Followers
Peraduan Cerpen PARANORMAL- Tragis sebuah banglo misteri
Tirai Ramadhan itu.
Padamkan kasih itu..
" Assalamualaikum." Sapa Julie apabila panggilannya disambut. Sunyi kedengarannya di sebelah sana. Sesekali kedengaran dengusan menandakan si penerima panggilan tak sudi berbicara. Namun Julie tak kisah. Dia terus berbicara.
" Haikal, Ju cuma nak ingatkan esok kita kena pergi pilih baju pengantin kat kedai." Julie berbicara walaupun dia tahu Haikal takkan menghadirinya.
" aku sibuk la. Kau pergi la sorang. Nanti aku cube sendiri." Balas Haikal. Julie sudah mengagak jawapan yang diberikan Haikal. Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Haikal.
" Kalau macam tu, takpe la. Ju pergi sendiri esok. Assalamualaikum." Julie meletakkan telefon bimbit. Sudah dijangkakan reaksi Haikal sedemikian rupa. Dia termenung memandang skrin telefon bimbitnya yang tertera gambar Haikal yang diambil curi-curi.
Sudah dua tahun dia bertunang dengan Haikal. Dulu, janjinya perkahwinan akan dilangsungkan setelah enam bulan bertunang, namun ada sahaja alasan Haikal. Dia sering mencari alasan menunda tarikh perkahwinan. Bukan dia tak sedar Haikal tak mencintainya, dia sedar cuma dia tak mahu kehilangan satu-satunya lelaki yang pernah mencuit hatinya. Dia mahu sentiasa dekat dengan Haikal namun dia tak tahu apakah yang terbuku di dalam hati Haikal.
__________________________________________________________________________________
Haikal memandang telefon bimbitnya. Panggilan Julie menyesakkan fikiran. Sungguh dia tak mahu menikahi Julie. Sengaja dia bersikap dingin dengan Julie. Harapannya agar Julie sedar dan berundur dari hidupnya. Namun, Julie semakin tekad ingin merebut hatinya. Julie bukanlah seorang yang cantik. Julie hanya gadis biasa. Sekolah pun setakat SPM sahaja. Haikal merasakan dirinya tak sepadan dengan Julie. Dia berkelulusan dari universiti luar negara. Mana mungkin dia bergandingan dengan Julie.
" kenapa la dia tak pernah faham yang Kal tak sukakan dia?" Weena mencebik. Haikal hanya senyap. Nasi yang berbaki separuh disuap masuk ke dalam mulut.
" Biarlah, nanti dia faham la tu. Kal dah cakap Kal tak suka dia." Haikal cuba memujuk Weena. Dia tahu kekasih hatinya cemburu. Jika dia tak bertunang kepada Julie, sudah pasti dia menghantar rombongan meminang ke rumah Weena. Sungguh dia cintakan gadis ini.
" Kal, I rasa you patut bagi tahu dia pasal kita. Dan putuskan pertunangan ni." Haikal tersentak. Kalau boleh dia pun mahu begitu namun sukar untuk diterangkan.
" Weena, I rasa biar dulu. Bila tiba masanya I akan leraikan ikatan ini dan kita kahwin." Haikal memandang Weena. Wajah Weena yang suram tadi bertukar ceria. Dan Haikal sukakan wajah Weena sebegitu.
Julie mengacukan baju pengantin ke badannya. Dia ke butik pengantin sendirian. Tanpa ditemani sesiapa. Beberapa rekaan ditilik dan diteliti. Dia rambang mata. Seringkali dia membayangkan dirinya dengan Haikal di atas pelamin.
" Adik, dah pilih yang mana berkenan?" Pemilik butik itu menegur. Julie tersenyum. lantas sepasang baju kebaya labuh berwarna ungu dihulurkan kepada pemilik butik itu.
" baju pengantin lelaki macam mane?" pemilik butik itu bersuara lagi. Julie serba salah. Dia tak tahu bagaimana pilihan Haikal. Lantas dia memilih set persalinan baju melayu sedondon dengannya.
" saiz baju dik? Susah nanti nak buat ni kalau tak tahu saiz pengantin lelaki." Pemilik butik itu bertanya lagi. Julie tersenyum lantas menyerahkan satu plastik yang berisi baju Melayu milik Haikal kepada pemilik butik itu untuk diambil ukurannya.
" Tunang saya sibuk, jadi akak ambil ukuran kat baju melayu ni boleh?" Julie tenang menuturkannya. Pemilik butik hanya menggangguk sedikit. Julie kemudiannya beredar dari butik. Dia sayu dengan dirinya sendiri. sebetulnya dia mengharapkan Haikal datang dan bersama-sama memilih baju pengantin namun yang terjadi adalah sebaliknya.
' Haikal, betulkah aku tak bermakna buatmu?'
Malam itu, Julie duduk sendirian di atas buaian di luar rumahnya.Fikirannya melayang mengingati setiap kenangan yang dicipta bersama Haikal. Banyak pahit dari manisnya.
'mungkin aku patut mengalah je. Dah terang-terang dia tak sukakan aku.' Julie membelek cincin pertunangan di jari manisnya.Lama ditilik. Fikirannya menerawang.
'Siapakah perempuan yang ada dalam hati Kal?' Julie tertanya sendiri. Bukan dia tak sedar Haikal akan berbual di telefon setiap kali mereka keluar. Dan petang tadi persoalannya terjawab apabila kelibat Haikal bersama seorang gadis cantik di restoran tadi.
Tipulah kalau dia katakan dia tidak sedih. Tidak pilu. Dia sedar kedudukannya di sisi Haikal. Tak perlu dijelaskan. Dia faham cuma dia tak mahu sedar dan hadapi kenyataan itu. Kenyataan yang dirinya takkan mampu mendapat secebis hati Haikal.
Lantas cincin di jarinya ditanggalkan. Perhitungan harus dilakukan. Dia tekad.
Berita yang disampaikan dari mama mengejutkan Haikal. Dia tak sangka yang Julie sanggup memutuskan pertunangan mereka.Sangkanya Julie tekad ingin mengahwininya. Haikal keliru dengan perasaannya. Sepatutnya dia gembira kerana Julie sanggup melepaskannya. Namun mengapa hatinya terpalit pilu. Terpalit sayu.
" Ju, kenapa putuskan pertunangan kita?" ucapkan pada pertemuan lewat petang itu.
Julie dilihatnya tenang. Baju T bersama seluar jeans yang tersarung di badan Julie menambahkan daya tarikannya. Sungguh dia tak pernah melihat Julie berpakaian sebegitu. Sangkanya pakaian Julie hanya baju kurung dan kain batik namun Julie di hadapannya kini seorang yang ringkas.
" Ju ingat Kal suka." Tenang sahaja Julie menuturkan. Dingin umpama ais. Dia bukan julie yang begitu inginkan kasih sayang Haikal. Hatinya mulai mengeras.
" Kal tak sangka Ju nak putuskan pertunangan ni. Dulu kan Ju yang beria-ria uruskan persiapan perkahwinan kita." Haikal inginkan jawapan.
" entahlah, tiba-tiba Ju rasa dah bosan dengan Kal. Lagipun Kal tak pernah nak layan Ju baik-baik. Ju taknak habiskan masa kejar orang yang tak sudi nak terima Ju."kata-kata Julie bagaikan tamparan kepada haikal.
" owh, so sekarang maknenya kita dah takde ape-ape la ni?" haikal inginkan kepastian.
Julie memandang wajah Haikal. Tipulah kalau dia katakan yang dia tak punya perasaan kepada lelaki ini. Sengaja ditahan hatinya.
" hurm, memang kita takkan ada ape-ape. Ju dah batalkan semua tempahan yang Ju buat. Jangan risau. Ju takkan ganggu hidup Kal lagi." Julie berjalan ke arah kereta Viva elitenya. Dia memandu laju kereta itu. Dan Haikal nampak terkejut.
' betulkah itu Ju?'
__________________________________________________________________________________
Setahun kemudian..
Julie berjalan sendirian di pusat membeli belah. Beberapa beg plastik sudah sarat di kiri dan kanan tangannya. Sedang asyik dia berjalan, dia ternampak kelibat Haikal. Sendirian. Sudah setahun dia tak bertemu dengan Haikal. Rindu? Julie cuba menepis perasaan itu. dia sudah serik. Tak perlu merindu pada yang tak sudi dirindui.
" Ju?" Haikal menegurnya. Julie hanya tersenyum. Haikal nampaknya sendirian. Mana teman wanitanya?
" Dah lama tak nampak. Sihat?" Julie sekadar berbasa-basi. Haikal nampak lebih kurus sekarang. Namun persoalan yan bermain di fikirannya dibiarkan sahaja.
'jangan ambil tahu hal orang lain.' Akalnya menegah.
"macam ni je la." Haikal tersenyum. Julie malas nak berbicara dengan Haikal.Dia takut akan jatuh cinta lagi dengan Haikal. Lalu dia meminta diri untuk berlalu. Dan haikal menahannya.
" ya? Ada ape-ape lagi?" Julie seakan tak puas hati.
" kita teruskan hubungan kita boleh?" Permintaan Haikal membuatkan jantung Julie berhenti berdegup.seakan tak percaya lelaki ini meminta dia untuk menemaninya.
"Rasanya tak perlu. Lagipun cukuplah, Ju dah serik. Dah tak nak dah." Julie hanya tenang menjawab. Haikal hanya memandang Julie.
" Tapi Ju, Kal Cuma nak tebus kesalahan kal pada ju." Haikal cuba menerangkan. Julie Cuma tersenyum.
" kalau dulu kan bagus. Mungkin kita dah bahagia kalau Kal macam ni dulu. Tapi, sayang Kal tak pernah cuba kan dulu. Dah la Kal. Ju nak balik dulu." Julie berlalu meninggalkan Haikal. Haikal terpinga-pinga.
" kenapa awak suka saya?" Julie bertanya kepada Danish. Danish hanya tersenyum.
" kenapa tanya macam tu?" Danish memulangkan soalan kepada Julie. Julie tak berani memandang ke arah Danish. Dia malu.
" sebab ex-tunang saya dulu tak suka saya. Saya kan tak cantik." Julie merendah diri. Dia tunduk.
" because you 're my wife, dear. Love you." Danish tersenyum.
Takkan dia biarkan Julie terkapai-kapai menagih kasih. Dia menyayangi Julie seadanya. Julie memeluk Danish. Dia yakin Danish hanya untuknya dan tindakan dia melepaskan Haikal adalah terbaik.
" Ju sayang abang." Danish memeluk erat Julie. Julie tekad, tiada lagi Haikal dalam hatinya. Hanya Danish. Kasih buat Haikal terus dipadam.
Tamat
P/s: dah lama tak update.. hehe.. cerpen ni saje2 je.. sori kalau cerite die bosan.. haha.. xde idea..
Biarkan aku sendiri
Aku memandang status dan komen-komen yang terpapar di Facebook aku. seronok mereka mengupdate status dan membalas komen-komen terhadap gambar-gambar yang baru sahaja di muat turunkan ke dalam album di facebook.
Dulu aku juga begitu, begitu asyik berfacebook. Kawan-kawan dan mereka punya status. Namun sejak kejadian itu, aku tak punya hati untuk membalas komen-komen mereka difacebook atau muat turun gambar di facebook. Aku kecil hati dengan sikap mereka. Yalah, di depan baik. Semua ok. Namun bila di belakang kita , mengumpat, mengata bukan main. Aku bencikan sikap mereka itu. aku tahu mereka sahaja nak menguji ketajaman lidah mereka berkata-kata. Sekali dua aku masih boleh terima, namun jika setiap hari, aku tak dapat nak tahan lagi. Aku masih lagi berkawan namun unuk berkongsi segala apa yang aku rasa dan masalah atau apa sahaja, aku rasa tak perlu. Aku seakan tak mahu mereka mendekati aku lagi. Biarlah aku dengan caraku. Tak perlu mereka untuk mendekati aku. kita bisa kawan bukan sahabat.
Aku hanya merenung gambar-gambar yang telah aku muat turun dahulu, terasa ingin memadamkan setiap memori yang telah aku abadikan di situ. Entahlah, aku rasa sangat kecil hati. Perli dan perlian aku terima. Sehinggakan aku rasa terganggu dengan perlian itu. salahkan aku sukakan dia? Salahkah? Silap aku kerana berkongsi dengan orang yang salah. Orang yang secara terang terangan memerli aku di depan yang aku suka. Terasa hati aku. aku perempuan, walaupun aku kasar, aku masih punya rasa malu bila berbicara mengenai soal hati dan perasaan. Tiba-tiba aku rasakan semua orang tak boleh nak dipercayai lagi. Mulut tak ada insurans. Sukakah mereka jika rahsia mereka dijaja dan dijadikan suatu topik perbincangan? Topik untuk perli memerli? Sukakah? Pasti tidak kan. Habis, mengapa nak canang benda yang memang menjadi rahsia?
" hajar, nape sekarang aku tengok kau ni macam tak ceria je?" Aku tersenyum dan meneruskan pembacaan. Sejak dua menjak ini, aku jarang bercakap. Bercakap hanya perlu sahaja. Aku malas hendak melayan kawan-kawanku dengan lawak bodoh mereka. Malas!
" kau dah lain la sekarang. Almaklumlah sejak dah ada hanafi tu kan. Manalah nak layan kitorang ni lagi." Pembacaanku terhenti. Aku memandang wajah Damia.
" entahlah, aku Cuma takde mood nak cakap. Kau cakap la dengan yang lain. Aku nak belajar. Dah nak dekat final ni." aku cuba bersabar sebaiknya. Aku tak mahu melenting.
Tahukah mereka, aku jadi begini sebab mereka? Sikap mereka. Mulut mereka. Bukan sebab Hanafi. Hanafi cuma kawan sekerja. Hubungan aku dengannya akan berakhir apabla program yang kami uruskan itu berakhir. Tak lebih daripada itu.
Damia terdiam. Aku meneruskan pembacaanku. Sekali lagi percakapannya mengguris hatiku. Aku hanya mampu bersabar.
'wahai hati, bersabarlah kamu. Jangan marah-marah.'
Aku berjalan sendirian di perpustakaan. Banyak buku yang perlu aku pulangkan. Lagipun aku mahu mengulangkaji sendirian di perpustakaan. Tak ada gangguan. Aku lebih fokus. Seketika aku berjalan aku disapa oleh seseorang, sebetulnya aku tak sedar dia berada di situ.
" hoi!" hanafi memanggilkan. Aku berpaling dan tersenyum. Dan kakiku terus melangkah ke perpustakaan. Tak mahu bersembang dengannya. Dia punya ramai peminat. Aku tak mahu disalah anggap sebagai perampas dan perempuan gedik yang terhegeh-hegeh hendakkan lelaki. Lagipun salah seorang kenalanku juga sukakan dia. Aku tak mahu berebut dengannya.
" hoi, kau nak gi mane tu?" aku kaku di situ. Berkira-kira hendak berpusing atau tidak.
" aku nak pergi library, nak pulang buku. Kau?" aku bertanya ramah. Hanafi tersenyum.
" aku nak gi library jugak. Kita jalan same-same ek?" aku terkaku.
'Ya Allah, mengapa semakin aku menjauh daripadanya, semakin dia mendekat?'
" kenapa tak naik motor?" aku tertanya-tanya. Sudah ada motor mengapa perlu bersusah payah berjalan kaki.
" saje, aku suka jalan kaki. Kau bawak payung tak? Panas ni." aku mengerutkan kening.
' inikah putera lilin? Tak tahan panas. Huh. Not my taste! Euwww.' Aku mengutuk dalam hati.
Lantas aku mengeluarkan payung. Dia membukanya dan mula berteduh di bawah payung aku yang berwarna merah jambu itu.
" weh, jangan la jalan laju-laju. Panas ni. meh aku payungkan." Aku pelik.
' kalau aku duduk satu payung dengan dia, kalau awek dia nampak macam mane? Mati aku kena tibai dengan awek dia. Tak boleh.. tak boleh.'
Sedang aku berkira-kira nak berpayung bersama-sama atau tak, dia sudah memayungi aku. aku kaget. Dan aku biarkan sahaja. Kami berpayungan sehingga ke perpustakaan.
Peristiwa itu seringkali berlegar-legar di fikiranku. hanafi? Mengapa kau semakin mendekat bila aku sudah tekad ingin menjauhi dirimu? Lamunan aku terhenti pabila telefon bimbitku bergetar. Ada mesej masuk. Aku membacanya.
' salam, ko free tak malam ni?' aku meneliti siapa gerangan yang menghantar mesej itu. sah, hanafi.
' wasalam, kenapa?' aku membalas.
' saje. Tak boleh ke?' sekejap saja dia membalas mesej. Tak sampai seminit pun.
' bukan, Cuma aku sibuk. Lain kali la ye.' Aku memberikan alasan. Sebetulnya aku tak mahu berdekatan dengannya. Rakan-rakanku tak begitu menyukai aku dan dia lantaran salah seorang rakan kelas aku menyukai hanafi.
Aku takut dicop sebagai perampas. Bagiku, perempuan akan nampak murah bila dia sanggup bercakaran sesama sendiri kerana lelaki. Aku tak mahu jadi orang murah dan bodoh itu. aku tak rela!
' okay, lain kali. Aku pegang janji itu. salam.' Hanafi membalas. Aku bingung membacanya.
Peperiksaan akhir semester bermula. Aku ingin menghabiskan semester ini dengan result yang gempak. Selalu juga aku ke perpustakaan, namun kekadang aku juga belajar di hostel. Kalau boleh aku cuba elakkan belajar di hostel kerana aku akan banyak tidur dari belajarnya.
Hanafi? Dia sudah tak lagi menghubungiku. Dan aku hidup macam biasa sekarang. Tanpa kehadiran insan yang teristimewa. Aku puas, bolehlah aku tumpukan pada belajar. Bukan aku tak suka namun ada yang menghalang. Aku tak pasti apa dia Cuma aku seakan tak rela bila ada lelaki yang cuba mendekati aku. aku takut aku akan jatuh hati dengannya. Takut!
Rakan-rakanku? Entah apa cerita. Aku malas nak ambil tahu. Kadang-kadang aku diajak juga bila mereka ingin melakukan aktiviti namun aku menolak. Sebab akhirnya aku akan terpinggir juga. Kan sudah aku katakan tadi, biarlah aku dengan caraku. Aku tahu mereka dapat merasakan perubahanku, namun aku buat tak tahu sahaja. Aku Cuma berhati-hati dalam meletakkan kepercayaan kepada orang lain. Takut dikhianati.
Dan semua itu berubah bila aku terbaca satu status yang diletakkan oleh salah seorang kawan baikku di facebook pada suatu malam yang hening. Lebih kurang macam nilah:
' dikala hati mulai mengeras, lembutkanlah dengan zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran.'
Tiba-tiba aku sebak. Keras hati? Aku tak patut keras hati. Aku sudah memaafkan namun entah mengapa untuk bersama seperti dulu aku tak mampu lakukan
" hajar?" hanafi sudah berada di depanku. Aku mendongak dengan muka sememeh yang nak menangis tu.
'kenapa la dia ni datang time aku nak menangis ni? kacau line betul!' aku merungut dalam hati.
" ya?" aku cuba menyembunyikan muka nak menangis aku tu. Aku kan kuat dan tabah. Tak main la nangis-nangis ni. tak macho la beb! Err.. macho? Huhu
" mengapa menangis ni? kau ok tak ni?" Aku senyap.
'hish cuba nak buat caring la tu. Tak payah nak mengada-ngada.'
" aku ok jek. Kau gi la main jauh-jauh. Saje nak layan jiwang jap. Dah-dah.. syuh.. syuh…" aku menghalau dia. Mengharapkan pengertian daripadanya. Namun dia masih berdiri di situ. Lantas aku hanya membiarkan. Aku merenung ke arah pantai. Jiwa aku tenang di sini.
Lama juga kami begitu. Tanpa bicara dia setia di sebelahku. Lantas aku bangun. Dia kubiarkan sendirian di situ. Sudah terlalu lama aku di sini. Aku harus pulang.
Hari ni hari peperiksaan akhir semester. Kertas terakhir untuk semester ini. aku baru selesai menjawabnya dengan jayanya. Aku tak pasti apakah keputusannya namun aku yakin dengan jawapanku. Aku melihat dia menanti di depan pintu dewan peperiksaan.
' dia ni memang takde kerje ke?' aku mula mengarut. Kononnya macam la dia nak berjumpa denganku. Padahal dia nak jumpa dengan awek dia ke, manalah aku tahu kan. Hish perasan je aku ni.
" hajar, kau dah ok ke?" dia menegur aku.
" aku? okay jek kenape?" aku tertanya-tanya. Dia tersenyum. Aku naik hairan dengan sikapnya.
" tak la. Risau je aku tengok kau sekarang. Susah nak senyum." Aku tersenyum dalam kekeliruan.
" aku okay je, but thanks. Sebab temankan aku hari tu. Cuma aku pelik macam mane kau boleh tahu aku kat situ?" aku mulai ramah namun aku membataskan jarak kami. Risau pada mata-mata memandang. Tak manis.
" jiha yang bagitahu." Aku terkedu. Siapa Jiha?
" Jiha?" aku bertanyakan kepada dia.
" awek aku." prangg!!! Bagaikan ada sesuatu yang jatuh ke lantai. Apa itu? hati akukah? Mujurlah aku dah ambil langkah berjaga-jaga dengan keprihatinan dia terhadapku.
" owh, dia kenal aku ke? Maaf aku tak perasan dia." Aku cuba bersikap seprofessional yang boleh. Aku mahu dia tahu aku tidak pernah menyukai dia.
" jiha selalu nampak kita, time kita handle program dulu. Sebab tu dia kenal kau." Aku mengangguk sahaja. Lantas aku terasa ingin beredar dari situ. Mujurlah ini hari peperiksaan terakhir. Aku takkan berjumpa lagi sampai semester hadapan.
" eh,aku nak balik dah ni. nak pack barang. Aku balik perak malam ni." aku cuba meminta diri untuk pulang. Keadaan dewan yang bising tadi sudah mulai senyap.
"ok tak care." Aku melihat senyumannya yang agak manis tapi tak semanis senyuman aku.
Lelaki. Tahukah kau bila kau mengambil berat terhadap perempuan, kau dianggap sudah jatuh hati padanya? Kau cuit perasaannya dengan sifat ambil berat itu. padahal kau tak pernah mengimpikan dia. Janganlah kau pergunakannya untuk mendapatkan sesuatu. Itu sangat dayus.
Aku tinggalkan hanafi dan hidupnya. Rakan-rakanku dengan kisah hidupnya. Biarlah aku dengan hidupku. Aku selesa begini. Sebetulnya aku terkilan dengan semua. Hanafi mahupun kawan-kawanku. Hanafi janganlah kau Cuba sentuh hatiku dengan tingkah lakumu. Dan buat kawan-kawanku, janganlah kamu guris hati ini dengan kata-katamu. Tahukah kalian, aku terkilan. Dan takkan ku biar hati ini disakiti lagi.
_________________________________________________________________________________
TAMAT
Pendam cinta
Kami sama-sama ego. Tak mahu meluahkan rasa. Aku diam dan dia pun begitu. Perasaan yang ada ini kupendam dalam hati. Ramai rakan menggesaku meluahkannya. Namun aku masih tak mahu melakukannya. Aku khuatiri aku hanya syok sendiri.Entah sudi atau tidak dia memandangku di sini. Dulu, kami rapat bagaikan belangkas. Di mana ada dia, di situ juga aku berada. Namun, entah kenapa hubungan kami menjadi renggang. Dia hanya berbicara pabila aku memulakan. Dia hanya beku bila aku diam. Dia tak pernah mahu memulakan. Selalunya dia yang memulakan. Namun kini, lain pula jadinya. Aku malu. Aku takut dikatakan terhegeh-hegehkan dia. Perigi yang tak tahu malu mencari timba. Entahlah sehinggakan aku senyap sendiri.apa yang aku lakukan hanya dengan memandang dia dari jauh. Bertanya khabar sesekali. Namun apabila sepatah kutanya, sepatah jua dijawabnya. Akhirnya perbualan menjadi canggung. Aku yang dulunya selalu mengusiknya hilang modal apabila berdepan dengannya.
Aku diam apabila dia berkias-kias mahu meluahkan rasa. Bagiku cukuplah dengan apa yang aku lalui selama ini. dia banyak memberikan aku luka tanpa dia sedari. Rakan baikku selalu bertanyakan aku,
" mengapa tak mahu teruskan sedangkan dia sudah menunjukkan respon?"
Bagiku pula,
" dah terlalu lama perasaan ini dipendam, sehinggakan aku sendiri pun tak tahu masihkah ada lagi perasaan itu untuknya."
Tipulah kalau aku katakan perasaan itu tak wujud lagi untuknya. namun aku sedang cuba melupakannya. Mudah untuk sukakan seseorang namun untuk melupakan, aku terasa seksanya. Aku diam pabila rakanku mengatakan perkhabaran yang aku tunggu-tunggu selama ini. dia juga sukakan aku. namun aku sedih, dia tak mahu meluahkan. Jika suka katakan suka. Kelu lidah aku berbicara. Akhirnya aku mengubah topik. Tak mahu lagi menjeruk rasa dengan sesuatu yang tak pasti.
Laman Facebook ku tatap dengan jayanya. Wajah lelaki idamanku terlayar di skrin laptop. Pelbagai gambar dan aksi yang pasti menarik rakan-rakan memberikan ulasan. Aku sedar, dia punya segalanya. Punya rupa, budi bahasa dan juga harta. Sedangkan aku?
Aku hanya anak penjual kuih. Rupa tak seberapa dan aku bukanlah lemah lembut orangnya. Secara tak langsung aku terasa malu untuk meluahkan rasa lantaran kekurangan diriku. Kadangkala aku rasakan aku tak pernah layak pun kepada mana- mana lelaki. Namun aku hanya wanita biasa. Aku ingin merasai pengalaman bercinta.
Pengalaman bercinta aku kosong. Kata rakanku,
" kau terlalu setia. Setia yang tak bertempat."
Namun bagiku,
" sukar memesongkan arah hatiku kerana hatiku Cuma ada dia."
Namun perlahan-lahan aku cuba melupakan. Aku memeriksa rakan sembang yang sedang online. Ya, dia juga turut melayari facebook kala itu.
Hati aku berkira-kira, sama ada nak menegur atau tak? Akhirnya aku membuat keputusan untuk menegur. Patah-patah perkataan ditaip untuk memulakan bicara. Namun, seminit. Dua minit. Tiada balasan. Dan aku kecewa. Biarlah . mungkin dia sedang berbicara dengan orang lain.
Sejak itu, aku jarang bersembang dengannya di ruangan sembang. Dia juga tak menghubungiku. Aku sibukkan diriku dengan pelbagai kerja dengan harapan sisa-sisa perasaan masih ada ini bisa terhapus dengan mudah.
Aku tatap gambar kenangan kami dulu. Ceria bersama. Namun aku tak pernah sedar, rapatnya aku dengan dia membuatkan hubungannya dengan kekasihnya berantakkan. Dan sejak itu, dia menjauhi aku. pabila aku menyedarinya, dia sudah hilang dari hidupku. Perlahan-lahan aku cuba bina hidup baru tanpa dia di sisi. Aku cuba menjadi seceria yang mungkin. Namun aku sedih apabila dia langsung tak menyimpan nombor telefonku di dalam daftar pemanggilnya. Perlahan-lahan aku cuba menyedarkan diri aku daripada hakikat yang dia mahu menghilangkan aku dari hidupnya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, aku cuba memadamkan dia dari lipatan sejarahku, akan tetapi tak boleh. Aku tak berdaya melakukannya. Sehinggalah aku berjumpa dengan Hisyam. Hisyam membuatkan aku lupa kepada dia. Hati aku semakin jauh daripadanya. Dan suatu hari, dia kembali menghubungi aku. aku kelu. Aku cuba berlagak biasa, namun aku tak bisa. Dan baru aku ketahui, Hisyam sudah punyai kekasih hati. Aku senyap. Buntu. Mengapa aku begitu tak bernasib baik dalam soal jodoh ini?
Aku tertanya-tanya sendirian. Tujuan dia menghubungi aku. Hisyam pula, semakin menjauh daripadaku.Hisyam menjadi seperti dia. Terasa hatiku apabila Hisyam menegur rakan-rakanku yang lain tetapi tidak aku. siapakah aku? buruk sangatkah diriku ini sehingga tak mahu menegurku. Akhirnya aku terluka lagi.
Hisyam dan dia. Dua lelaki yang pernah aku sukai namun dua-duanya tak pernah menyambut hatiku. Kasihan wahai hati, tak ada sesiapa ingin memiliki sekeping hati ini. Aku diam,Hisyam diam dan dia juga diam. Aku tahu cerita ini takkan berkembang. Dan suatu hari aku nekad, aku bertanyakan dia, adakah dia menyukai aku?
Dan jawapannya agak mengecewakan. Dia berterus terang yang dia tak pernah menyimpan sedikit pun perasaan terhadapku. Dan buat ke berapa kalinya aku terluka lagi. Kali ini lebih sakit. Hisyam?
Aku dengar dia sangat mendapat sambutan dari kaum hawa. Aku tahu dia punya kekasih hati, pasti dia tak mahu aku menyimpan perasaan terhadapnya dan sebab itu, layanannya terhadapku dingin. Dan aku membawa hatiku ini yang terluka berlalu dari kehidupan dua orang lelaki itu. Aku membuka facebookku. Dia dan hisyam sedang melayari intenet kala itu juga. Untuk selamat, terus aku mengofflinekan ruangan sembang di facebook aku. tak mahu rasa terganggu dengan kehadiran mereka di ruang sembang. Dan tanpa aku sedari, air mataku mengalir. Kerana kali ini, aku tekad aku akan menjauh dari kehidupan mereka. Aku doakan semoga mereka mendapat jodoh yang baik.
Kita hanya kawan?
The true Hazel
-
Coretan Hati11 years ago
Ada persoalan?
About Me
Cerpen
Siapakah Kekasih hatiku?
Cover buat sendiri. Sumber google.
Siapakah Kekasih Hatiku?
Miskinkah cinta itu?
Cover buat sendiri. Sumber google
dia encik nuffnang
Labels
- apa kata cik hazel (10)
- cerpen (8)
- cinta (2)
- kisah budak matrik (4)
- mini cerita (11)
- novel siapakah kekasih hatiku (1)
- Siapakah kekasih hatiku? (20)
- the chronicles of me (10)
Popular Posts
-
BAB 25 BAJU, seluar, barang mandian, telefon bimbit, lampu suluh, selipar,kain sembahyang dan akhir sekali mekap. Sudah siap. Aku menutu...
-
“Kenapa kau menyorok?” Shima menegur apabila melihat Rayyan yang sedang menyorok di belakang tiang. Dalam hati, terasa ingin tergelak pu...
-
BAB 22 AKU mengenakan kebaya labuh berwarna biru muda. Sengaja kulilitkan selendang berwarna senada. Alan pula segak berbaju Melayu be...
My Blog List
-
-
-
HOMESTAY6 years ago
-
BAB 4 : Setia Menunggu9 years ago
-
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan11 years ago
-
-
New Update !12 years ago
-
I'm Back !!!13 years ago
-
-
Diulit DOSA CINTA...3415 years ago
-
salam ukhuwwah15 years ago
-
Novel : Dia Suamiku (Episod 31)15 years ago
-
-
-