dengan novel kekasih ni...
kalau ade yang nak komen.. amatlah dialu-alukan....
hehee
okay la, nak pergi cuci baju jap..
tata

hmmm

Friday, January 22, 2010
hmm... sori sesangat..hazel mungkin tak dapat mengepostkan novel kekasih dalam mase terdekat ni.. mungkin ade mase nanti hazel postkan.. buat mase ni hazel agak kekeringan idea untuk menulis.. tambahan pula dengan kelas yang pack. hope semua dapat bersabar.

novel kisah budak matrix tu hazel mungkin akan rombak dan postkan balik nanti.. okay..

salam satu malaysia..