Followers

Siapakah Kekasih Hatiku? 25

Monday, October 8, 2012

BAB 25
BAJU, seluar, barang mandian, telefon bimbit, lampu suluh, selipar,kain sembahyang dan akhir sekali mekap. Sudah siap. Aku menutup rapat bagasi aku.
‘Eh kejap, kenapa aku bawak lampu suluh pulak? Bukan nak pergi camping pun.’
Aku kembali membuka bagasiku dan mengeluarkan lampu suluh. Kemudian ,aku kembali menutupnya. Seketika kemudian aku terfikir lagi.
‘Tapi kalau emergency macam mane? Life is unpredictable kan.’
Aku kembali membuka dan meletakkan lampu suluh kembali ke dalam bagasi. Aku terus mengangkat bagasiku ke ruang tamu. Dengan kepayahan dan iltizam yang tinggi, aku berjaya sampai di ruang tamu dengan bagasi yang sebesar alam. Kelibat Alan di luar rumah seakan-akan memanggil aku untuk menjenguk. Alan kulihat sedang memunggah barang ke dalam kereta.
‘Banyak juga barang pak cik ni.’
Aku mengumpat di dalam hati. Tangan Alan yang tangkas memunggah barang terhenti apabila menyedari aku di sisi. Dia tersenyum. Aku tak sangka kesudahannya akan begini. Kalau dahulu, pergi berbulan madu dengan Alan adalah mustahil untuk diimpikan namun sekarang ia menjadi realiti. Berkat kesabaran aku.
“Tia? Fikir apa tu? Cepat la masuk kereta. Kita dah lambat ni.”
 Alan mengoncangkan bahu aku apabila aku sedang terawang-awang berfikir sampai ke London. Aku tersenyum. Cuba menutup malu yang bertandang.
“Abang nak bawa Tia pergi mana ni? Tak sabar la.”
 Aku bertanya. Cuba untuk menghilangkan kesunyian. Alan tersenyum sedikit. Dia masih lagi menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Aku pula masih menanti jawapannya. Kadangkala aku tak pandai meneka fikiran Alan. Dia terlalu misteri.
Kereta yang dipandu Alan akhirnya berhenti di Petronas. Sangkaku dia ingin mengisi minyak namun ternyata sangkaanku meleset apabila dia berhentikan kereta berhampiran dengan Petronas.
“Kenapa abang berhenti kat sini? Nak pergi toilet ke?”
Aku bertanya. Alan senyap. Dia berlalu tanpa terlebih dahulu menjawab soalanku. Runsing aku memikirkan telatah suami aku ni. Seketika kemudian dia kembali ke dalam kereta dengan membawa dua beg plastik penuh dengan makanan ringan. Aku terlopong.
‘Kuat makan rupanya suami aku ni. Tapi badan still maintain. Tak nampak pun perut buncit.’
 Aku berkira-kira sendiri dalam hati. Alan memandangku pelik.
“Mengumpat abang ye.”
Perlahan Alan menuturkannya sebelum enjin kereta dihidupkan. Senyuman yang baru hendak mekar terus layu.
“Tia tak bermaksud macam tu. Tia cuma pelik, abang beli makanan banyak sangat. Kita nak ke mana ni abang?” Aku mahukan jawapan.  Namun Alan tak mengendahkan pertanyaan aku. Sudahlah pertanyaanku tak terjawab, disuruhnya aku membukakan snek twisties untuknya.
“Adalah. Kalau bagitau tak best la pulak. Tia duduk diam-diam and makan twisties tu ok.”
Tangan Alan menyeluk plastik snek twisties dan memasukkannya ke dalam mulut.  Terserlah sifat keanak-anakkan Alan. Terliur pula aku melihatnya dan tanpa aku sedari tanganku sudah memainkan peranan menyumbat twisties ke dalam mulut. Sedap dan terasa nikmatnya.
*****
AKU kini sedang terbaring di atas katil. Terasa nikmatnya setelah berjam-jam lamanya di dalam kereta. Sepanjang perjalanan ke sini aku berjaga. Bagasiku diangkat dengan rela hati oleh Alan. Aku kini berada di salah satu tempat peranginan yang tak pernah aku sangkakan langsung untuk berbulan madu. Aku berguling-guling di atas katil yang empuk. Walaupun agak lapar namun kepenatan aku mengatasi segalanya.
Alan sedang membersihkan diri. Sengaja dia biarkan aku merasmikan katil sendirian. Aku bangun dari katil dan memandang ke luar balkoni. Sengaja Alan memilih bilik yang menghadap laut. aku sukakannya. Sejak bergraduat dari universiti, aku jarang ke pantai. Tanpa aku sedar jiwaku sudah sebati dengan pantai. Perkahwinan dengan Alan membuatkanku lupa pada pantai.  Sudah lama aku tak menikmati hembusan bayu dari pantai. Tanpa aku sedari tangan Alan sudah melingkari pinggangku. Bau mandiannya menusuk hidungku. Segar.  Aku hanya membiarkan malah aku selesa diperlakukan begitu.
“Sayang, tak nak mandi ke?” Alan menegurku. Aku sedikit tersentak. Baru sahaja hendak bermanja-manja, aku sudah disuruh mandi. Kacau mood betul. Alan tersenyum melihat mulutku yang sudah panjang muncungnya.
“Ok, Tia mandi sekarang. Lepas tu kita pergi makan ye. Lapar la.” Aku melonggarkan pelukannya dan berlalu ke bilik mandi.  Alan tersenyum sedikit.
“Jangan bersiram lama-lama sangat tuan puteri. Kita nak pergi makan malam selepas ini,” laung Alan mengingatkan aku mengenai makan malam dengannya malam ini.
Pada hematku, pasti malam ini merupakan makan malam yang romantik. Makan malam pertama di resort yang indah ini.
*****
AKU kini duduk bertentangan dengan Alan. Makanan yang tersusun indah di atas meja kuperhatikan satu persatu. Sedap dan menyelerakan. Alan memilih untuk makan di dalam bilik. Dia inginkan privasi. Tak mahu mata-mata memandang diriku. Pelik kan sikap Alan. Lagipun badanku hanya tersarung gaun separas lutut daripada kain satin. Rambutku sengaja aku lepaskan. Kami mula makan dengan alunan lagu-lagu romantis. Bagaikan dalam novel pula suasananya.
“Abang? Kenapa abang pilih tempat ni?”
Aku bertanya setelah diam beberapa ketika. Alan meletakkan sudu dangarfunya. Matanya memandang ke arah aku.
“Sebab Tia suka pantai. Dan abang nak abadikan kenangan kita di pantai.”
Tenang Alan menuturkannya. Penuh romantis.
Thanks. Tia tak tahu nak cakap apa.”
Aku menguis-nguis makananku. Terharu. Alan memegang tanganku. Mengusapnya agar aku tak merembeskan sejenis cecair yang dipanggil air mata.
“Sudahlah, jom makan. Lepas tu kita ambil angin kat luar.” 
Alan menggesa aku makan. Aku hanya mengikut. Makan malam romantik berterusan sehingga kami menghabiskan hidangan itu. Sedap dan senyuman manis Alan menambahkan lagi keenakan makanan yang terhidang di atas meja.
Honeymoon, memang manis dan indah.’
*****
AKU berjalan sambil berpegangan tangan dengan Alan. Sesekali kepala aku dilentokkan di bahunya. Bohonglah kalau aku katakan tak bahagia saat ini. Aku bersyukur kerana kesabaranku membuahkan hasil. Aku gembira apabila perhatian Alan tumpah padaku.  Alan membawaku menyusuri pantai. Sejuk dan dingin malam ini. Mujurlah kawasan pantai ini terang dengan lampu-lampu. Maklumlah inikan kawasan peranginan. Lantas Alan menarikku ke arah satu bangku.
“Kita duduk kat sini dulu.” 
Alan mengarahkan aku untuk duduk di sebelahnya. Kemudian, dia menarik aku rapat ke arahnya. Berkongsi haba di sebalik kedinginan malam.
“Tia, cintakan abang.”
Sengaja aku bertutur demikian. Aku mahukan kepastian. Alan senyap. Dia tersenyum. Lama dia senyap. Kami melayan perasaan sehinggalah Alan menghulurkan kotak baldu berbentuk hati kepadaku. Aku tergamam.
“Abang nak bagi ni pada Tia.”
Alan menuturkannya. Perlahan dia membuka kotak itu dan mengeluarkan sebentuk cincin.  Aku kenal cincin itu. Masakan aku boleh lupa cincin yang telah kupulangkan kepada Alan dulu.
Tangan aku diraih dan cincin itu disarung ke jari manisku. Aku terharu. Sudah sekian lama cincin ini tak tersarung ke jari manisku. Pandanganku kian kabur dek air mata berkumpul di kolam mataku.
“Tia? Kenapa menangis? Abang ada sakitkan Tia ke?”
Pertanyaaan Alan membuatkan air mataku mengalir laju. Aku tak sedih. Aku Cuma terharu dengan sikap Alan yang banyak berubah. Aku rasakan cintaku padanya semakin mendalam.
“Tak, Tia cuma terharu.”
Aku membenamkan mukaku ke dadanya. Kami melayan perasaan sehinggalah Alan mengajakku pulang bila kesejukkan menggigit badan kami.
“Jom pulang. Abang dah mengantuk ni.”
 Alan bangun. Tanganku diraih untuk bangun dari bangku. Aku juga penat. Perlahan tangan Alan melingkari pinggangku. Kami berjalan pulang ke hotel. Aku mahu tidur nyenyak malam ini bertemankan Alan.
*****
AKU tersedar dari tidur. Alan kulihat masih lagi nyenyak tidur. Perlahan aku menyentuh cincin yang disarungkan Alan semalam. Aku tersenyum. Aku merapatkan badan ke arah Alan. Aku memeluknya. Lagipun masih lagi awal. Aku masih mahu bermalas-malasan atas katil. Hari ini aku akan menjalankan aktiviti bulan madu kami. Alan sudah merancang perjalanan kami sepanjang di Lumut, Perak. Segalanya sudah diatur.
Tanganku menyentuh rambut yang berjuntaian di dahinya. Sesekali jariku bermain di hidung, pipi dan bibirnya. Alan bergerak sedikit. Aku tergelak. Lucu betul Alan tidur.
“Tia, jangan main-main. Abang nak tidur ni.”
 Alan mengucapkannya walaupun dengan mata yang tertutup. Aku terkejut. Sangkanya Alan tak sedar dengan perbuatannya. Namun ternyata dia silap.
“Ok. Tia tidur.”
Aku berpaling dari menghadap tubuhnya. Tangan Alan memaksaku untuk berpaling ke arahnya kembali.  Aku lihat matanya sudah dibuka. Dia merenungku lembut. Perlahan dia menarikku untuk tidur dalam pelukannya. Tanganku diletakkan di atas pinggangnya tanda dirinya juga ingin dipeluk.
“Abang nak bawa sayang jalan-jalan siang nanti. Sayang bagi abang rehat okay. Penat drive pun tak abis lagi ni.”
Alan meminta simpati kepadaku. Aku mengusap wajahnya. Lantas mata yang kuyu tadi kembali dipejam rapat. Dan aku pun turut terlena sekali.
‘Andai ini mimpi, aku ingin terus hanyut dalam mimpi ini selamanya.’

 P/s: Selamat membaca semua. :) Terima kasih kerana sudi membaca karya Hazel. :)