Followers

Siapakah kekasih hatiku? 18

Wednesday, February 1, 2012
BAB 18
AKU menegur Alan. Perlahan. Aku takut menganggu lamunannya dengan kehadiranku. Alan berpaling ke arahku. Sudah seminggu arwah Riana pergi dari hidup kami namun Alan masih tidak dapat menerima kenyataan atas pemergian arwah Riana. Aku mengambil tempat di sebelah Alan. Tangan kuletakkan di atas pehanya. Dia agak terkejut. Namun, kali ini tanganku tidak lagi ditepis.
“Alan, Tia nak cakap sesuatu ni.”
Aku mula bersuara. Alan memalingkan wajahnya ke arahku. Aku menarik nafas sedalamnya. Aku tak pasti adakah wajar aku menuturkan perkara ini, namun sampai bila aku harus begini? Aku mahu teruskan kehidupan yang normal. Punya seseorang yang sudi menerima diriku seadanya. Aku menarik nafas sedalamnya. Cuba mengumpul sisa-sisa kekuatan yang ada. Alan masih menungguku untuk bersuara.
“Alan, Tia rasa dah masanya Tia pergi dari hidup Alan.”
Aku menarik tanganku dari atas pehanya namun tersekat. Kulihat tanganku sudah berada dalam gengaman Alan.
“Kenapa baru sekarang Tia nak pergi?”
Alan mula bersuara. Perlahan dan sayu bunyinya. Aku tergamam. Adakah dia tak membenarkan aku berlalu dari hidupnya?
“Alan, please. Jangan buat Tia rasa bersalah macam ni.”
Aku mengharapkan pengertian Alan.
“Boleh tak Tia, bagi Alan sedikit masa?”
Permintaan Alan membuatkan aku senyap. Aku buntu.
Aku memandang Alan.  Tiba-tiba alan menarikku ke dalam pelukannya. Aku kaku. Kejap pelukannya sehinggakan aku tak mampu bergerak. Kurasakan cecair hangat mengalir menuruni pipiku.
“Maafkan Alan. Alan selalu buat Tia sakit.”  
Entah mengapa laju sahaja air mataku mengalir. Perlahan aku merenggangkan pelukan. Kutatap wajah Alan. Merah matanya menahan tangis.
“Sudahlah, Tia nak masuk dulu. Alan tak nak masuk lagi ke? Sejuk kat luar ni.”
Aku bangun dari dudukku. Alan kubiarkan sendirian di bangku luar rumah. Biarlah dia melayan perasaan sendirian. Aku tak mahu menganggu dirinya.
*****
TENGKU Riana Hafiza. Itu nama puteri yang dilahirkan Riana. Aku memerhatikan anak tiriku yang sedang lena di dalam inkubator. Kasihan dia, kecil-kecil sudah menjadi yatim. Aku memerhatikan dia, comel sungguh. Persis ibunya.  Wajah jelita ibunya akan diwarisi oleh puterinya ini.
“Comel kan dia.”
 Terasa dekat suara itu kedengaran di telingaku. Aku menoleh. Alan.
“Hmm... comel macam arwah maknya.”
 Aku mengiyakan. Alan memegang tanganku. Aku memandang Alan. Pelik dengan sikapnya. Kulihat wajahnya sedikit tak terurus. Misai dan jambang sudah mulai meliar di wajahnya.
“Boleh tak Tia jadi ibu kepada Tengku Riana Hafiza? Dia perlukan kasih sayang seorang ibu.”
Wajah Alan begitu mengharap. Aku senyap. Aku mahu melangkah keluar dari hidupnya. Aku tak mahu lagi menderita.
“Bagi Alan, Tia cuma boleh jadi ibu je kan. Tak boleh jadi isteri?”
Aku meluahkan apa yang aku pendam. Alan senyap. Aku meminta sebuah jawapan daripada Alan. Layakkah aku menjadi isterinya? Aku hanya layak menjadi ibu tiri kepada anaknya, bukan isteri atau lebih tepat sebagai pengasuh.
“Maafkan Alan. Alan akan cuba terima Tia. Cuma Alan minta Tia jadi ibu anak Alan.” Mudahnya Alan menuturkan kata-kata. Aku memandang wajah Alan.
“Maaf. Tia tak  mampu nak teruskan kehidupan dengan seseorang yang tak hargai Tia.”
 Aku meluahkan rasa yang dipendam.
“Tia, demi anak ini. Bolehkan Tia berikan sedikit kasih sayang padanya? Alan merayu pada tia.”
 Aku senyap. Lantas Alan kutinggalkan termangu-mangu di hospital. Demi anak, Alan sanggup menerima aku kembali. Aku pasti dia bukanlah ikhlas menerima aku sebagai isteri, dia cuma mahu aku menjaga anaknya. Dia tak mahu anaknya kehilangan kasih saying seorang ibu.
‘Adakah aku dipergunakan lagi?’
*****
SUARA rayuan Alan masih terngiang-ngiang di telingaku. Entah mengapa kasih sayangku sudah tumpah pada si kecil itu. Aku sayangkan anak itu namun ego dan rasa sakit hati aku mengatasinya. Aku mahu menjadi seorang ibu walaupun aku tak pernah menjadi seorang isteri. Aku mahu merasai pengalaman seorang ibu. Punya si kecil untuk dilayani dan dimanjai.
‘Apa yang harus aku lakukan sekarang?’
Aku mengeluh. Aku cukup tak sukakan perasaan bersalah ini. barang-barang yang sudah aku kemaskan kupandang sepi. Jika dulu beria-ria aku mahu mengusung barang-barang itu keluar dari rumah ini. Beria-ria mahu menghayun kaki melangkah keluar dari rumah ini namun kini, hatiku berbelah bahagi.
“Tia tak tidur lagi?”
Alan mendekati aku. Aku senyum walaupun hambar. Alan duduk di sebelahku. Aku sedikit mengesot  menjauh darinya.
“Tia tengah fikirkan permintaan Alan hari tu.”
 Aku menjawab jujur. Alan seakan berminat dengan bait-bait seterusnya. Aku menarik nafas. Dan kuhembuskan perlahan-lahan.
“Tia rasa Tia boleh jaga Iza tapi Tia harap Alan boleh terima Tia dalam hidup Alan.”
Alan memeluk aku. Dia kelihatan gembira dengan jawapan yang aku berikan. Padahal dalam hati aku, mengharapkan sedikit ruang untuknya menerima diriku ini.
“Terima kasih. Alan akan hargai Tia. Tia jangan tinggalkan kami.”
 Alan mengeratkan pelukan. Aku sebak. Adakah pengorbanan aku ini dihargai? Aku harap akan muncul kebahagiaan buatku.
*****
AKU berulang alik ke hospital. Ingin menjenguk si kecil, Iza. Dia masih lagi ditempatkan di dalam inkubator.  Alan sudah mula ke pejabat setelah dua minggu meninggalkan pejabat.  Sedang aku berjalan keluar dari hospital aku terlanggar seseorang.
“Maaf encik. Saya tak sengaja.”
Aku membetul-betulkan baju aku dan mengutip barang yang berterabur di atas lantai. Namun tanganku kaku apabila memandang seraut wajah itu. Fairuz?
“Tia, lama tak nampak. Buat apa kat sini?”
Aku tersenyum mendengar sapaan itu. Fairuz masih lagi gembira macam dulu. Ramah walau pun ada kalanya menjengkelkan.
“Tengok anak sekejap. Fairuz buat apa kat sini? Tengok anak juga ke?” ramah aku menyapa.Fairuz tersenyum bahagia.
“Tengok anak kedua. Eh, kau ni tak macam orang baru lepas bersalin pun,”  seloroh Fairuz.
‘Memang la. Dah bukan aku yang bersalin. Aku ni mak tiri je .’
Namun tak terluah perkataan itu dari bibirku. Aku tersenyum.
“Ish kau ni. Dah jadi bapak orang pun perangai tak matang. Sudahlah, aku nak pergi ni, nak uruskan perkara lain pula.”
Aku cuba mengalih topik. Sebetulnya aku tak mahu dia tahu kisah sedih hidupku setelah ditinggalkannya dulu. Aku mahu jadi wanita kuat.
“Tia, aku tahu pasal tu.”
Kakiku yang baru hendak melangkah pergi dari Fairuz terhenti kala ayat itu dituturkan. Aku berpaling ke arah Fairuz. Bagaikan tak percaya. Selama ini aku cuba sedaya-upaya menutup kepincangan rumah tanggaku di mata masyarakat. Aku tak mahu orang ramai menganggap suamiku jahat. Aku mahu menjaga aib suamiku.
“Apa yang Fairuz tahu?”
Aku tertanya-tanya. Fairuz tersenyum. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Sesekali matanya memandang ke arah bayi-bayi yang berada di dalam inkubator.
“Rumah tangga kau yang tak aman,” jawab fairuz. Aku terkedu.
‘Ya Allah. Macam mana dia tahu?’
*****

P/s: Sambungan yang sedikit pendek. Maafkan Hazel sebab lambat post. ^^v

5 comments:

  1. Anonymous said...:

    Harap Tia bulatkn tekad utk tigglkn Alan bt pa mgharap pd yg x sudi.Klau nk org jga ank dia cari je la pengasuh.Mgkin masih da kebahagiaan wat Tia dluar sna.

  1. zm said...:

    first sya nk minta maaf, coz sya nk ktuk tia taw, bknnye cik writer ok... sya rsa tia ni amatlh bodoh, begitu senang dia maafkn alan, bkn ker dia dh btekad nk bpisah dgn alan. dia x ingat ker brapa bnyak air mata yg dh jtuh demi alan, btul tu, kalo nk jaga baby baik cari pngasuh, pergh suami dia ni memang x guna, xder yg dsana baru gediks nk tia blik, bgitu senang alan dmaafkn, nanti lgi mlampau la. sya memang xska pompuan lemah mcm tia ni, sorry ok. dah la alan tu xsudi dkt dia. just pandangan sya jer....

  1. Zawani: Kadang-kadang bila berkait dengan soal hati dengan perasaan, susah nak jangka. Lagi satu, Hazel buatkan Tia terima Alan kerana ehsan sahaja. Rasa belas kepada anak kecil itu...
    Sabar ya, cerita ini masih belum tamat...Hazel janjikan kejutan di akhir cerita ini.
    Terima kasih sudi komen...

  1. Anonymous said...:

    Baca citer ni buatkan darah naik dan
    sakit hati. Alan mementingkan diri sendiri sanggup menebalkan muka... memujuk Tia supaya menerima dia 2 beranak setelah kematian isteri kesayangannya...yg Tia pula sanggup dirinya dipergunakan... tak serik2 dirinya tidak dihargai...selepas ni apa pula yg bakal berlaku.
    Mungkin endingnya dia akan bahagia seperti kata Hazel ...tapi sebelum tu tentu banyak rintangan yg akan Tia hadapi...harap2 jadikan Tia seorang yg cekal dan tabah dan Alan rasa bersalah diatas kebaikan Tia.

    ~ kak min ~

  1. hamidah said...:

    sama je mcm ceta yg dulu tak de yg berubah pun, tia tetap dipergunakan oleh allan dan keluargannya,tia terang2 dah dibuang tp still nak allan jugak, terfikir juga ada ke peremp yg mcm tia, klu sy, sy tak nak,sbb ini mengenai maruah diri,klu mintak tolong jaga anak tu bolehla,sbb kesian