Followers

Miskinkah cinta itu? Part 5

Saturday, July 30, 2011

Aku membuka sampul surat yang emak berikan kepadaku sebelum emak berangkat pulang semalam. Perlahan gambar-gambar Izwan bersama seorang wanita yang berusia lingkungan 40-an menarik perhatianku. Apabila aku teliti dan aku tilik, baru aku sedar yang emak sudah salah sangka. Tergelak aku sendirian di ruang tamu rumah.
“Emak… Emak… apa nak jadi dengan emak ni?”
Aku berkata sendirian sambil mengelengkan kepala. Izwan yang baru lepas mandi mengambil tempat di sebelahku. Bau mandian yang digunakan Izwan menusuk hidungku. Segar dan maskulin.
“Sayang, kenapa gelak sorang-sorang ni?”
Mungkin Izwan pelik dengan tingkahku. Aku menyuakan gambar yang emak berikan kepadaku semalam. Perlahan Izwan mengambilnya. Gambar-gambar itu ditilik dengan serius dan kemudian Izwan turut menyambung tawa. Tawanya dan tawaku bersatu sehinnga membingitkan ruang rumah kami.
“Emak sayang ni pakai private investigator mana ni? Tak pandai langsung nak siasat.”
Aku tersenyum mendengarnya. Izwan memang periang orangnya. Aku sukakan humor yang dibuatnya. Tak perlu dengan gaya badan. Gaya bahasanya cukup membuatkan aku tergelak sendirian apabila aku mengingatinya kembali.
“Entahlah abang. Intan pun tak faham dengan mak. Abang rasa kita perlu berterus-terang ke?”
Aku tidak mahu emak berburuk sangka lagi dengan Izwan. Cukuplah setakat ini.Aku dan Izwan semakin bahagia namun aku tak mahu kebahagiaan itu dirosakkan oleh fitnah dan buruk sangka yang terbit dari emak.
“Mungkin dah tiba masanya kita berterus-terang dengan emak. Ada ke patut, emak abang dikatakan sugar mummy?”
Aku tersenyum mendengar bait-bait perkataan yang dikeluarkan oleh bibir Izwan. Ya, aku pasti ini jalan penyelesaiannya.
*****
Hujung minggu itu aku dan Izwan melangkah ke rumah emak. Cadangnya mahu bermalam di sana. Aku rasakan sudah lama tak bermalam di rumah emak. Setelah hampir  dua jam perjalanan, aku dan Izwan turun dari kereta. Izwan hanya mahu membawa pulang Myvi hitam miliknya sahaja. Kereta mewah yang selalu dipakainya ke pejabat ditinggalkan di rumah keluarganya di Kuala Lumpur. Katanya tak mahu menunjuk-nunjuk. Aku hanya senyap.
Emak langsung tak menyambut kami. Aku dan Izwan dibiarkan terkontang-kanting di hadapan pagar rumah yang berkunci. Puas aku memberi salam namun salam aku tak bersambut. Sedih. Agak lama kami berdua  menunggu di hadapan rumah sehinggalah Elin datang membukakan pintu pagar. Izwan sudah kelihatan kelat. Dapat aku rasakan maruahnya sebagai seorang lelaki sedikit tercalar.
Aku bersalaman dengan Elin yang sudah sarat benar nampaknya. Wajah kelat Elin mematikan senyuman yang ingin aku pamerkan untuknya.
“Kenapa kakak pulang?”
Satu pertanyaan yang menyentap naluriku. Salahkah aku pulang ke rumah sendiri? Aku tersenyum. Adakah Elin merasakan aku masih punya perasaan terhadap Khairul. Kalau Elin berfikir sedemikian sebegitu rupa, maknanya dia sudah silap. Lelaki sebaik Izwan takkan aku tinggalkan untuk orang seperti Khairul. Tidak sekali-kali.
“Dah lama tak pulang. Sekali-sekala kenalah pulang. Jenguk mak dan abah.”
Aku cuba memaniskan muka. Izwan kulihat sedang memunggah bagasi kami. Wajahnya sedikit muram namun dia sedaya upaya menyembunyikannya dari pandangan mataku. Terbit rasa bersalah dalam diriku ini. Kasihan Izwan kerana terpaksa melalui semua ini demi aku.
‘Maafkan Intan, abang.’
            Kami melangkah masuk ke dalam rumah. Emak dan abah sedang asyik menonton televisyen. Elin sudahpun mengambil tempat di sisi emak. Namun, tidak kelihatan pula Khairul. Mungkin Khairul keluar. Aku bersalaman dengan emak dan abah. Dingin sambutan mereka. Izwan pun sama. Kami berdua mendapat layanan dingin umpama ais.
            “Mak dan abah apa khabar?”
            Izwan memulakan perbualan dengan soalan bertanya khabar. Mungkin mengharapkan suasana yang sedia ada dingin itu menjadi lebih mesra dan hangat. Namun, emak dan abah hanya membiarkan pertanyaan itu sekadar berlalu begitu sahaja. Tak dijawab. Izwan seakan mengerti kehadiran kami seperti tak dialu-alukan di sini.
            “Mak, kakak ada bawa sedikit cenderahati.”
            Aku membuka plastik yang mengandungi beberapa bungkusan yang sudah siap berbalut. Sudah kusediakan untuk semua termasuklah kepada Elin dan juga Khairul. Emak seakan berminat. Aku menghulurkan hadiah kepada emak, abah dan juga Elin.  Aku memandang Izwan. Sengaja aku ingin memeriksa reaksi Izwan. Izwan tersenyum sinis. Mungkin dia merasakan emak seorang materialistik.
            *****
           Usai memberikan cenderahati, aku dan Izwan berlalu ke bilik kecil yang terletak berhampiran dapur rumah. Izwan sudah menyusun bagasi kami di hujung bilik.  Perlahan Izwan mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Aku sekadar memerhati.
            Aku menyediakan pakaian Izwan. Pakaiannya aku letakkan di atas katil bujang yang sedia ada di dalam bilik itu. Terfikir juga olehku, bagaimana kami akan tidur malam ini. Katil bujang tak mampu menampung aku dengan Izwan untuk tidur. Izwan sudah pun selesai mandi. Dia terus menyarung baju yang sudah aku sediakan di atas katil.
            “Malam ni, macam mana? Sayang nak tidur kat hotel ke? Boleh dapat katil besar dari yang ini.”
            Izwan memandangku. Aku senyap. Ingin mengiyakan aku risau emak akan terasa hati. Namun jika aku menolak, malam ini berhimpitlah aku dengan Izwan di katil bujang yang hampir roboh itu.
“Tapi kan, abang rasa elok juga katil kecil macam ni. Boleh tidur peluk sayang.”
Belum sempat aku membalas, Izwan sudahpun menjawab sendiri. Perangai gatalnya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Aku tergelak sedikit. Perasaan malu-malu masih ada walaupun sudah agak lama kami berkahwin. Malas melayan perangai gatal Izwan, aku berlalu ke dapur. Aku mahu menyediakan makan malam. Pasti emak akan menyerahkan tugas-tugas memasak kepadaku.
Sangkaan aku tak pernah silap. Emak sudah pun meninggalkan nota menyuruhkan menyediakan makan malam. Nota itu terletak elok di pintu peti ais. Aku tersenyum. Agaknya bilalah emak akan berubah menjadi seseorang yang lebih matang, seiring dengan usia? Semoga Allah bukakan pintu hati emak dan abah agar menerimaku dan Izwan seadanya.
*****


Miskinkah cinta itu? Part 4

Sunday, July 3, 2011
*****
Aku melihat wajah Izwan agak keruh selepas abah dan emak pulang. Aku tak pasti mengapa. Mungkinkah kata-kata emak atau abah telah menyinggung perasaannya. Aku mengusap belakang Izwan. Dia berpaling ke arahku.
“Abang okay ke ni?”
Aku tak tahu hendak menuturkan apa kala itu. Izwan sekadar tersenyum tawar. Dia kemudiannya berbaring. Saat ini, aku tak tahu apa yang bermain di fikirannya. Adakah dia sedih? Geram? Tercabar? Aku tak pasti apakah perasaannya ketika ini.
“Intan, abang minta maaf kalau Intan rasa susah hati sekarang ni. Abang tak bermaksud nak buat Intan risau.”
Izwan memeluk erat tubuhku. Aku hanya membiarkan.
“Abang tak pernah buat Intan susah hati. Intan bahagia dengan abang. Sama ada abang miskin atau kaya. Susah atau senang. Intan akan tetap berada di sisi abang.”
Usai aku menuturkannya, Izwan mengeratkan pelukan. Aku sedar ada yang tak kena dengan Izwan. Namun apakah itu? Dalam hati aku sering tertanya-tanya, adakah emak yang menjadi puncanya? Namun persoalan itu hanya aku biarkan di minda. Ya, baru ulang tahun pertama perkahwinan, aku sudah diuji dengan dugaan dalam alam rumah tangga.
Jika benar emak puncanya, aku takkan beralah. Sudah cukup apa yang emak lakukan terhadapku dulu. Emak tak boleh mengawal hidupku lagi. Aku akan bahagia jika aku ingin bahagia. Bukan kerana emak. Aku sudah penat mengikut telunjuk emak. Sudah sampai masa aku pertahankan perkahwinan ini.
*****
Hujung minggu itu, Khairul dan Elin datang menjengah aku dan Izwan. Aku sebenarnya sudah menganggap Khairul sebagai adik ipar. Perasaan cinta itu, sudah lama terkubur saat aku menjadi isteri Izwan yang sah. Dari sudut pandangan mata Elin, aku yakin Elin sudah mengetahui segalanya mengenai hubungan aku dengan Khairul.
“Kak, Elin nak tanya sedikit boleh tak?”
Aku hanya menganggukkan kepala. Tanganku lincah mengupas buah epal untuk dijadikan pemanis mulut selepas makan. Elin memeluk tubuh. Perutnya sedikit memboyot. Lima bulan mungkin usia kandungannya. Aku sendiri tak pasti.
“Kak, masih ada perasaan lagi ke pada abang khairul?”
Satu soalan yang sudah aku jangkakan untuk ditanya oleh Elin. Jadi betullah Elin sudah mengetahui hubungan silam antara aku dengan Khairul.
“Kakak dah buang semua perasaan tu, selepas Abang izwan kahwin dengan kakak. Sekarang ni, akak anggap Khairul tu sebagai adik ipar je. Suami Elin.”
Elin senyap. Jawapan yang aku berikan tak mampu memuaskan hatinya. Ragu-ragu mungkin. Aku sendiri tak pasti mengapa. Elin memandangku sekilas. Kemudian dia menatang dulang yang berisi teko dan cawan ke ruang tamu. Aku pula menatang dulang yang berisi buah epal yang sudah siap dipotong dan dikupas.
*****
“Abang rasa, emak tak sukakan abang la.”
Izwan memulakan bicara. Aku sedikit tersentak dengan  kenyataan yang dikeluarkan oleh Izwan itu. Tak sangka Izwan juga merasakan sikap emak yang kukira agak melampau itu. Aku senyap. Malas untuk mengiyakan apa yang difikirkan Izwan.
“Perasaan abang sahaja mungkin. Bukan abang tak tahu mak memang cerewet sejak dulu lagi.”
Aku cuba tidak mengiyakan. Risau nanti hubungan emak dengan Izwan bertambah buruk. Aku cuba menenangkan Izwan dengan memberikan urutan di bahunya. Biar Izwan tidak terlalu memikirkan hal emak. Mungkin status aku sebagai anak terbuang menyeret Izwan untuk sama-sama merasakan bahangnya.
“Hurm, sebenarnya, banyak perkara yang abang tak tahu mengenai diri Intan.”
Aku memulakan bicara. Aku rasa sudah sampai masanya Izwan mengetahui mengapa aku tak dilayan sebaik Elin oleh emak. Izwan patut tahu. Izwan sudah membetulkan duduknya di atas sofa empuk di ruang tamu.
            “Sebenarnya, Intan cuma anak tiri emak saja.”
             Aku menarik nafas sedalamnya. Izwan memberikan perhatian sepenuhnya kepadaku.  Aku kembali menyambung cerita. Izwan menggenggam erat jari jemariku.
            “Dulu sebelum berkahwin dengan emak, arwah nenek paksa abah untuk berkahwin dengan  gadis pilihan dia. Gadis itu adalah mama Intan. Tapi abah tak sukakan mama, jadi lepas setahun dia berkahwin dengan mama, abah berkahwin dengan emak.”
            Tiba-tiba perasaan sebak menyelubungi diriku. Aku mahu meneruskan namun suaraku seakan tak terkeluar dari tekakku. Izwan mengusap belakangku untuk menenangkanku.
            “Shh… Kalau sedih sangat jangan cerita. Abang tak mahu sayang sedih.”
            Aku memandang ke arah wajah Izwan. Perlahan aku mengusap wajahnya.
            “Tak… Intan nak ceritakan juga kat abang. Biar abang faham situasi Intan sebenarnya. Intan nak abang kenali Intan sepenuhnya.”
            Aku tekad dengan keputusanku. Izwan perlu tahu siapa aku dalam keluarga itu. Aku kembali menyambung cerita yang terhenti dek rasa sebak yang singgah di hati seketika.
            “Sewaktu Intan berusia tujuh tahun, mama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Mulanya abah ingin meletakkan Intan di rumah anak yatim tapi sebahagian harta nenek akan diwakafkan kalau abah berbuat demikian.  Jadi abah tak jadi hantar Intan kat sana.”
            Air mata sudah mengalir ke pipi. Tangan kasar Izwan sedia menyapu setiap titis air mata yang jatuh di pipiku. Aku ditarik ke dalam pelukannya. Tanpa sepatah perkataan dikeluarkan dari mulut Izwan. Namun, itu sudah cukup menenangkan perasaan aku yang sedang bersedih.
*****
            Aku meneruskan kerja-kerja rumah seperti biasa. Selepas aku mengetahui status sebenar Izwan, aku langsung tak dibenarkan bekerja. Kata Izwan, dia mahu aku jadi surirumah dan menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Manja. Dia tak mahu berkongsi aku dengan kerja aku. Ah, betapa cemburunya dia dengan kerjaku yang tak seberapa itu. Perabot yang sedikit berhabuk aku lap dengan kain. Kerja-kerjaku tergendala sebentar apabila kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu.
“Eh, siapa  pula yang datang tengah hari buta ni?”
Aku terus menuju ke muka pintu. Tudung sarung sempat kucapai sebelum aku menuju ke muka pintu. Usai membetulkan pakaian dan tudung, perlahan-lahan aku membuka pintu.  Wajah emak dan Elin tersembul di muka pintu sebaik sahaja pintu rumahku dikuak. Aku sedikit terkejut namun tanganku segera menyalami emak dan Elin.
Emak menonong masuk ke dalam rumahku. Elin hanya membuntuti langkah emak. Elin memang anak emak. Emak segera mengambil tempat di sofa empuk yang terletak di ruang tamu rumah. Aku menutup pintu rumah. Emak dan Elin aku tinggalkan sebentar di ruang tamu. Aku ke dapur  untuk menyediakan air minuman buat emak dan Elin. Pasti mereka rasa dahaga.
“Emak tak cakap dulu nak datang. Kalau tak boleh kakak sediakan apa yang patut.”
Aku bersuara setelah menghidangkan the panas di atas meja kopi di ruang tamu rumah. Emak sedang mengipas-ngipas badannya dengan kipas yang entah dari mana. Mungkin kipas hak milik sendirian. Gaya emak kala ini tak ubah seperti watak dalam filem P.Ramlee iaitu watak ibu mertuaku.  
“Kenapa la panas benar rumah kakak ni? Rumah dah cantik tapi hurm… kipas tak boleh berfungsi pula. Atau rumah ni banyak dosa sebab tu panas.”
Aku diam. Kata-kata emak memang melampau. Sudahnya aku membuka kipas yang memang sengaja aku tutup kerana aku dalam proses mengemas rumah tadi. Aku tak mahu habuk berterbangan serata rumah. Jadi aku mengambil inisiatif dengan menutup kipas bagi mengelakkan habuk berterbangan.
Emak menyisip teh panas yang sudah aku siapkan di atas meja. Aku melihat wajah Elin yang agak suram. Perutnya sudah memboyot berbanding kali terakhir aku ketemu dengannya. Aku tertanya-tanya tujuan emak bertandang di rumahku ini. Kalau sebelum ini, emak memang payah benar hendak bertandang ke rumah, namun sekarang emak rajin bertandang sehinggakan aku tak selesa.
Jika emak datang sekadar untuk bermalam dan melawat, aku tak kisah. Namun setiap kali emak singgah ke rumahku, ada yang dikomennya dan tiap kali dia berkata-kata, pasti ada yang menusuk ke dalam hati aku dan juga Izwan. Apakah yang emak mahukan dariku? Adakah emak tak mahu aku hidup bahagia? Setakat ini, emak memang tak tahu Izwan memang anak Datuk. Sangka emak, Izwan mencari kerja lain yang lebih baik dari dulu.
“Hah, laki kakak mana?”
Aku memandang emak. Perlahan aku tersenyum.
“ Abang Izwan pergi keluar jumpa kawan sekejap. Lepas ni balik la tu. Kenapa emak tanya?”
Emak mencebik. Aku tersenyum. Aku dapat rasakan emak cuba mengapi-apikan aku dengan Izwan. Mungkin emak mahu aku menjadi janda.
“Kakak  percaya ke Izwan tu pergi jumpa kawan dia? Entah-entah dia pergi jumpa sugar mummy dia? Tah-tah duit yang dia guna tanggung kakak sekarang ni, guna duit sugar mummy dia.”
Cawan yang baru aku pegang hampir terlepas dari peganganku. Apakah motif emak dengan menuturkan sedemikian rupa? Sugar mummy? Aku seakan tak percaya dengan apa yang emak tuturkan. Aku kenal Izwan, tak mungkin diaa berbuat demikian kepadaku.
“Emak ni, tak baik tuduh abang Izwan macam tu. Tak pasal-pasal emak dapat dosa kering tau.”
Aku berseloroh. Senyuman yang aku zahirkan di mata emak ternyata membuatkan emak sedikit tak puas hati. Lantas sampul surat coklat dikeluarkan dari tas tangan mahal emak diberikan kepadaku. Aku terpinga-pinga.  Apakah ini?
*****
Preview next entri…
“Sayang, kenapa gelak sorang-sorang ni?”
Mungkin Izwan pelik dengan tingkahku. Aku menyuakan gambar yang emak berikan kepadaku semalam. Perlahan Izwan mengambilnya. Gambar-gambar itu ditilik dengan serius dan kemudian Izwan turut menyambung tawa. Tawanya dan tawaku bersatu sehinnga membingitkan ruang rumah kami.
“Emak sayang ni pakai private investigator mana ni? Tak pandai langsung nak siasat.”

Miskinkah cinta itu? Part 3

Tuesday, June 21, 2011

Entah mengapa aku di sini kali ini. Suamiku membawaku ke sebuah rumah di pinggir kota. Katanya aku perlu ketemu dengan seseorang. Aku memerhatikan rumah banglo zaman kolonial itu. Cantik dan indah. Adakah ini tempat kerja baru Izwan? Baru-baru ini Izwan ada memberitahuku bahawa dia sudah bertukar kerja.
Mungkin dia berkerja sebagai pemandu Datuk, jadi bolehlah mencari duit lebih bagi menyara hidup kami berdua. Aku berfikiran positif.


"Puan, jemputlah masuk. Datuk dan datin dah menunggu di dalam tu."


Kehadiranku disambut dengan mesra oleh pembantu rumah itu. Terasa kekok pula apabila aku dilayan sebegitu. Aku hanyalah isteri pekerja mereka, bukan menantu atau teman rapat sehingga dilayan sebaik rupa. Emak pun tak melayan aku sebegini baik.


"Ha, Intan masuklah. Dah lama kami tunggu Intan."


Teragak-agak aku masuk ke rumah banglo besar milik mereka. Datuk dan datin sedang menungguku di ruang tamu. Suamiku entah ke mana, katanya ingin menyelesaikan sedikit urusan dan meninggalkan aku sendirian di situ.


Pelbagai soalan yang diajukan kepadaku. Aku terasa seakan melangkah ke dalam bilik temu duga sahaja. Namun keramahan mereka membuatkan aku berasa selesa bercakap dengan mereka. Aku ralit meluahkan pendapat dan bercerita sehingga terleka.


*****
Sedang asyik aku berborak dengan datuk dan datin, kelibat seseorang yang sedang menuruni tangga menarik perhatianku. Aku memerhatikan lelaki yang baru sahaja menuruni tangga itu. Dia seakan seseorang yang aku kenali. Apa yang membezakannya ialah dia tidak bermisai dan berjambang seperti suamiku. Rambutnya juga lebih pendek . Pakaiannya lebih up to date berbanding suamiku. Namun semua itu tak mampu memesongkan arah cinta aku terhadap suamiku.


"Intan mengapa tengok Izwan macam nak telan?"


Datin menegurku. Aku sedikit tersentak. Aku memandang Datin dengan rasa tak percaya. Dalam mindaku masih bermain-main, adakah dia Izwan? Suamiku yang bersama-sama mengharungi susah payah bersama? Diakah? Lelaki yang dikatakan Izwan itu sudah mengambil tempat di hadapanku. Aku memandangnya. Aku cuba meneliti, betulkah dia Izwan ataupun tidak.


"Abang nak berterus terang dengan sayang."


Izwan memulakan kisahnya yang mampu membuatkan aku bergenang air mata. Kisah di mana dia hampir hilang kewarasannya saat idaman hatinya berpaling mencari yang lain. Saat di mana dia menemukan aku dan terbabit di dalam hidupku. Aku senyap.


Aku diam. Aku masih berasa di alam mimpi. Diriku umpama berada di dalam sebuah kisah dongeng di mana aku mengahwini lelaki kaya yang menyamar miskin semata-mata ingin mencari seorang gadis yang baik sebagai isterinya. Adakah ini yang dikatakan buat baik dibalas baik? Sesungguhnya kesabaranku mengharungi setiap detik bersamanya membuahkan hasil.


Izwan memandangku. Dia meminta maaf kerana menyembunyikan kebenaran. Aku tersenyum sedikit.
'Sesungguhnya, dia memang tercipta untukku.'


*****


Beberapa hari selepas peristiwa di banglo kolonial itu, aku dan Izwan berpindah ke rumah baru yang ternyata lebih luas dan lengkap. Rumah itu bukanlah banglo yang besar dan indah, ia hanyalah sebuah kondominium yang cukup besar bagi kami yang baru mendirikan rumah tangga. Apa yang membezakan dengan rumah dahulu ialah rumah yang kami duduki ini lengkap berperabot.


Aku menatap lembut wajah Izwan yang sedang lena di sofa. Letih barangkali. Sejak dari pagi, Izwan menolongku memunggah perabot ke kediaman baru mereka. Mujurlah rumah lama kami tak begitu banyak perabot. Ya, semua yang terjadi ada hikmahnya. Aku mengusap wajahnya dan kemudian aku berlalu ke dapur menyiapkan juadah untuk makan tengah hari. Aku mengerling jam dinding. Sudah pukul 2 petang. Sudah terlalu lewat untuk menikmati hidangan tengah hari. Aku pasti Izwan lapar.


Aku cuba menyediakan masakan seringkas yang mungkin. Tak mahu mengambil masa dengan menyediakan masakan yang rumit. Entah bila Izwan berada di belakangku pun aku tak sedar. Aku tersentak dan lama-lama aku biarkan sahaja tangan Izwan yang mulai melingkari badanku.


"Masak apa sayang?"


Izwan mula bertanya. Romantis. Aku tersenyum. Tomyam yang aku masak sudah mulai mendidih. Aku mengacau dengan senduk dan Izwan masih erat memelukku.


"Tomyam campur. Abang suka kan?"


Izwan mengeratkan pelukan. Dia mula merungut lapar. Aku tahu kerana aku pun merasainya juga. Pagi tadi sebelum kami mengalihkan perabot dan mengemas rumah, perut kami hanya diisi dengan beberapa keping roti bakar berserta kopi pekat. Jadi, kala jam menginjak ke pukul 2.30 petang, irama bunyi keroncong telah pun bertukar menjadi irama rock yang berlagu di dalam perut.


*****
"Intan rasa pelik kalau tengok abang tak bemisai, tak berjambang macam ni."


Aku mengerutkan kening sambil meneliti wajah Izwan. Jari-jemariku menyentuh dagunya yang sudah licin tanpa jambang. Sesekali aku tergelak apabila Izwan menangkap jari jemariku dan dibiarkan dalam genggamannya..


"Intan suka yang berjambang ke?"


Duga Izwan. Aku tersenyum.Jari-jemariku masih lagi dalam genggamannya.


"Bukan suka yang berjambang, tapi abang yang Intan kenal dulu adalah yang berjambang, pakai biasa-biasa dan bukan berada. Sekarang ni, Intan macam tak percaya lelaki yang tak berjambang ni suami Intan."


Aku menatap matanya. Kemudian apabila dia tersenyum aku pantas melarikan anak mataku ke arah lain. Malu bertentangan mata dengannya. Izwan menarikku ke dalam pelukannya.


"Intan rasa abang lagi kacak berjambang atau yang tak berjambang?"


Aku menatap wajah bersih Izwan seketika namun apabila Izwan mendekatkan wajahnya, aku terus menundukkan wajah. Kedengaran tawa Izwan meletus.


"Abang ni, suka sakat Intan. Hurm, Intan suka abang yang sekarang ni. Tak ada jambang."


Tulus aku mengucapkannya. Bukan kerana aku jijik dengan jambang cuma bagiku Izwan nampak lebih kemas jika tidak berjambang. Namun, kasih sayangku terhadapnya tetap takkan berubah hanya kerana jambang yang meliar di wajahnya.


"Oo.. jadi sebelum ni, Intan tak suka la kat abang."


Izwan suka menyakat. Aku tersenyum. Lantas pelukan yang baru sahaja dileraikan Izwan kueratkan kembali.


"Bukan macam tu, Intan suka abang. Tak kisahlah ada jambang ke, tak ada jambang ke, janji lelaki itu bernama Izwan Arsyad."


Senyuman Izwan membuatkan aku tenang. Mungkinkah ini yang dinamakan kebahagiaan? Jika diimbau kembali kisah cinta aku dengan Khairul, tak pernah aku tersenyum bahagia, semua tingkah Khairul hanya menggamit derita. Betullah kata orang, cinta yang halal hanyalah cinta selepas kahwin.


Jika sering mengucapkan cinta pada yang bukan pemilik sebenar cinta, rasa cinta itu akan semakin pudar dan hilang dari diri kita. Mungkin itulah punca, kisah cinta aku dengan Khairul berakhir. Cinta yang tak berlandaskan syarak. Kini aku mengerti bahawa cinta yang halal hanya bagi mereka yang berkahwin sahaja. Aku bersyukur kerana mengecapi rasa cinta itu.


*****
Aku keluar sendirian kali ini. Izwan agak sibuk dengan urusan kerjanya. Sengaja aku berjalan sendirian di dalam kompleks membeli-belah. Aku mahu menghadiahi Izwan sesuatu yang istimewa sempena ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Aku meneliti setiap barang yang tersusun di rak kedai. Tak menarik. Aku berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain sehingga kakiku terasa lenguh.


Jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti rehat sebentar di bangku di kawasan itu. Kala itu, aku melihat kelibat Khairul bersama Elin. Sebetulnya, aku ingin lari daripada mereka, namun apabila aku memikirkan apakah rasionalnya aku melarikan diri, aku hanya membatu di situ.


"Kakak, buat apa kat sini?"


Elin segera menyalami aku. Aku tersenyum ke arah Elin. Khairul seakan-akan mahu lari dari mengadap mukaku. Aku memandang barang-barang bayi yang dibeli oleh mereka.


"Kakak nak beli barang untuk abang Izwan, sempena ulang tahun kami. Elin pula buat apa kat sini?"


Aku sekadar berbasa basi. Bagiku, tak logik kalau adik beradik hendak bermasam muka kerana seorang lelaki. Lagipun aku pasti Elin tak mengetahui kisah silam aku dengan Khairul.


"Elin beli barang bayi sikit. Elin cuma nak Tanya, kakak dah pindah rumah ke? Hari tu, Elin datang, tapi rumah kakak kosong. Mak pun ada sekali."


Aku tersentak. Setelah aku pindah dari rumah teres itu, aku langsung tak memberitahu keluargaku di mana aku tinggal. Perasaan kecil hati kerana emak memperkecilkan Izwan masih terlekat di sanubariku. Lagi satu, aku tak pasti bagaimana hendak berterus-terang dengan status Izwan yang sekarang. Emak hanya mengenali Izwan yang miskin bukan Izwan yang aku kenal sekarang.


"Kakak, Elin nak mintak alamat kakak boleh?"


Aku tersentak mendengar bicara Elin. Khairul hanya membisu sahaja. Sesekali aku lihat dia mengerling jam di tangannya. Pasti dia hendak berkejar ke lain. Dengan perasaan yang berat, aku memberikan alamat rumah baruku.


'Ya Allah, tabahkan hatiku agar dapat menempuhi semua dugaan yang Engkau berikan kepadaku. Sesungguhnya aku insan yang lemah.'


*****


Sambutan ulang tahun pertama kami hanya diraikan di rumah. Baru sahaja aku ingin berehat bersama suami tersayang, kedengaran suara emak dan abah memberi salam. Aku membuka pintu dan mempersilakan mereka masuk. Aku mengerling sekilas wajah Izwan. Aku risau Izwan tidak senang dengan kehadiran emak dan abah. Emak selalu memperkecilkan Izwan.


"Mak, abah, tak cakap nak datang. Kalau tak, boleh kakak sediakan apa-apa yang patut untuk emak dan abah."


Aku cuba berbasa-basi bagi menghilangkan kesunyian. Izwan menyalami abah. Emak senyum menyindir. Aku sendiri tak pasti apakah tujuan emak datang ke rumah kami. Jauh di sudut hatiku, aku harapkan emak tak mengeluarkan kata-kata yang mampu membuatkan Izwan kecil hati. Aku sayangkan Izwan.


"Dah pindah rumah, tak cakap pun dengan mak."


Emak menyindir aku. Aku hanya mendiamkan diri dan berlalu ke dapur bagi menyediakan minuman. Emak mengikuti langkahku. Sesekali aku lihat emak mengomel keadaan rumahku. Aku hanya membiarkan kerana bagiku omelan emak takkan mampu merobohkan rumah aku yang diperbuat daripada batu ini.


"Sejak bila pindah sini?"


Emak bertanya. Aku masih meneruskan kerja menyediakan snek dan minuman untuk dihidang.


"Baru sebulan. Ni pun ada yang tak siap kemas lagi."


Aku sekadar menjawab apa yang perlu. Rasanya tak perlulah aku ceritakan semua hal rumah tanggaku kepada emak. Emak tak perlu tahu.


"Oh, Izwan tu kerja apa? Pelik mak tengok dia, dulu miskin sangat sekarang ni siap pakai kereta mewah lagi. Kakak tak syak apa-apa ke?"


Aku hanya memandang emak tanpa berkata apa-apa. Terdetik hati aku, mengapalah emak selalu mencari buruk Izwan. Padahal emak yang beria-ria mahu aku menikahi Izwan dulu. Sekarang ini, emak mahu aku menanamkan syak wasangka kepada Izwan. Aku jadi geram dengan tingkah emak. Namun untuk aku memarahi emak adalah satu perbuatan yang tak bersopan dan biadab.


"Tak baik emak cakap abang Izwan macam tu. Dulu emak yang suruh kakak kahwin dengan dia, sekarang ni emak cakap macam tu pula."


Aku bersahaja menuturkan kata-kata itu kepada emak. Malas hendak melayan buruk sangka emak. Dulang yang berisi air teh dan biskut kubawa ke depan. Emak menuruti aku ke depan. Aku lihat abah dan Izwan sedang rancak berbual mesra. Dalam hati, aku bersyukur kerana Abah masih lagi tidak berburuk sangka dengan Izwan.


'Mengapakah mak selalu mencari salah aku?'


*****
Bersambung..
Preview next entri
"Kak, Elin nak Tanya sedikit boleh tak?"
Aku hanya menganggukkan kepala. Tanganku lincah mengupas buah epal untuk dijadikan pemanis mulut selepas makan. Elin memeluk tubuh. Perutnya sedikit memboyot. Lima bulan mungkin usia kandungannya. Aku sendiri tak pasti.
"Kak, masih ada perasaan lagi ke pada abang khairul?"

Miskinkah Cinta Itu? Part 2

Saturday, June 18, 2011

Aku menapak ke sebuah rumah teres kos rendah. Izwan membawa aku ke rumahnya. Rumah kami. Rumah aku yang baru. Aku memandang Izwan sekilas. Dia lelaki yang baik. Dan di sini aku tanamkan tekad dalam hati untuk menjadi isteri yang baik buatnya. Aku padamkan semua kisah antara aku dan Khairul. Aku mahukan kisah cinta kami. Antara aku dan Izwan.

" Masuklah. Abang minta maaf kalau rumah abang ni tak secantik rumah sayang."

Tulus bicaranya semakin membuatkan aku jatuh hati. Aku tak memandang harta. Aku tak memandang rupa. Aku hanya perlukan seorang suami yang baik dan beriman yang sudi menemani aku sepanjang hayat dalam hidupku ini.

" Abang, rumah abang ni dah cukup untuk Intan.Intan dah tak nak apa-apa lagi. Intan nak mulakan hidup baru dengan abang."

Aku menjawab seikhlas hatiku. Ya, aku tahu cinta boleh dipupuk. Aku menerima diri dia seadanya. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Masih daif keadaan dalam rumahnya. Bahagian ruang tamu hanya terisi dengan sebuah televisyen Panasonic versi lapan puluhan. Lantai rumah hanya dialas dengan tikar getah berwarna coklat.

Aku memasuki ke dalam kamar tidur kami. Hanya ada tilam yang bersaiz queen yang dihamparkan di atas lantai. Sebuah almari kain diletakkan di sudut bilik kecil itu. Aku memerhatikan langsir. Tiada. Tingkap hanya ditutup dengan beberapa helai kain pelikat dan surat khabar lama. Aku meletakkan bagasiku di dalam bilik.

Kakiku melangkah menuju ke dapur. Hanya ada pinggan mangkuk plastik dan beberapa bekas yang diisi dengan garam, gula dan milo. Aku memandang peti ais . Perlahan aku buka peti ais. Kosong. Tiada isi. Aku tersenyum

' Tabahkan hatimu. Dia lelaki yang kaya budi pekerti. Abang, Intan akan jadikan rumah ini sebagai rumah Intan. Kita bina mahligai dalam rumah kecil ini.'

*****

    Izwan sudah keluar dari bilik mandi. Aku memandangnya. Ruang tamu rumah sudah kukemas agar tampak lebih menarik. Ada beberapa barang yang aku bawa dari rumah sewa aku gunakan untuk menghias rumah ini. Meja lipat Jepun yang biasa aku gunakan di rumah sewa dulu, aku bawa untuk menghiasi rumah baruku yang nampak kosong. Kaktus kecil yang aku tanam, aku susun di atas meja. Biarlah rumah itu berseri dengan kehadiran perabot yang tak seberapa itu.

    " Cantik."

    Satu sahaja perkataan yang terluah dibibir Izwan. Lantas dia menghadiahkan pelukan kepadaku. Perasaanku kala ini sukar ditafsirkan. Dan aku pasti perasaan ini adalah bahagia. Aku menarik tangan Izwan menuju ke dapur. Beberapa pinggan mangkuk berserta periuk nasi sudah pun terletak elok di dapur.

    Pintu peti ais yang kosong aku lekatkan dengan beberapa nota-nota cinta buat suamiku. Beberapa badge magnetik aku lekatkan di pintu peti ais. Aku mahu berikan perasaan yang hangat di sini.

    " Kita bina keluarga kita di sini okay."

    Aku tersenyum usai menuturkan kata-kata itu. Entah saat itu, aku pasti bayangan Khairul berlalu pergi dari hidupku.

*****

    Hujung minggu itu emak dan abah ingin melawat ke rumahku. Izwan memberikan alamat rumah kami dan cara-cara untuk sampai ke sini. Aku cuba menyediakan tempat untuk mereka bermalam. Tilam, selimut dan bantal. Mujurlah rumah kami mempunyai tiga bilik tidur. Jadi senang sahaja aku susun tilam dan bantal di bilik kosong itu.

    Aku menyediakan hidangan makan tengah hari. Pasti emak dan abah ingin makan apabila sampai nanti. Izwan turut membantuku. Aku bersyukur dia sentiasa ringan tangan membantuku di dapur. Deruman enjin kereta di luar rumah membantutkan kerja-kerja yang sedang aku lakukan. Aku menjengah ke luar. Kelihatan Izwan sedang menyambut emak dan abah masuk ke rumah.Dan aku berlari masuk ke bilik mencari tudung sarung apabila kelibat Khairul dan Elin turut melangkah ke dalam rumah kami.

    Izwan menepuk belakang badanku. Aku tersenyum. Aku bahagia kini dengannya. Emak dan abah melangkah masuk ke dalam rumah. Aku bersalaman dengan mereka. Wajah emak seakan tidak puas hati dengan kondisi rumah kami.

    " Boleh kakak tinggal dalam rumah kecil ini?"

Emak memulakan kata-kata dengan ayat yang begitu sarcastik lagi. Aku hanya tersenyum. Aku tak mahu kalah dengan emak. Ini adalah rumah suamiku.

" Rumah kecil ke, rumah besar sama sahaja mak. Kakak okay je tinggal dalam rumah ni. Tak mengah nak kemas."

Aku tersenyum. Emak meneliti setiap sudut rumah kami. Ada sahaja yang hendak dikomennya. Kecil sangat, tak cukup perabot dan macam-macam lagi yang dikomennya. Aku tak pasti apa yang emak mahukan sebenarnya. Jika emak tak mahu aku hidup begini, mengapa bersetuju apabila Izwan meminangku dulu. Emak tak perlu mempertikaikan Izwan di hadapanku. Sungguh kasih sayangku tak berkurang sedikitpun dek kerana kutukan emak itu.

Aku memandang ke arah Izwan yang berbaju T-shirt putih dengan kain pelikat. Dia selesa berbual dengan abah dan Khairul. Elin? Hanya membuntuti emak tanpa berkata apa-apa.

" Marilah makan semua."

Aku mempelawa mereka makan setelah makanan siap dihidang. Beberapa jenis lauk aku hidangkan di atas lantai dialasi surat khabar lama. Meja makan yang aku ada hanya mampu memuatkan dua orang sahaja. Jadi aku mengambil jalan untuk menghidangkan di atas lantai sahaja.

" Lenguh kaki mak sebab duduk atas lantai sejuk ini."

Emak merungut. Aku perhatikan Izwan tersenyum kelat. Aku tak mahu suamiku tersinggung dengan percakapan emak. Lantas aku berseloroh untuk mengurangkan suasana tegang.

" Mak, tu tandanya mak kena bersenam."

Usai aku menuturkan itu, emak menarik muncung. Abah tersenyum. Usai makan, aku mengemas dan membawa emak ke bilik yang sudah kukemas untuk tempat tidur emak dan abah.

" Mak, kalau nak tidur, kakak dah sediakan tilam dan selimut dalam bilik. Kharul dan Elin pun sama. Kakak dah sediakan tempat tidur kat bilik sana."

Aku menunjukkan bilik yang telah aku sediakan tempat tidur mereka.Namun kata-kata emak menyentap hati dan perasaanku.

" Mak dengan abah ingat nak tidur kat hotel je malam ni. Rumah kakak ni sempit sangat nak tidur."

Aku perhatikan riak wajah Izwan berubah. Tegarnya emak berkata demikian kepada rumah kami. Aku diam. Biarlah kalau emak tak sudi bermalam di sini. Aku rela.

" Oh, macam tu ke? Hotel mana mak duduk?"

Aku tak mahu menunjukkan rasa terkilanku di sini. Biarlah emak mahu menuturkan kata-kata sinis lagi sarcastik lagi.Aku tak mahu maruah suamiku dipijak-pijak. Sesungguhnya aku tak rela.

" Ala, hotel biasa-biasa saja. Tapi okay la dari rumah kecil kakak ni."

Emak menuturkan kata-kata yang bisa membuatkan aku tersentap. Aku kerling wajah Izwan. Tenang. Lantas dia mengekori langkah emak, abah dan Elin ke kereta. Khairul? Aku tak pasti apakah pandangannya terhadapku. Kasihankah dia kerana membiarkan aku berkahwin dengan lelaki miskin ini? Atau tertawa riang kerana melihat suamiku yang ternyata jauh kekurangan daripadanya.

" Mak, abah kalau ada masa datanglah lagi rumah kami ye."

Izwan cuba mengakhiri pertemuan itu dengan pelawaan. Aku melambaikan tangan ke arah mereka apabila kereta mereka berlalu dari rumah. Sebelah lagi tanganku memeluk pinggang suamiku.Aku cuba menyalurkan kekuatan di situ agar suamiku sentiasa tabah.

' Abang tabahkan hati. Apa pun yang terjadi saya tetap sayangkan abang.'

*****

Bersambung…

Preview next entri

" Sejak bila pindah sini?"

Emak bertanya. Aku meneruskan kerja menyediakan snek dan minuman untuk dihidang.

" Baru sebulan. Ni pun ada yang tak siap kemas lagi."

Aku sekadar menjawab apa yang perlu. Rasanya tak perlulah aku ceritakan semua hal rumah tanggaku kepada emak. Emak tak perlu tahu.

" Oh, Izwan tu kerja apa? Pelik mak tengok dia, dulu miskin sangat sekarang ni siap pakai kereta mewah lagi. Kakak tak syak apa-apa ke?"


 

Miskinkah cinta itu? Part 1

Friday, June 17, 2011

Aku hanya insan biasa yang tak mampu menyembunyikan wajah dukaku apabila kesedihan menjengah hatiku. Aku juga tak mampu berdiam diri apabila kau acuh tak acuh melayanku. Namun aku tabah jika itu takdirku. Sebuah kisah cinta tak semestinya berakhir dengan sempurna. Aku sedar hakikat itu. Salahkah aku kerana meminta kisah cinta kita juga berakhir dengan sempurna?

Aku hanya mampu memandang kau dari jauh. Tegarnya kau memilih dia. Mengapa dia? Mengapa adikku sendiri yang kau sunting buat menghiasi taman hatimu? Mengapa? Sedikit pun aku tak mengerti. Adakah aku yang salah?

" Kak, cantik tak baju Elin? Abang Khai yang pilih ni. Elin suka sangat. Tak sabar Elin nak hidup dengan abang Khai."

Elin menayangkan baju pengantin yang bakal disarung di badannya menjelang hari pernikahannya nanti.

Aku senyap. Tak mampu meneruskan kata-kata. Terfikir dek akalku untuk meraung dan merayu agar Elin tak meneruskan perkahwinannya dengan Khairul namun aku sedar, tak ada gunanya untuk berbuat demikian. Khairul sudah berubah hati. Apakan daya aku tak mampu menambat sekeping hati milik Khairul. Dalam hati, aku menangis.

Ya, aku tahu kumbang bukan seekor.Namun adakah yang sudi menghulurkan kasih kepadaku? Aku tak pasti.

*****

Aku memandang Khairul yang segak berbaju Melayu di hari pernikahannya. Ya, pasangannya adikku, Elin. Elin beria-iya ingin aku menjadi pengapitnya. Puas sudah aku menolak namun Elin degil dan mahu aku jadi pengapitnya. Sudah puas aku mencadangkan teman-teman rapatnya dan juga sepupu-sepupu kami namun dia tetap tak mahu. Atas pujukan emak, aku akur.

Dan aku di sini. Di atas pelamin yang indah namun aku bukanlah watak utama. Aku hanya pengapit. Alangkah indahnya jika aku yang bersanding. Wajah kelatku terselindung di sebalik senyumanku. Dapat kusaksikan Elin tersipu-sipu malu sambil menjeling ke arah Khairul. Aku sedih.

Dan di suatu sudut aku terpandangkan sesusuk tubuh yang aku amat kenali. Dia memandang aku tajam. Aku tahu dia marah kepadaku atas kebodohan aku yang terlalu mengikut telunjuk Khairul. Aku dipermainkan tanpa aku sedari. Betapa tak cerdiknya aku.

Usai majlis persandingan, aku terus menghilangkan diri di belakang rumah. Menolong apa yang patut. Tak sanggup melihat pasangan pengantin yang bahagia. Tahniah Khairul. Selamat pengantin baru.

*****

Aku menarik bagasi sebelum bersalaman dengan abah dan juga emak. Aku memandang ke arah jari-jemari adikku yang masih merah berinai. Di sisinya suami tercinta. Ya, aku juga harus menjauh dari cinta ini. Ini cinta terlarang.

" Cepatnya kakak nak balik KL. Mak ingat nak suruh kakak tolong adik siapkan barang untuk menyambut menantu nanti."

Emak sudah merungut kerana tiada yang sudi membantu apabila aku tiada nanti. Aku sekadar tersenyum. Abah menjeling aku. Aku tersenyum lagi.

" Tak menyempat-nyempat nak balik. Kalau iya pun, tunggu la sampai habis menyambut menantu dulu."

Abah sedikit terasa denganku. Aku hanya senyap.

" Maaflah abah, kakak memang ambil cuti sekejap je. Ni pun dah lama."

Aku terpaksa berbohong. Aku tak mahu berlama-lama di situ. Tak mahu sakit hati jika terus memandang pasangan pengantin.

Aku bersalaman dengan Elin dan berlalu ke arah kereta. Usai memasukkan bagasi ke dalam kereta, aku pun terus memandu pulang ke Kuala Lumpur.

'Selamat pengantin baru adik dan Khairul'

*****

Aku bekerja dan terus bekerja sehinggalah aku penat. Apabila aku menelefon ke rumah emak pasti akan bertanyakan mengenai jodohku. Aku runsing. Hati ini baru dikecewakan. Mana mungkin aku dapat menyembuhkannya dalam masa yang singkat ini. Lebih baik aku sendirian sahaja. Aku tak mampu mengutip cebisan hati yang sudah berkecai dek kerana Khairul. Biarlah aku sendiri. Aku lebih selesa begini.

Panggilan telefon dari emak membuatkan aku terkejut. Emak meminta aku pulang. Aku tak mahu jika emak ingin membincangkan perihal jodohku. Emak sebolehnya mahu aku segera keluar dari rumah itu barangkali.

" Mak, kakak tak sedia lagi. Biarlah kakak cari calon sendiri."

Aku beralasan dengan emak. Namun balasan dari mulut emak membuatkan aku terkedu.

" Ke kakak tunggu Khairul? Kakak kena ingat Khairul tu, suami Elin. Adik tu. Jangan nak malukan emak."

Bagaimana emak boleh mengetahui perihal aku dengan Khairul? Aku kurang pasti dari mana sumbernya.

" Mak, kakak takkan buat adik macam tu.Kakak sayangkan adik lebih dari diri kakak sendiri."

Aku menyangkal kata-kata emak. Tegarnya emak mengeluarkan kata-kata sebegitu kepadaku.

" Kalau macam tu, kenapa kakak tak nak kahwin lagi?"

Aku terdiam saat emak bertanya sedemikian kepadaku. Tak tahu apa jawapan yang harus aku berikan kepada emak.

"Kalau mak nak kakak balik, nanti kakak balik."

Aku mengalah akhirnya dengan emak. Kenapa aku sentiasa merasakan emak selalu membeza-bezakan kasih kepada aku dengan adikku? Seringkali aku terfikir, adakah tingkahku yang tak disenangi emak? Aku tak pasti.

*****

Aku pulang akhirnya ke rumah. Emak sudah bersiap sedia menyambutku dengan timbunan kerja rumah yang perlu aku langsaikan.

" Mak nak ke rumah sebelah. Kakak masak makan malam sekali ye."

Ujar emak tanpa mengambil kira perasaanku.

Bagasi yang baru aku letakkan di hadapan pintu rumah dikuis emak dengan kaki sehingga tergolek jatuh. Tersentap hatiku apabila melihat perbuatan emak. Namun aku cuba tidak mengambil hati dengan tingkah emak yang kadang-kala menyentap perasaanku. Tanpa aku sedari perbuatan emak tadi diperhati oleh Khairul. Aku jadi segan. Seburuk-buruk perangai emak, kalau boleh aku tak mahu ianya menjadi tatapan orang luar tak kiralah menantu atau jiran tetangga. Jadi aku diamkan sahaja dan berlalu masuk ke dalam rumah.

" Baru sampai?"

Khairul sekadar berbasa-basi denganku.

Aku mengangguk kecil. Tanganku ligat mengangkat barang-barang lain yang kubawa pulang dari Kuala Lumpur. Khairul ingin menghulurkan tangannya untuk membantu aku apa yang patut, namun aku tolak dengan baik. Tak sanggup aku menerima bantuannya lagi. Biarlah aku begini. Aku lebih rela.

Perlahan aku mengangkat bagasi ke bilik belakang yang berhampiran dengan dapur. Bilik yang aku diami dulu telah pun menjadi bilik Elin dan Khairul setiap kali mereka pulang ke rumah emak. Jadi aku tak punya pilihan selain berpindah ke bilik kecil yang dahulunya dihuni oleh pembantu rumah kami.

" Bersyukurlah selagi aku ada bilik. Jangan nak mengada-ngada."

Aku memberi amaran kepada diri sendiri.

Aku mandi dan bersiap untuk menyediakan makan malam. Tudung tetap kusarung ke kepalaku kerana kehadiran Khairul yang merupakan adik iparku. Pelik aku rasakan saat ini. Dulu aku berkasih dengannya dan kini, dia adik iparku. Memang pelik.

Lantas aku membuka peti sejuk dan mengeluarkan apa-apa yang patut untuk aku jadikan hidangan makan malam. Aku menjeling kalau-kalau Elin mahu menghulurkan bantuan namun kelibat Elin tetap tidak kelihatan. Aku hampa.

*****

    Usai makan malam, aku membasuh pinggan-mangkuk yang ada. Emak sudah membuka cerita mengenai kisah lelaki yang datang merisikku. Aku diam. Malas menjawab. Bukan apa, aku masih tak berminat untuk menukar status kepada puan selepas peristiwa tragis yang melanda hidupku dulu. Peristiwa di mana adikku disunting oleh kekasihku sendiri. Amat pedih amat sakit.

    Kebisuan aku tak mampu menutup mulut emak dari bercerita mengenai mengenai lelaki itu. Aku rasakan diriku umpama anak dara tua yang terdesak hendak kahwin. Setiap kata-kata emak membuatkan aku terasa seperti diriku ini terdesak hendak berlaki. Sayu hati aku.

    Khairul hanya memandangku dengan pandangan yang sukar aku mengerti. Aku sudah tekad, Khairul hanyalah masa silam. Haruskah aku terima sahaja sesiapa yang sudi memperisterikan diri ini?

    " Jadi kakak setuju tak ni? Mak ingat nak terima je. Lagipun budak tu baik orangnya.Kalau kakak tolak, agaknya tak berlakilah kakak sampai ke sudah."

Kata-kata emak membuatkan aku buntu.

    Dan akhirnya dengan berat hatinya aku terima pinangan itu walaupun hati ini berbelah bahagi. Biarlah mungkin kehadiran dia mampu meluputkan setiap kenangan aku dengan Khairul. Aku berserah.

    Emak tersenyum. Abah juga sama. Bagai terlepas bebanan besar dalam hidup mereka. Akukah beban itu? Jika aku ini dianggap beban, biarlah aku melakukan sedikit pengorbanan bagi meringankan beban emak dan abah. Aku tekad.

*****

    Majlis pernikahan aku dilakukan secara kecil-kecilan. Usai akad nikah hanya kenduri doa selamat sahaja diadakan. Ini semua atas permintaan emak. Emak tak mahu majlis besar-besaran. Aku akur. Namun jauh di sudut hatiku, perasaan terkilan itu tetap ada. Majlis perkahwinan Elin, emak sanggup berhabis sedangkan apabila tiba hari perkahwinan aku, emak mahu buat seringkas mungkin. Aku diam.

    Aku lihat lelaki yang sudah pun sah menjadi suamiku. Ya. Dia yang merenung tajam aku di hari persandingan adikku. Dia tahu kisah aku dengan Khairul. Dia tahu segalanya. Adakah dia mahu menjadi penyelamat? Sehingga kini, aku tak pasti asal usul dia. Semuanya rahsia.

    Yang aku tahu, dia bekerja sebagai dispatch di sebuah syarikat kecil di Kuala Lumpur. Aku tak pasti kerana perkenalan aku dengannya hanyalah kerana kebetulan. Dia berjanji menyimpan rahsia mengenai kisah silam aku dengan Khairul.


 

Usai kenduri doa selamat, suamiku, Izwan meminta diri untuk membawaku pulang ke Kuala Lumpur. Emak dengan senang hatinya membiarkan. Abah? Hanya diam. Dan baru aku tahu, emak tak kisah kalau keluarga Izwan tak membuat majlis menyambut menantu. Alangkah sedih hatiku apabila mengetahui hakikat itu.

Izwan membantuku mengemas pakaian yang patut kubawa ke rumahnya. Aku senyap. Aku memandang wajah Izwan. Dia lelaki yang misteri. Masih segar di ingatanku ketika aku berjumpa dengannya buat pertama kali. Saat itu, aku hampir dilanggar oleh sebuah kereta kerana mengejar Khairul yang sedang berjalan berdua-duaan dengan adikku ,Elin.

Dia menyelamatkan aku. Dan dia tahu semua kisah yang terjadi antara aku, elin dan khairul. Khairul hanya mendekati aku hanya kerana nak berkenalan dengan Elin. Tu yang pasti. Kadang kala aku terfikir adakah perasaan simpati membuatkan dia mengahwini diriku ini? Aku tak pasti.

*****

Bersambung….

Preview next entri

" mak dengan abah ingat nak tidur kat hotel je malam ni. Rumah kakak ni sempit sangat nak tidur."

Aku perhatikan riak wajah Izwan berubah. Tegarnya emak berkata demikian kepada rumah kami. Aku diam. Biarlah kalau emak tak sudi bermalam di sini. Aku rela.

" Oh, macam tu ke? Hotel mana mak duduk?"

Aku tak mahu menunjukkan rasa terkilanku di sini. Biarlah emak mahu menuturkan kata-kata sinis lagi sarcastic lagi.Aku tak mahu maruah suamiku dipijak-pijak. Sesungguhnya aku tak rela.

" Ala, hotel biasa-biasa saja. Tapi okay la dari rumah kecil kakak ni."

The chronicles of me 9

Wednesday, June 15, 2011

Aku sambung kembali kisah chatting aku dengan Isaac. Soalan Isaac memang buat aku terkedu. Yalah, selama ini tak pernah pula aku tengok dia ekstrem terhadap warna. Lainlah aku, kalau satu barang tu warna merah jambu, semua akan aku jadikan warna merah jambu. Warna tema la katakan. Hahaha..

Berbalik kepada soalan Isaac, warna kesukaannya? Aku terdiam sejenak waktu hendak menjawabnya. Aku cuba mengingati kembali warna yang selalu dipakainya apabila kami outing. Tiba-tiba, aku teringatkan dia selalu memakai baju yang berwarna oren atau kuning. Jadi dengan penuh keyakinanan, aku menjawab.

" Isaac suka warna kuning dan oren."

Aku tersenyum. Berjaya juga menjawab soalan yang tak pernah diajar oleh cikgu ni. Memang memerlukan pemerhatian dan pemikiran tahap tertinggi. Err.. yeke?

" Ok, well. Soalan seterusnya."

Isaac membuka bicara selepas aku menjawab soalannya dengan betul. Tiba-tiba aku berdebar semacam sahaja. Tak tahulah kenapa. Lelaki kan makhluk yang susah dijangka soalannya. Selalu buat keluar soalan random yang entah dari mana. Agaknya macam mana otak lelaki ini berfikir kan? Weird creature. Haha

" Isaac suka binatang apa?"

Oh ok. Dia suka binatang apa? Dinosour ke? Lelaki kan suka binatang yang ganas-ganas sikit. Lelaki. Teringat lagi waktu aku menemani sepupu-sepupu aku yang baru melangkah ke sekolah rendah. Binatang pertama yang mereka hendak lihat ialah buaya dan harimau. Kejap-kejap yang abang tarik aku tengok harimau. Kejap-kejap yang adik tarik aku tengok buaya. Penat betul nak ikut dua beradik ni. Budak-budak yang lasak. Akhirnya aku juga yang penat.

Oh, berbalik kepada soalan Isaac tadi. Binatang kesukaannya. Isaac kan lelaki, aku rasa dia mesti suka makhluk yang pelik-pelik sikit. Betul tak? Jadi dengan beraninya aku terus menjawab,

" Iguana. Betul tak?"

Pendek je jawapan balas dia,

" tak."

So, aku mencuba lagi.

" Harimau?"

Sebab sepupu aku suka harimau. Dia kata nak bela seekor letak depan rumah. Gantikan pak guard katanya . Kalau aku, singa lagi la versatil sebab aku suka tengok singa besar dalam cerita Narnia tu. Nak singa besar. Nak juga. Nak juga. Haha.

"Tak."

Dia balas. Pendek sahaja. Terasakah sebab aku tak bisa mengingati binatang kesukaannya. Jangan gatal-gatal nak merajuk sudah. Oh please, I tak ada masa nak pujuk. Haha. Maaf, tergedik pula.

" bagi hint boleh?"

Aku cuba buat-buat comel meminta dia memberikan talian hayat. Kot-kot la boleh aku jawab soalannya berbekalkan hint yang diberikan. Namun, kecomelan aku tak diterima. Sedihnya rasa.

"Zirafah? Bangau? Buaya?"

Kali ini bertalu-talu aku tanyakan soalan kepadanya. Aku buntu. Penat betul main soal-soal macam ni. Tiba-tiba dalam hati, aku mengutuk diri sendiri.

'Padan muka. Siapa suruh mulakan dulu. Kan dah kena.'

Dan kesemua jawapan aku masih lagi salah. Aku membaca barisan ayat yang tersusun cantik di skrin laptop aku. Ya, dari Isaac.

" Kenapa Alin tak sebut sahaja semua binatang yang ada kat zoo tu?"

Saat ,membaca sebaris ayat itu, aku rasa ada bau-bau kekecewaan ditambah pula dengan bau terkilan. Hebat betul hidung aku ni. Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa kucing sewaktu di bangku sekolah dahulu. Ya, that's it.

" Takkanlah Isaac tak suka binatang?"

Teragak-agak juga aku menaip patah-patah perkataan itu. Peristiwa kucing memang membantu aku. Terima kasih kucing.

" Betul. Isaac tak suka binatang."

Ada nada ceria saat aku baca sebaris ayat darinya. Lelaki memang payah difahami. Erm.. aku rasa aku perlukan KBKK yang tinggi. Pada pendapat aku, lelaki tak suka memberitahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Dia mahu aku tahu melalui perbuatannya. Well, siapa kata perempuan makhluk complicated? Rasanya lelaki lebih complicated kot. Dan dari situ aku tahu salah satu sifat lelaki iaitu dia mahu kita tahu sesuatu tentang diri mereka tanpa mereka beritahu.

The chronicles of me part 8

Saturday, June 11, 2011

Emel yang aku terima dari dia menyebabkan aku terkaku. Tak tahu hendak ketawa melonjak keriangan atau membuat muka pelik. Berulang-ulang kali aku baca emel itu. Memang sah dia. Emelnya ringkas sahaja dan bebunyi begini,

Salam, ini emel saya.Kalau ada apa-apa hal, helo saya kat sini ok. Hehehehe. Mengidam nak makan masakan awak. Haha
Aku perhatikan emel dia, hurm.. Isaac.new@gmail.com. Tak tahu aku hendak membalasnya. Agak lamalah juga, aku duduk termenung nak jawab apa. Bukan apa, ini pertama kali dia hantar emel kepadaku. Biasanya aku yang mulakan dulu. Erm.. almaklumlah aku kan jenis kurang malunya tapi bukan tak tahu malu tau.

Dah lama-lama tak berjumpa ini, kekok pula nak membalas emel. Segan pun ada. Entahlah. Lambat-lambat aku menaip patah-patah perkataan itu. Dan terhasillah emel yang sudah kuhantar ke alamat emel dia.

Wasalam, Huhu..Mengidam nak makan masakan saya ye. Haha, Kelakar la panjangnya alamat emel.. Huhu.

Aku pun tak pasti mengapa ada penggunaan huhu dan haha dalam emel itu. Expressing my feeling maybe. Dan sejak hari itu, kami saling berbalas emel. Ini berlanjutan sehinggalah aku terima panggilan telefon darinya.

" Helo?"

" Helo, Issac ni."

Aku bagaikan tak percaya itu suaranya.Garau dan tak melampau kalau aku katakan suaranya agak macho dan maskulin. Alah biasalah orang yang dah berkerja. Cepat matang kan? Dan dia agak terkejut apabila suaraku masih tak berubah. Aku pelik. Rasanya suaraku sedikit berubah lantaran sakit tekak yang aku alami saat itu.

Aku tergelak sedikit. Cuba mengawal suara. Dan kata-katanya selepas itu membuatkan aku terdiam dan terkedu. Macam-macam ter la katakan.

" Cara Alin gelak still sama macam dahulu."

Okay Alin itu merujuk kepada nama aku. Okay dia kata aku gelak still sama macam dulu? Pelik. Sebab aku dah lama aku tak ketemu dengannya. Rasanya selepas SPM, aku langsung tak berjumpa dengannya. Sudah hampir empat tahun dan dia masih mengingati cara gelakkan aku? Macam ada yang tak kena la pula.

" Eh, yeke Alin gelak macam ni dulu?"

Aku buat-buat Tanya betulkah aku gelak sedemikian rupa dulu. Erm.. rasanya dulu lagi sopan kot. Erm.. mungkin tidak. Haha. Dan yang paling mengagumkan aku mengenai si encik Isaac ni, dia akan ingat setiap apa yang aku suka. Pelik.. pelik..

Insiden itu berlaku apabila aku bersembang dengannya di ruangan maya yang popular tu, Facebook namanya. Usai memulakan ayat-ayat memanaskan enjin otak, aku dengan tak sengajanya memulakan sesi soal jawab terhangat di abad ini. Haha.. Ala-ala kisah pengakuan benar la ni. Eh. Tak.. tak.. ala-ala pop kuiz.

" Isaac, kita kan dah lama kawan kan."

Aku memulakan. Dia setuju dengan meletakkan simbol senyum di ruangan sembang facebook. Aku tahu dia sedang mengganggukkan kepala. Ala macam la aku tak tahu perangai dia ni. Haha.. pandai je kan.

"Sebabkan kita dah lama kawan, Alin nak tanya beberapa soalan cepu emas. Soalan ni, hanya kawan lama je yang boleh jawab tau."

" Apa dia?"

Isaac seakan-akan tak sabar dengan soalan yang bakal aku Tanya kepadanya. Aku senyum sendirian depan laptop di dalam hostel. Ya, teman sebilikku buat muka pelik. Erm. Aku pasti la, kalau dah sengih sorang-sorang, pastilah teman sebilik akan perasan kita ni pelik kan. Err.. aku harap perkara ni berlaku kepada semua orang.

" Kalau kita kawan, Isaac ingat tak warna kegemaran Alin."

Aku sahaja Tanya soalan macam tu. Biasanya lelaki normal takkan ingat warna kesukaan kawan baik dia tapi akan ingat kalau warna kegemaran awek dia.

" Pink, merah, hitam dan putih. Tapi major pink."

Yakinnya dia menjawab soalan tu. Sudahlah tepat. Terkedu aku dibuatnya. Dia ingat? Aku seperti hendak perasan yang dia syok kat aku tapi tak boleh.. tak boleh.. diakan skandal aku saja. Mana boleh jadi kekasih?

" Okay,betul. Erm.. soalan seterusnya. Alin suka binatang apa?"

" Kucing."

Soalan ni aku pasti dia tak tahu jawab. Namun sangkaanku meleset apabila dia menjawab dengan tepat, cepat dan betul. Argggh.. Tidakkk.. Betul ke ni? Atau aku hanya bermimpi sahaja. Tak puas hati aku tujukan banyak soalan yang mencabar lagi.

"Subjek yang Alin paling suka kat sekolah dulu?"

" Kimia, tak suka math dan paling alergi dengan add math dan biologi."

Dan semua soalan yang aku berikan dia boleh jawab dengan tepat dan betul. Malah details gitu. Aku suspek dia ada pengintip ni. Firasat aku sentiasa betul. Cehcehceh.

Dan usai bertanya-tanyaan. Kami menukar tempat. Kali ini dia bertanya dan aku jawab. Soalannya agak kejam dan hurm.. aku tak tahu nak ceritakan macam mana.

" Kalau Alin betul kawan Isaac, cuba cerita Isaac suka warna apa?"

Pap! Bagaikan kepala aku diketuk dengan penyapu. Haha. Err…warna apa ye yang dia suka? Dan dari situ aku sedar, yang aku langsung tak ambil tahu apa kesukaannya. Betulkah perempuan selalu mahu setiap perkara mengenai dirinya diingati lelaki namun dia tak pula mengingati? Betul ke? Tiba-tiba aku rasakan fakta itu ada betulnya .