Followers

Biarkan aku sendiri

Wednesday, November 17, 2010

Aku memandang status dan komen-komen yang terpapar di Facebook aku. seronok mereka mengupdate status dan membalas komen-komen terhadap gambar-gambar yang baru sahaja di muat turunkan ke dalam album di facebook.

Dulu aku juga begitu, begitu asyik berfacebook. Kawan-kawan dan mereka punya status. Namun sejak kejadian itu, aku tak punya hati untuk membalas komen-komen mereka difacebook atau muat turun gambar di facebook. Aku kecil hati dengan sikap mereka. Yalah, di depan baik. Semua ok. Namun bila di belakang kita , mengumpat, mengata bukan main. Aku bencikan sikap mereka itu. aku tahu mereka sahaja nak menguji ketajaman lidah mereka berkata-kata. Sekali dua aku masih boleh terima, namun jika setiap hari, aku tak dapat nak tahan lagi. Aku masih lagi berkawan namun unuk berkongsi segala apa yang aku rasa dan masalah atau apa sahaja, aku rasa tak perlu. Aku seakan tak mahu mereka mendekati aku lagi. Biarlah aku dengan caraku. Tak perlu mereka untuk mendekati aku. kita bisa kawan bukan sahabat.

Aku hanya merenung gambar-gambar yang telah aku muat turun dahulu, terasa ingin memadamkan setiap memori yang telah aku abadikan di situ. Entahlah, aku rasa sangat kecil hati. Perli dan perlian aku terima. Sehinggakan aku rasa terganggu dengan perlian itu. salahkan aku sukakan dia? Salahkah? Silap aku kerana berkongsi dengan orang yang salah. Orang yang secara terang terangan memerli aku di depan yang aku suka. Terasa hati aku. aku perempuan, walaupun aku kasar, aku masih punya rasa malu bila berbicara mengenai soal hati dan perasaan. Tiba-tiba aku rasakan semua orang tak boleh nak dipercayai lagi. Mulut tak ada insurans. Sukakah mereka jika rahsia mereka dijaja dan dijadikan suatu topik perbincangan? Topik untuk perli memerli? Sukakah? Pasti tidak kan. Habis, mengapa nak canang benda yang memang menjadi rahsia?


 


 

" hajar, nape sekarang aku tengok kau ni macam tak ceria je?" Aku tersenyum dan meneruskan pembacaan. Sejak dua menjak ini, aku jarang bercakap. Bercakap hanya perlu sahaja. Aku malas hendak melayan kawan-kawanku dengan lawak bodoh mereka. Malas!

" kau dah lain la sekarang. Almaklumlah sejak dah ada hanafi tu kan. Manalah nak layan kitorang ni lagi." Pembacaanku terhenti. Aku memandang wajah Damia.

" entahlah, aku Cuma takde mood nak cakap. Kau cakap la dengan yang lain. Aku nak belajar. Dah nak dekat final ni." aku cuba bersabar sebaiknya. Aku tak mahu melenting.

Tahukah mereka, aku jadi begini sebab mereka? Sikap mereka. Mulut mereka. Bukan sebab Hanafi. Hanafi cuma kawan sekerja. Hubungan aku dengannya akan berakhir apabla program yang kami uruskan itu berakhir. Tak lebih daripada itu.

Damia terdiam. Aku meneruskan pembacaanku. Sekali lagi percakapannya mengguris hatiku. Aku hanya mampu bersabar.

'wahai hati, bersabarlah kamu. Jangan marah-marah.'


 

Aku berjalan sendirian di perpustakaan. Banyak buku yang perlu aku pulangkan. Lagipun aku mahu mengulangkaji sendirian di perpustakaan. Tak ada gangguan. Aku lebih fokus. Seketika aku berjalan aku disapa oleh seseorang, sebetulnya aku tak sedar dia berada di situ.

" hoi!" hanafi memanggilkan. Aku berpaling dan tersenyum. Dan kakiku terus melangkah ke perpustakaan. Tak mahu bersembang dengannya. Dia punya ramai peminat. Aku tak mahu disalah anggap sebagai perampas dan perempuan gedik yang terhegeh-hegeh hendakkan lelaki. Lagipun salah seorang kenalanku juga sukakan dia. Aku tak mahu berebut dengannya.

" hoi, kau nak gi mane tu?" aku kaku di situ. Berkira-kira hendak berpusing atau tidak.

" aku nak pergi library, nak pulang buku. Kau?" aku bertanya ramah. Hanafi tersenyum.

" aku nak gi library jugak. Kita jalan same-same ek?" aku terkaku.

'Ya Allah, mengapa semakin aku menjauh daripadanya, semakin dia mendekat?'

" kenapa tak naik motor?" aku tertanya-tanya. Sudah ada motor mengapa perlu bersusah payah berjalan kaki.

" saje, aku suka jalan kaki. Kau bawak payung tak? Panas ni." aku mengerutkan kening.

' inikah putera lilin? Tak tahan panas. Huh. Not my taste! Euwww.' Aku mengutuk dalam hati.

Lantas aku mengeluarkan payung. Dia membukanya dan mula berteduh di bawah payung aku yang berwarna merah jambu itu.

" weh, jangan la jalan laju-laju. Panas ni. meh aku payungkan." Aku pelik.

' kalau aku duduk satu payung dengan dia, kalau awek dia nampak macam mane? Mati aku kena tibai dengan awek dia. Tak boleh.. tak boleh.'

Sedang aku berkira-kira nak berpayung bersama-sama atau tak, dia sudah memayungi aku. aku kaget. Dan aku biarkan sahaja. Kami berpayungan sehingga ke perpustakaan.


 

Peristiwa itu seringkali berlegar-legar di fikiranku. hanafi? Mengapa kau semakin mendekat bila aku sudah tekad ingin menjauhi dirimu? Lamunan aku terhenti pabila telefon bimbitku bergetar. Ada mesej masuk. Aku membacanya.

' salam, ko free tak malam ni?' aku meneliti siapa gerangan yang menghantar mesej itu. sah, hanafi.

' wasalam, kenapa?' aku membalas.

' saje. Tak boleh ke?' sekejap saja dia membalas mesej. Tak sampai seminit pun.

' bukan, Cuma aku sibuk. Lain kali la ye.' Aku memberikan alasan. Sebetulnya aku tak mahu berdekatan dengannya. Rakan-rakanku tak begitu menyukai aku dan dia lantaran salah seorang rakan kelas aku menyukai hanafi.

Aku takut dicop sebagai perampas. Bagiku, perempuan akan nampak murah bila dia sanggup bercakaran sesama sendiri kerana lelaki. Aku tak mahu jadi orang murah dan bodoh itu. aku tak rela!

' okay, lain kali. Aku pegang janji itu. salam.' Hanafi membalas. Aku bingung membacanya.


 

Peperiksaan akhir semester bermula. Aku ingin menghabiskan semester ini dengan result yang gempak. Selalu juga aku ke perpustakaan, namun kekadang aku juga belajar di hostel. Kalau boleh aku cuba elakkan belajar di hostel kerana aku akan banyak tidur dari belajarnya.

Hanafi? Dia sudah tak lagi menghubungiku. Dan aku hidup macam biasa sekarang. Tanpa kehadiran insan yang teristimewa. Aku puas, bolehlah aku tumpukan pada belajar. Bukan aku tak suka namun ada yang menghalang. Aku tak pasti apa dia Cuma aku seakan tak rela bila ada lelaki yang cuba mendekati aku. aku takut aku akan jatuh hati dengannya. Takut!

Rakan-rakanku? Entah apa cerita. Aku malas nak ambil tahu. Kadang-kadang aku diajak juga bila mereka ingin melakukan aktiviti namun aku menolak. Sebab akhirnya aku akan terpinggir juga. Kan sudah aku katakan tadi, biarlah aku dengan caraku. Aku tahu mereka dapat merasakan perubahanku, namun aku buat tak tahu sahaja. Aku Cuma berhati-hati dalam meletakkan kepercayaan kepada orang lain. Takut dikhianati.

Dan semua itu berubah bila aku terbaca satu status yang diletakkan oleh salah seorang kawan baikku di facebook pada suatu malam yang hening. Lebih kurang macam nilah:

' dikala hati mulai mengeras, lembutkanlah dengan zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran.'

Tiba-tiba aku sebak. Keras hati? Aku tak patut keras hati. Aku sudah memaafkan namun entah mengapa untuk bersama seperti dulu aku tak mampu lakukan

" hajar?" hanafi sudah berada di depanku. Aku mendongak dengan muka sememeh yang nak menangis tu.

'kenapa la dia ni datang time aku nak menangis ni? kacau line betul!' aku merungut dalam hati.

" ya?" aku cuba menyembunyikan muka nak menangis aku tu. Aku kan kuat dan tabah. Tak main la nangis-nangis ni. tak macho la beb! Err.. macho? Huhu

" mengapa menangis ni? kau ok tak ni?" Aku senyap.

'hish cuba nak buat caring la tu. Tak payah nak mengada-ngada.'

" aku ok jek. Kau gi la main jauh-jauh. Saje nak layan jiwang jap. Dah-dah.. syuh.. syuh…" aku menghalau dia. Mengharapkan pengertian daripadanya. Namun dia masih berdiri di situ. Lantas aku hanya membiarkan. Aku merenung ke arah pantai. Jiwa aku tenang di sini.

Lama juga kami begitu. Tanpa bicara dia setia di sebelahku. Lantas aku bangun. Dia kubiarkan sendirian di situ. Sudah terlalu lama aku di sini. Aku harus pulang.


 

Hari ni hari peperiksaan akhir semester. Kertas terakhir untuk semester ini. aku baru selesai menjawabnya dengan jayanya. Aku tak pasti apakah keputusannya namun aku yakin dengan jawapanku. Aku melihat dia menanti di depan pintu dewan peperiksaan.

' dia ni memang takde kerje ke?' aku mula mengarut. Kononnya macam la dia nak berjumpa denganku. Padahal dia nak jumpa dengan awek dia ke, manalah aku tahu kan. Hish perasan je aku ni.

" hajar, kau dah ok ke?" dia menegur aku.

" aku? okay jek kenape?" aku tertanya-tanya. Dia tersenyum. Aku naik hairan dengan sikapnya.

" tak la. Risau je aku tengok kau sekarang. Susah nak senyum." Aku tersenyum dalam kekeliruan.

" aku okay je, but thanks. Sebab temankan aku hari tu. Cuma aku pelik macam mane kau boleh tahu aku kat situ?" aku mulai ramah namun aku membataskan jarak kami. Risau pada mata-mata memandang. Tak manis.

" jiha yang bagitahu." Aku terkedu. Siapa Jiha?

" Jiha?" aku bertanyakan kepada dia.

" awek aku." prangg!!! Bagaikan ada sesuatu yang jatuh ke lantai. Apa itu? hati akukah? Mujurlah aku dah ambil langkah berjaga-jaga dengan keprihatinan dia terhadapku.

" owh, dia kenal aku ke? Maaf aku tak perasan dia." Aku cuba bersikap seprofessional yang boleh. Aku mahu dia tahu aku tidak pernah menyukai dia.

" jiha selalu nampak kita, time kita handle program dulu. Sebab tu dia kenal kau." Aku mengangguk sahaja. Lantas aku terasa ingin beredar dari situ. Mujurlah ini hari peperiksaan terakhir. Aku takkan berjumpa lagi sampai semester hadapan.

" eh,aku nak balik dah ni. nak pack barang. Aku balik perak malam ni." aku cuba meminta diri untuk pulang. Keadaan dewan yang bising tadi sudah mulai senyap.

"ok tak care." Aku melihat senyumannya yang agak manis tapi tak semanis senyuman aku.

Lelaki. Tahukah kau bila kau mengambil berat terhadap perempuan, kau dianggap sudah jatuh hati padanya? Kau cuit perasaannya dengan sifat ambil berat itu. padahal kau tak pernah mengimpikan dia. Janganlah kau pergunakannya untuk mendapatkan sesuatu. Itu sangat dayus.

Aku tinggalkan hanafi dan hidupnya. Rakan-rakanku dengan kisah hidupnya. Biarlah aku dengan hidupku. Aku selesa begini. Sebetulnya aku terkilan dengan semua. Hanafi mahupun kawan-kawanku. Hanafi janganlah kau Cuba sentuh hatiku dengan tingkah lakumu. Dan buat kawan-kawanku, janganlah kamu guris hati ini dengan kata-katamu. Tahukah kalian, aku terkilan. Dan takkan ku biar hati ini disakiti lagi.

_________________________________________________________________________________

                    TAMAT

The chronicles of me part 3

Thursday, November 11, 2010

Bercakap pasal skandal-skandal yang tak habis mengekori diriku ke mana jua ni, aku naik pelik. Iyalah. Nak kata aku ini spesis cantik bak ratu cantik, tak jugak. Nak kata aku menawan pun tak jugak, lantas apa yang membuatkan diri ini seringkali dikaitkan dengan skandal-skandal yang ada? Ish ish ish, pelik pelik. Perkara yang mengenai skandal ini terus mengekori aku sehinggalah aku berada di salah sebuah matrikulasi di dalam Malaysia ini. semuanya bermula apabila kelas matematik yang dikendalikan pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada 1 petang.

Aku dan Nabilah berpusu-pusu ke kafe yang berdekatan. Almaklumlah, lunch hour. Dah la waktu puncak. Ramai pelajar yang berpusu-pusu ke kafe untuk mengisi tong kosong yang ada dalam badan mereka. Aku juga tak terkecuali. Sedang aku asyik mengambil nasi, dushh.. aku terlanggar seorang lelaki ni.

' aiseh man, macam mane la aku boleh langgar mamat ni? hope dia tak marah.' Aku dah takut-takut ni. mujurlah nasi tak tumpah kena baju dia. Kalau tak sah-sah aku buat drama bersiri kat kafe pada tengah hari yang panas ni.

" sorry, tak sengaja." aku menuturkan tanpa memandang ke arah tuan punya badan. Bukan apa, aku takut la, dia marah aku. tak pun perli aku. tapi kan bila dia berpaling ke arah aku, aku terpana. Wajah dia bolehlah aku katakan comel tahap dewa. Err comel okey bukan kacak. Aku punya hati, apa lagi main lagu dangdut. Haha

"sorry." Perlahan saje aku sebut sambil takut-takut hendak memandang ke arah muka lelaki itu. sesaat kemudian, tanpa kata-kata dia kembali memandang ke hadapan. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku sedikit lega. Kawanku Nabilah tersengih-sengih melihat aku membuat drama pendek di kafe.

Dan bermula hari itu, selalu aku terserempak dengannya. Kafe, mesin ATM, koperasi, perpustakaan dan juga gelanggang tenis. Mengapakah dia menghantui diriku ini. dan setiap kali aku terserempak dengannya, dia pasti tersenyum. Aku pula? Malu-malu la. Kawanku, si Nabilah tu, bukan main lagi. Tersengih-sengih mengalahkan aku. tapikan seronok juga, perasaan ni. hish gatal pulak kan. Bukan apa. Tak semua lelaki comel macam dia perasan aku yang biasa ni. lelaki kan, kalau perempuan tak cantik, mana la nak perasan. Huhu.. aura belum cukup kuat untuk menarik lelaki untuk memandang. Tapi lainlah kalau pakai seksi tahap gaban. Itu memang cari market dan cari dosa. Haha.

Dan setahun aku di matrikulasi terisi dengan kehadiran si dia. Ye la. Skandal aku tu. Aku pun tak faham maksud skandal yang sebenar-benarnya. Tapi dia lelaki pertama yang buat jiwaku terusik. Tapi aku tahu, perasaan itu tak lama. Akan hilang ditelan masa. Mengingati dia sebagai orang pertama yang pernah mencuit hatiku, aku nak tergelak pun ada. Muka macam tu pun aku suka. Huhu.. yang penting aku baru tahu yang cinta itu mengaburi segala yang buruk. Yang nampak hanya keindahan semata.

The chronicles of me part 2

Tuesday, October 19, 2010

Skandal, skandal dan juga skandal membelenggu hidup aku. kalau dihimpunkan semua skandal aku dah boleh buat empat ke lima musim kot. Heroin sama tapi hero berbeza. Yang paling lama, waktu aku sekolah. Yang tu aku rasa ada la dalam lima tahun. Yalah, kalau hari-hari luangkan masa sama-sama. Pergi dan balik sama-sama mana tak skandalnya. Sampai cikgu pun turut bersama-sama mengskandalkan aku. kasihan kepada diriku ini. sudahnya, selepas lima tahun aku masih macam tu. Tak ada perkembangan dari sudut perasaan. Kalau ada lelaki nak mengorat pun mesti fikir seribu kali sebelum mengorat. Dah aku duduk berkepit dengan skandal, mesti la diorang ingat aku ni sudah berpunya padahal… aku masih solo!!!

Skandal itu terus berlaku dan kemuncak keskandalan aku di sekolah berlaku apabila pada hari nan indah (waktu itu dah hampir SPM).

" Aku minta maaf pasal semalam." Skandal aku biarlah aku namakan Isaac meminta maaf pepagi hari.

Aku sebetulnya masih menghayati keheningan pagi sambil membelek buku, (kononnya seperti membaca padahal tengah berangan) agak terkejut. Mindaku masih memproses apa kena la si Isaac ni minta maaf dekat aku pepagi buta ni. sudah la baru sampai, beg pun tak letak atas kerusi lagi, alih-alih terus je datang kat aku, mintak maaf. Belum aku sempat memproses apa yang telah berlaku semalam, dia menyambung,

" tak pe kalau kau masih belum maafkan aku. aku bagi kau masa." Aku terlopong. Kawanku dah menyiku-nyiku aku. apa kes ni? tidur mimpi apa la malam tadi?

Lama juga aku termenung di meja aku. akhirnya baru la aku sedar. Rupa-rupanya aku merajuk dengan Isaac semalam. Sebab dia usik aku. lepas tu aku balik rumah tak tunggu dia. Aku ingat nak mengacah-ngacah dia. Tak sangka dia ingat aku betul-betul merajuk. Mesti dia pikirkan perkara tu semalaman. Kasihan pula kat dia. Dah la nak exam ni. dan akhirnya aku jumpa dia.

Dia sendirian di bangku kat luar kelas. Aku dekati dia dan sengaja aku labuhkan punggung di sebelahnya.

" sebetulnya, aku tak ingat pun apa yang berlaku semalam. Tapi since kau dah minta maaf , aku maafkan je la" selamba je muka aku time tu. Kawan-kawan dalam kelas dah terjenguk-jenguk.

Siap ada yang buat pengumuman

" woi, couple dah baik semula la" sengal betul budak-budak kelas aku ni. yang si Isaac ni pula boleh senyum je. Aku buat tak tahu. Dan kehidupan kitorang kembali seperti biasa. Junior seperti biasa la menjeling-jeling aku time sekolah dulu. Dah la aku skandal dengan ketua pengawas sekolah. Mana taknya. Biasa jugak la aku dengar diorang bisik-bisik yang aku tak sepadan dengan Isaac. Ya lah Isaac tu putih, kacukan cina lagi. Aku ni pulak gelap, pakai cermin mata pulak tu. Alahai nasib. Tapi bukan aku yang nak diskandalkan. Dah memang diorang yang nak skandalkan aku. apa aku nak buat? Terima je la seadanya. hehe

The chronicles of me part 1


Aku dilahirkan pada tanggal 28 mei. Tahun tu biarlah rahsia.bukan apa, risau nanti kalian semua asyik duduk mengira umur aku yang sudah menjangkau 2 dekad ini. Aku masih lagi belajar di salah sebuah universiti di Malaysia. Rupa paras? Aku tak adalah cantik. Kalau jual bolehlah laku seposen dua. Pengalaman bercinta? Langsung tak ada. Kasihan betul kat aku ni. Tapi, skandal? Banyak tau. Dari sekolah lagi memang aku banyak skandal tapi yang peliknya sorang pun tak lekat. Tah la kenapa. Aku sendiri tak pasti. Dari sekolah, matrik dan sekarang? Kat universiti pun ada. Hish teruk betul aku ni. sebab tu kot lelaki takut nak buat aku jadi awek diorang. Takut la aku ni main-mainkan hati dan perasaan diorang yang tak seberapa itu. (jahatnya aku).

Sekarang ini, yang paling teruk, sampai lecturer pun sibuk nak match makingkan aku dengan budak junior. Haish. Habislah aku. bukan apa. Aku tahu la fizikal aku tak macam third year student. Yang junior tu pulak mature terlebih.(hehe sebetulnya junior tu sama umur dengan aku). nasib baik hensem junior tu. Boleh la aku menggedik sikit. Haha yang tak best nye junior tu ramai peminat la. Haha.. ni yang aku tak gemar. Jadi aku buat tak tahu je la. Bukan apa, aku nak berikan hati dan perasaan aku ini kepada insan yang layak sahaja ok. Tapi kalau junior tu nak kawan, aku on je. Ala senior and junior kan.

Yang tak bestnye.. lecturer dah mula match making session. Ye la. Boleh pulak lecturer tarik aku malam majlis raya hari tu pastu pakaikan aku selempang couple of the night. Pastu suruh aku berdiri dengan junior aku tu. Tangkap gambar. Bila aku duduk jauh-jauh. Dia kate duduk la rapat sikit. Nak bergambar. Huish pening aku. walaupun aku ni kategori minah gedik and kekadang kurang rasa malu, tapi bila bab-bab macam ni, aku malu tau. Huu

Tapi biarlah majlis tu pun dah habis dan aku pun boleh la hidup aman tanpa gosip dan skandal. Dan yang kali ni.. ada junior tahun satu ajak aku date. Haha.. aku ni nampak kecik sangat ke? Dulu time awal-awal sem, ade la budak tanye aku.

" first year ke ? second year?"

Aku jawab.

" third year"

Terkedu budak tu. Ye la.. jika diukur dengan perangai aku yang tak berapa mature ni, dengan pakaian rasmi jeans, t shirt and selipar jepon.. mesti la budak-budak ni tak sangka aku ni dah third year. Ye la. Biasanya akak thrid year pakai baju kurung, tak pun blaus yang bermacam bentuk and fesyen. Aku pulak jiwa muda. Haha mekap pun tak pakai. Haha

Sudah la dulu. Ni entri suka suki aku buat untuk nad yang nak entri baru. Huhu.. maaf nad tak leh nak fokus buat entri skh.. nant hazel try.. after final exam k..

Salam sayang from:

Hazel adriana

idea sangkut2..

Saturday, October 2, 2010
salam semua..
dah lame tak update blog ni.. kesian blog ni.. tah ape cerita.. huhu blog yang kurang kasih sayang kan.. huhuhu..hazel curi mase nak update blog ni.. walaupon tak update entri skh baru. hazel harap kalian semua tak marah atau kecewa k.. huhu

nak tahu tak? sebenarnya kebelakangan ni hazel cam sibuk sket.. meeting and dating at the same time.. huu.. tadi baru habis forum kerjaya pastu kan...sekarang ni duk sibuk buat report nutrition..
(hehe. sempat lagi bukak blog tu..)
lagipon final exam hazel diawalkan lantaran lecturer nak gi haji.. so tawakal je la..

hhu.. macam mane nak cakap ek.. idea hazel sekrang sangkut2.. nanti tak cantik lak flow cerita.. huu..
dan sekarang.. hazel cam dah start tahu ape perasaan suka menyukai ni.. boleh la buat cerita yang emo sket.. hhu.. seblum ni kawan2 hazel panggil hazel princess of ice.. boleh dekat tapi nak tackle tu payah.. konon mahal la tu.. huhu
ceh, kalo kawan hazel tahu yang hazel tulis cerita cinta .. mesti diorang gelak guling2 satu padang kawad.. huhuhu
ye lah org yang langsung takde pengalaman cinta tulis kisah cinta.. huuhu..

sebenarnya dalam fikiran hazel lelaki yang patut jadi hero mesti perlu ada ciri2 macam ni:
  1. sedap mata memandang/ pandai bergaya
  2. baik/ gentleman
  3. cool
  4. leadership tu kena ada.
  5. dia buat kite selesa..huhu
actually, hazel dah jumpe lelaki yang ade ciri2 di atas.. huuhu.. toink toink.. falling in love? no no no.. just nak jadikan die hero untuk cerita baru.. hhuhuhu
but if dia bagi respon.. apa salahnye... kyaaaaa.... gatal... hahaa

okay.. doakan hazel dapat sambung citer ni ngan idea yang baru and tak boring.. kya kya kya..
sebelum tu.. hazel nak tinggalkan satu soklan.. sape nak jawab.. jawab la...

berikan ciri2 lelaki / perempuan yang mampu menarik perhatian anda?

macam soalan spm x? huhu selamat menjawab.. huhu

terima kasih...

Thursday, September 9, 2010
salam sejahtera semua.

selamat menyambut 1 syawal esok.. hazel ucapkan buat semua umat islam di luar sana. di sini hazel nak memohon maaf jika bahan tulisan hazel menyinggung perasaan pembaca.

ok.. hazel ada mendapat komen.. mengenai kenapa tia mudah sangat terima Alan. hurm.. susah jugak nak jawab soalan tu? bila berkaitan perasaan memang susah.. kadang-kadang.. hazel sendiri sebagai penulis pun tak sedar kenapa cerita jadi macam tu.. huhuhu..

kalau nak tahu.. hazel nak buat cerita ni cerita yang gembira.. but suddenly it happen to be sad story..
ramai jugak la kawan hazel cakap.
" eh kenapa kau buat cerita sedih-sedih macam ni?"

kepada nad, yang sudi memberikan komen..
  1. thanx sebab sudi membaca.
  2. idea nad tu boleh dipakai jugak.. huhu
  3. mengenai riana dan diari alan.. hazel akan rungkaikan dalam next entri k..
  4. pasal nak tia tinggalkan alan.. hazel akan fikirkan dulu.. kesian kan kat iza.. takkan nak biarkan dia dengan alan yang kejam tu.huhu
  5. pasal nak tambahkan emosi.. hazel dah prepare scene yang emosi.. janji jangan nangis udah k...
ok.. kepada yang sudi membaca, walaupu tak tinggalkan komen.. terima kasih banyak2.. huhuu

selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin..

Pendam cinta

Monday, August 23, 2010

Kami sama-sama ego. Tak mahu meluahkan rasa. Aku diam dan dia pun begitu. Perasaan yang ada ini kupendam dalam hati. Ramai rakan menggesaku meluahkannya. Namun aku masih tak mahu melakukannya. Aku khuatiri aku hanya syok sendiri.Entah sudi atau tidak dia memandangku di sini. Dulu, kami rapat bagaikan belangkas. Di mana ada dia, di situ juga aku berada. Namun, entah kenapa hubungan kami menjadi renggang. Dia hanya berbicara pabila aku memulakan. Dia hanya beku bila aku diam. Dia tak pernah mahu memulakan. Selalunya dia yang memulakan. Namun kini, lain pula jadinya. Aku malu. Aku takut dikatakan terhegeh-hegehkan dia. Perigi yang tak tahu malu mencari timba. Entahlah sehinggakan aku senyap sendiri.apa yang aku lakukan hanya dengan memandang dia dari jauh. Bertanya khabar sesekali. Namun apabila sepatah kutanya, sepatah jua dijawabnya. Akhirnya perbualan menjadi canggung. Aku yang dulunya selalu mengusiknya hilang modal apabila berdepan dengannya.

Aku diam apabila dia berkias-kias mahu meluahkan rasa. Bagiku cukuplah dengan apa yang aku lalui selama ini. dia banyak memberikan aku luka tanpa dia sedari. Rakan baikku selalu bertanyakan aku,

" mengapa tak mahu teruskan sedangkan dia sudah menunjukkan respon?"

Bagiku pula,

" dah terlalu lama perasaan ini dipendam, sehinggakan aku sendiri pun tak tahu masihkah ada lagi perasaan itu untuknya."

Tipulah kalau aku katakan perasaan itu tak wujud lagi untuknya. namun aku sedang cuba melupakannya. Mudah untuk sukakan seseorang namun untuk melupakan, aku terasa seksanya. Aku diam pabila rakanku mengatakan perkhabaran yang aku tunggu-tunggu selama ini. dia juga sukakan aku. namun aku sedih, dia tak mahu meluahkan. Jika suka katakan suka. Kelu lidah aku berbicara. Akhirnya aku mengubah topik. Tak mahu lagi menjeruk rasa dengan sesuatu yang tak pasti.


 

Laman Facebook ku tatap dengan jayanya. Wajah lelaki idamanku terlayar di skrin laptop. Pelbagai gambar dan aksi yang pasti menarik rakan-rakan memberikan ulasan. Aku sedar, dia punya segalanya. Punya rupa, budi bahasa dan juga harta. Sedangkan aku?

Aku hanya anak penjual kuih. Rupa tak seberapa dan aku bukanlah lemah lembut orangnya. Secara tak langsung aku terasa malu untuk meluahkan rasa lantaran kekurangan diriku. Kadangkala aku rasakan aku tak pernah layak pun kepada mana- mana lelaki. Namun aku hanya wanita biasa. Aku ingin merasai pengalaman bercinta.

Pengalaman bercinta aku kosong. Kata rakanku,

" kau terlalu setia. Setia yang tak bertempat."

Namun bagiku,

" sukar memesongkan arah hatiku kerana hatiku Cuma ada dia."

Namun perlahan-lahan aku cuba melupakan. Aku memeriksa rakan sembang yang sedang online. Ya, dia juga turut melayari facebook kala itu.

Hati aku berkira-kira, sama ada nak menegur atau tak? Akhirnya aku membuat keputusan untuk menegur. Patah-patah perkataan ditaip untuk memulakan bicara. Namun, seminit. Dua minit. Tiada balasan. Dan aku kecewa. Biarlah . mungkin dia sedang berbicara dengan orang lain.

Sejak itu, aku jarang bersembang dengannya di ruangan sembang. Dia juga tak menghubungiku. Aku sibukkan diriku dengan pelbagai kerja dengan harapan sisa-sisa perasaan masih ada ini bisa terhapus dengan mudah.


 

Aku tatap gambar kenangan kami dulu. Ceria bersama. Namun aku tak pernah sedar, rapatnya aku dengan dia membuatkan hubungannya dengan kekasihnya berantakkan. Dan sejak itu, dia menjauhi aku. pabila aku menyedarinya, dia sudah hilang dari hidupku. Perlahan-lahan aku cuba bina hidup baru tanpa dia di sisi. Aku cuba menjadi seceria yang mungkin. Namun aku sedih apabila dia langsung tak menyimpan nombor telefonku di dalam daftar pemanggilnya. Perlahan-lahan aku cuba menyedarkan diri aku daripada hakikat yang dia mahu menghilangkan aku dari hidupnya.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, aku cuba memadamkan dia dari lipatan sejarahku, akan tetapi tak boleh. Aku tak berdaya melakukannya. Sehinggalah aku berjumpa dengan Hisyam. Hisyam membuatkan aku lupa kepada dia. Hati aku semakin jauh daripadanya. Dan suatu hari, dia kembali menghubungi aku. aku kelu. Aku cuba berlagak biasa, namun aku tak bisa. Dan baru aku ketahui, Hisyam sudah punyai kekasih hati. Aku senyap. Buntu. Mengapa aku begitu tak bernasib baik dalam soal jodoh ini?

Aku tertanya-tanya sendirian. Tujuan dia menghubungi aku. Hisyam pula, semakin menjauh daripadaku.Hisyam menjadi seperti dia. Terasa hatiku apabila Hisyam menegur rakan-rakanku yang lain tetapi tidak aku. siapakah aku? buruk sangatkah diriku ini sehingga tak mahu menegurku. Akhirnya aku terluka lagi.


 

Hisyam dan dia. Dua lelaki yang pernah aku sukai namun dua-duanya tak pernah menyambut hatiku. Kasihan wahai hati, tak ada sesiapa ingin memiliki sekeping hati ini. Aku diam,Hisyam diam dan dia juga diam. Aku tahu cerita ini takkan berkembang. Dan suatu hari aku nekad, aku bertanyakan dia, adakah dia menyukai aku?

Dan jawapannya agak mengecewakan. Dia berterus terang yang dia tak pernah menyimpan sedikit pun perasaan terhadapku. Dan buat ke berapa kalinya aku terluka lagi. Kali ini lebih sakit. Hisyam?

Aku dengar dia sangat mendapat sambutan dari kaum hawa. Aku tahu dia punya kekasih hati, pasti dia tak mahu aku menyimpan perasaan terhadapnya dan sebab itu, layanannya terhadapku dingin. Dan aku membawa hatiku ini yang terluka berlalu dari kehidupan dua orang lelaki itu. Aku membuka facebookku. Dia dan hisyam sedang melayari intenet kala itu juga. Untuk selamat, terus aku mengofflinekan ruangan sembang di facebook aku. tak mahu rasa terganggu dengan kehadiran mereka di ruang sembang. Dan tanpa aku sedari, air mataku mengalir. Kerana kali ini, aku tekad aku akan menjauh dari kehidupan mereka. Aku doakan semoga mereka mendapat jodoh yang baik.