BAB 22
AKU mengenakan kebaya labuh berwarna biru muda. Sengaja
kulilitkan selendang berwarna senada. Alan pula segak berbaju Melayu berwarna
sedondon. Aku agak terkejut apabila Alan membelikan baju berwarna sedondon
semata-mata hendak ke majlis kahwin Misya. Terharu pun ada. Kasih sayang Alan
semakin menyuburi rumah tangga kami. Aku bersyukur. Perubahan Alan
membahagiakan aku.
Aku membetulkan butang baju Melayu Alan. Haruman badan
Alan menusuk hidungku. Segar dan wangi. Aku seakan asyik dengan harumannya.
Kucupan didahiku menyedarkan aku dari terus hanyut dari menikmati haruman
badannya. Aku mendongak. Alan tersenyum.
‘Aku segan betul la dalam situasi romantik-romantik ni.
Aku bukanlah romantik sangat. Dulu aku mengada-ngada pun sebab nak pikat Alan.’
“Abang rasa kita tak payahlah pergi kenduri Misya. Duduk
dalam bilik pun okay jugak.”
Alan tersengih-sengih. Aku membulatkan mata tanda
terkejut mendengarkan apa yang keluar dari mulutnya. Kebelakangan ini, Alan
sering sahaja mencari ruang untuk bermanja-manja denganku. Bukan aku tak tahu,
perancangannya berbulan madu itu. Beberapa kali dia menunjukkan beberapa jenis brochure kepadaku dan menyuruh aku
memilih sama ada mahu ke dalam atau ke luar negara sebagai tempat percutian
kami. Namun, aku lebih suka menyerahkan semua itu kepada Alan. Dia lebih tahu.
‘Dah mula buat perangai gatal tak habis-habis.’
Aku membetulkan selendang. Kemudian aku menuju ke pintu.
Tangan Alan yang entah bila melingkari pinggang, aku leraikan. Alan, tangan
kalau tak merayap, memang tak sah.
“Abang duduk la
dalam bilik sorang-sorang. Tia nak pergi kenduri Misya.”
Sempai kucapai beg tangan sebelum keluar. Alan tersenyum
lantas membuntutiku. Sesekali kedengaran dia merungut. Aku hanya menahan tawa.
Sudah macam mak cik-mak cik sahaja suamiku ini. Bukan main lagi merungut.
“Abang nak manja-manja sikit pun tak boleh.”
Alan merungut. Aku
hanya tersenyum.
“Abang
bermanja tak kena masa.”
Aku
ketawa selesai menuturkannya. Alan memimpin tanganku dan aku hanya membiarkan.
Kami berlalu menuju ke kereta. Tak sabar benar aku hendak melihat Misya
bersanding.
*****
MISYA kelihatan anggun dengan busana kebaya yang
diperbuat daripada songket berwarna emas. Di sampingnya, suaminya. Aku tak
jelas siapa lelaki itu, namun seperti pernah kulihat. Lelaki itu sedang
membelakangi aku.
‘Siapa dia?’
Aku tertanya-tanya. Aku berjalan mendekati Misya yang
sedang asyik melayan tetamu. Bahunya aku cuit.
“Misya. Tahniah.”
Aku menegur Misya.
Alan setia di sebelahku. Alan hanya tersenyum melihat aku dan Misya berpelukan.
Maklumlah kami kan sudah lama tak
berjumpa. Pelukan dileraikan. Aku
berpaling ke arah pengantin lelaki. Ya Allah! Hakim?
Misya melihat aku terlopong memandang Hakim. Mengapa
dengan Hakim? Bukankah Hakim hangat bercinta dengan Intan? Adakah aku yang
ketinggalan zaman? Pelbagai persoalan muncul di fikiranku di saat ini.
“Hakim? Kau...”
Kata-kataku terhenti di situ. Hakim tersenyum. Alan
berjabat tangan dengan Hakim.
“Tia, lama tak jumpa. Makin berseri kau sekarang. Ni husband kau ek?”
Hakim menegur aku.
Aku tersenyum. Hakim menghulurkan tangannya kepada Alan. Mereka berjabat
tangan. Alan tersenyum memandang Hakim.
“A’ah hakim. Ni husband
aku. Aku masih lagi dalam keadaan
terkejut. Kau dan Misya?”
Hakim tertawa.
Misya pula tersipu-sipu malu. Hakim menarik Misya rapat ke arahnya.Takut benar
Misya lari. Aku tahulah mereka raja sehari. Aku menyeringai. Wajah Misya sudah
pun merah padam lantaran perbuatan lepas laku Hakim. Malu mungkin.
“Nantilah aku cerita. Sekarang ni kau kena kenalkan aku
dengan lelaki yang boleh curi hati kau ni. Setahu aku dulu, kau bukan main lagi
keras hati dengan lelaki.”
Hakim berseloroh
sambil mengimbau kembali kenangan lalu.
Diri aku yang begitu keras dengan lelaki suatu ketika dahulu. Ego yang
menghalang diriku dan Fairuz bersatu dahulu. Ego itu aku runtuhkan sedikit demi
sedikit buat lelaki bernama Tengku Alan Hafiz.
“Ni suami aku, Alan. Kami dah ada seorang anak pun tapi
tak bawak. Mama nak main dengan cucu dia.”
Aku memperkenalkan
Alan secara rasminya kepada Hakim dan Misya. Alan tersenyum memandangku.
“Alan ye. Bertuah
la dapat si Tia ni. Dulu time
belajar, payah benar nak layan lelaki. Ingatkan dah tak kahwin la dia ni sampai
ke tua. Alih-alih dia yang makan nasi minyak dulu, siap ada anak sorang lagi.”
Misya mula mengusik aku. Aku sudah tersipu-sipu malu.
Alan pula ketawa. Dia seakan berminat mengetahui kehidupan aku ketika belajar
dulu.
“Betul ke? Tak tahu pula. Sebab Tia ni nampak biasa je.”
Alan menjeling ke arahku. Aku tunduk malu. Mereka bertiga
tertawa. Mesra sekali.
“Kalau nak sembang banyak lagi, tunggu kitorang habis
bulan madu nanti ye. Sekarang ni, pergi makan dulu. Sedap lauk tu, mak aku dan
jiran tetanggayang masak.”
Misya berseloroh.
Aku dan Alan hanya menurut. Hakim dan Misya kemudiannya berlalu ke dalam rumah
bagi menyalin persalinan baru.
*****
LAMA juga aku berada di majlis perkahwinan Misya. Beramah
mesra dengan Misya dan juga Hakim membawaku kembali ke zaman belajarku dulu.
Aku seakan lupa status diriku. Kini, aku berada di dalam kereta bersama Alan.
Lagu-lagu dari pendriveku mengiringi
perjalanan kami ke rumah.
Aku hanya melayan perasaan. Terkenang kembali setiap
detik yang aku habiskan bersama Misya, Hakim dan juga Intan. Bercakap mengenai
Intan, entah di manakah dia menghilang? Misya dan Hakim langsung tak bercerita
mengenai Intan. Apabila ditanya, dia hanya diam atau cuba mengubah tajuk. Aku
pelik. Deheman Alan menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.
“Jauh termenung.”
Alan menegur. Aku tersenyum nipis. Aku membetulkan duduk.
Sakit sudah tulang belakangku.
“Hmm.. teringat zaman belajar dulu.”
Aku memulakan. Alan seakan berminat untuk mendengar.
“ ... Misya dan Hakim selalu temankan Tia. Kitorang
selalu bergurau, buat kerja sama-sama.. tak sangka pula diorang kahwin.”
Aku tergelak sedikit. Alan tersenyum sambil meneruskan
pemanduannya.
“So, dulu Tia
macam mana orangnya? Abang teringin nak kenal Tia. Dulu abang tak berpeluang
kenal dengan Tia.”
Aku tersenyum mendengar bait bicara Alan. Tak berpeluang
kenal?
“Macam yang abang dengar Hakim cakap tadi. Keras hati
dengan lelaki. Maksud Tia, lelaki tu kawan saje. Tak lebih dari itu.”
Aku menjelaskan. Kulihat Alan mengerutkan kening. Seakan
tak percaya dengan apa yang didengari tadi.
“Oo, tapi...”
Belum sempat Alan menghabiskan kata-kata aku sudah
memintas.
“Tapi abang tak nampak Tia macam tu kan. Tia tahu. Dulu
Tia dah janji dengan diri Tia, yang kalau Tia dah kahwin, Tia nak bagi hati Tia
pada suami Tia.”
Tenang aku
menuturkannya. Alan hanya diam. Aku tak pasti perasaan apakah yang sedang
melanda hatinya kala ini. Yang pasti, aku mahu dia tahu aku cintakan dia. Aku
mengeluarkan pendrive. Kali ini aku mencari siaran radio. Bosan apabila
mendengar lagu yang sama diulang-ulang di dalam kereta.
Perjalanan diteruskan dengan alunan lagu dari corong
radio. Celoteh deejay radio hanya
sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Keadaan itu berterusan
sehingga kami tiba di rumah.
*****
PERKAHWINAN Misya dan Hakim telah berlangsung dengan
meriah. Sejak balik dari majlis perkahwinan Hakim dan Misya, Alan sering
bertanyakan aku perihal diriku. Apa yang aku suka, apa yang aku benci. Aku sedia menjawab setiap soalannya
sehinggakan dia sanggup mengusung album-album lamaku dari rumah mama
semata-mata mahu mengenali setiap seorang rakanku. Jadi aku turutkan sahaja.
Biasanya hari sabtu, kami berdua akan duduk di depan
televisyen sambil membelek album-album lama. Iza? Biasanya Iza akan aku
tidurkan dulu ataupun bonda akan datang mengambilnya. Bonda kerap bermain
dengan Iza. Rindu dengan cucunya seorang itu.
Sekarang aku bersama Alan di ruang tamu rumah kami.
Sedang membelek album lamaku yang sudah berkurun tak dibuka. Bukan album
sahaja, malah majalah sekolah pun dia angkut sekali ke rumahku ini. Pelik benar
perangai suamiku ini.
“Ni siapa?”
Jari telunjuk Alan mengarah ke arah gambar lelaki yang
berada di sebelahku. Gambar yang ditangkap ketika usiaku menginjak ke tujuh belas
tahun. Tahun aku menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.
“Shahrizal Fareez Stevenson. Takkan abang tak kenal?”
Aku pelik. Shah kan sepupu dengan Alan. Masakan Alan tidak mengenali sepupunya
sendiri.
“Setahu abang, tak ada seorang pun adik beradik bonda dan
papa kahwin campur.”
Jawapan Alan menyebabkan aku terkedu. Bukankah Alan dan
Shah merupakan sepupu. Takkan Shah membohongi aku.
“Really? Abang
tak silap ke ni?”
Aku bertanya sekali lagi. Aku mahukan kepastian Aku sangkakan Alan bergurau namun riak
wajahnya tak menampakkan dia bergurau. Aku mengerutkan kening. Tak sangka Alan
langsung tak mengenali Shah. Jadi bagaimana Shah boleh mengenali Alan dengan
begitu baik sekali? Sehinggakan dapat menghidu kepincangan rumah tanggaku suatu
ketika dahulu? Bagaimana? Aku musykil.
‘Jadi siapakah Shah sebenarnya?’
P/s: Dah lama kan Hazel tak post SKH... Harap ada yang menunggu kisah ini. Hazel minta maaf sebab tak selalu update.. Sorry ya..
dah lme tgu en3 ni keke
sapekah Shah?? rajen2 la post en3 yea cik penulis keke