BAB 25
BAJU, seluar, barang mandian, telefon bimbit, lampu
suluh, selipar,kain sembahyang dan akhir sekali mekap. Sudah siap. Aku menutup
rapat bagasi aku.
‘Eh kejap, kenapa aku bawak lampu suluh pulak? Bukan nak
pergi camping pun.’
Aku kembali membuka bagasiku dan mengeluarkan lampu
suluh. Kemudian ,aku kembali menutupnya. Seketika kemudian aku terfikir lagi.
‘Tapi kalau emergency
macam mane? Life is unpredictable
kan.’
Aku kembali membuka dan meletakkan lampu suluh kembali ke
dalam bagasi. Aku terus mengangkat bagasiku ke ruang tamu. Dengan kepayahan dan
iltizam yang tinggi, aku berjaya sampai di ruang tamu dengan bagasi yang
sebesar alam. Kelibat Alan di luar rumah seakan-akan memanggil aku untuk
menjenguk. Alan kulihat sedang memunggah barang ke dalam kereta.
‘Banyak juga barang pak cik ni.’
Aku mengumpat di dalam hati. Tangan Alan yang tangkas
memunggah barang terhenti apabila menyedari aku di sisi. Dia tersenyum. Aku tak
sangka kesudahannya akan begini. Kalau dahulu, pergi berbulan madu dengan Alan
adalah mustahil untuk diimpikan namun sekarang ia menjadi realiti. Berkat
kesabaran aku.
“Tia? Fikir apa tu? Cepat la masuk kereta. Kita dah
lambat ni.”
Alan mengoncangkan
bahu aku apabila aku sedang terawang-awang berfikir sampai ke London. Aku
tersenyum. Cuba menutup malu yang bertandang.
“Abang nak bawa Tia pergi mana ni? Tak sabar la.”
Aku bertanya. Cuba
untuk menghilangkan kesunyian. Alan tersenyum sedikit. Dia masih lagi
menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. Aku pula masih menanti
jawapannya. Kadangkala aku tak pandai meneka fikiran Alan. Dia terlalu misteri.
Kereta yang dipandu Alan akhirnya berhenti di Petronas.
Sangkaku dia ingin mengisi minyak namun ternyata sangkaanku meleset apabila dia
berhentikan kereta berhampiran dengan Petronas.
“Kenapa abang berhenti kat sini? Nak pergi toilet ke?”
Aku bertanya. Alan senyap. Dia berlalu tanpa terlebih
dahulu menjawab soalanku. Runsing aku memikirkan telatah suami aku ni. Seketika
kemudian dia kembali ke dalam kereta dengan membawa dua beg plastik penuh
dengan makanan ringan. Aku terlopong.
‘Kuat makan rupanya suami aku ni. Tapi badan still maintain. Tak nampak pun perut
buncit.’
Aku berkira-kira
sendiri dalam hati. Alan memandangku pelik.
“Mengumpat abang ye.”
Perlahan Alan menuturkannya sebelum enjin kereta
dihidupkan. Senyuman yang baru hendak mekar terus layu.
“Tia tak bermaksud macam tu. Tia cuma pelik, abang beli
makanan banyak sangat. Kita nak ke mana ni abang?” Aku mahukan jawapan. Namun Alan tak mengendahkan pertanyaan aku. Sudahlah
pertanyaanku tak terjawab, disuruhnya aku membukakan snek twisties untuknya.
“Adalah. Kalau bagitau tak best la pulak. Tia duduk
diam-diam and makan twisties tu ok.”
Tangan Alan menyeluk plastik snek twisties dan
memasukkannya ke dalam mulut. Terserlah
sifat keanak-anakkan Alan. Terliur pula aku melihatnya dan tanpa aku sedari
tanganku sudah memainkan peranan menyumbat twisties ke dalam mulut. Sedap dan
terasa nikmatnya.
*****
AKU kini sedang terbaring di atas katil. Terasa nikmatnya
setelah berjam-jam lamanya di dalam kereta. Sepanjang perjalanan ke sini aku
berjaga. Bagasiku diangkat dengan rela hati oleh Alan. Aku kini berada di salah
satu tempat peranginan yang tak pernah aku sangkakan langsung untuk berbulan
madu. Aku berguling-guling di atas katil yang empuk. Walaupun agak lapar namun
kepenatan aku mengatasi segalanya.
Alan sedang membersihkan diri. Sengaja dia biarkan aku
merasmikan katil sendirian. Aku bangun dari katil dan memandang ke luar
balkoni. Sengaja Alan memilih bilik yang menghadap laut. aku sukakannya. Sejak
bergraduat dari universiti, aku jarang ke pantai. Tanpa aku sedar jiwaku sudah
sebati dengan pantai. Perkahwinan dengan Alan membuatkanku lupa pada
pantai. Sudah lama aku tak menikmati
hembusan bayu dari pantai. Tanpa aku sedari tangan Alan sudah melingkari
pinggangku. Bau mandiannya menusuk hidungku. Segar. Aku hanya membiarkan malah aku selesa
diperlakukan begitu.
“Sayang, tak nak mandi ke?” Alan menegurku. Aku sedikit
tersentak. Baru sahaja hendak bermanja-manja, aku sudah disuruh mandi. Kacau mood betul. Alan tersenyum melihat
mulutku yang sudah panjang muncungnya.
“Ok, Tia mandi sekarang. Lepas tu kita pergi makan ye.
Lapar la.” Aku melonggarkan pelukannya dan berlalu ke bilik mandi. Alan tersenyum sedikit.
“Jangan bersiram lama-lama sangat tuan puteri. Kita nak
pergi makan malam selepas ini,” laung Alan mengingatkan aku mengenai makan
malam dengannya malam ini.
Pada hematku, pasti malam ini merupakan makan malam yang
romantik. Makan malam pertama di resort yang indah ini.
*****
AKU kini duduk bertentangan dengan Alan. Makanan yang
tersusun indah di atas meja kuperhatikan satu persatu. Sedap dan menyelerakan.
Alan memilih untuk makan di dalam bilik. Dia inginkan privasi. Tak mahu
mata-mata memandang diriku. Pelik kan sikap Alan. Lagipun badanku hanya
tersarung gaun separas lutut daripada kain satin. Rambutku sengaja aku
lepaskan. Kami mula makan dengan alunan lagu-lagu romantis. Bagaikan dalam
novel pula suasananya.
“Abang? Kenapa abang pilih tempat ni?”
Aku bertanya setelah diam beberapa ketika. Alan
meletakkan sudu dangarfunya. Matanya memandang ke arah aku.
“Sebab Tia suka pantai. Dan abang nak abadikan kenangan
kita di pantai.”
Tenang Alan menuturkannya. Penuh romantis.
“Thanks. Tia
tak tahu nak cakap apa.”
Aku menguis-nguis makananku. Terharu. Alan memegang
tanganku. Mengusapnya agar aku tak merembeskan sejenis cecair yang dipanggil
air mata.
“Sudahlah, jom makan. Lepas tu kita ambil angin kat
luar.”
Alan menggesa aku makan. Aku hanya mengikut. Makan malam
romantik berterusan sehingga kami menghabiskan hidangan itu. Sedap dan senyuman
manis Alan menambahkan lagi keenakan makanan yang terhidang di atas meja.
‘Honeymoon,
memang manis dan indah.’
*****
AKU berjalan sambil berpegangan tangan dengan Alan.
Sesekali kepala aku dilentokkan di bahunya. Bohonglah kalau aku katakan tak
bahagia saat ini. Aku bersyukur kerana kesabaranku membuahkan hasil. Aku gembira
apabila perhatian Alan tumpah padaku.
Alan membawaku menyusuri pantai. Sejuk dan dingin malam ini. Mujurlah
kawasan pantai ini terang dengan lampu-lampu. Maklumlah inikan kawasan
peranginan. Lantas Alan menarikku ke arah satu bangku.
“Kita duduk kat sini dulu.”
Alan mengarahkan aku untuk duduk di sebelahnya. Kemudian,
dia menarik aku rapat ke arahnya. Berkongsi haba di sebalik kedinginan malam.
“Tia, cintakan abang.”
Sengaja aku bertutur demikian. Aku mahukan kepastian. Alan
senyap. Dia tersenyum. Lama dia senyap. Kami melayan perasaan sehinggalah Alan
menghulurkan kotak baldu berbentuk hati kepadaku. Aku tergamam.
“Abang nak bagi ni pada Tia.”
Alan menuturkannya. Perlahan dia membuka kotak itu dan
mengeluarkan sebentuk cincin. Aku kenal
cincin itu. Masakan aku boleh lupa cincin yang telah kupulangkan kepada Alan
dulu.
Tangan aku diraih dan cincin itu disarung ke jari
manisku. Aku terharu. Sudah sekian lama cincin ini tak tersarung ke jari
manisku. Pandanganku kian kabur dek air mata berkumpul di kolam mataku.
“Tia? Kenapa menangis? Abang ada sakitkan Tia ke?”
Pertanyaaan Alan membuatkan air mataku mengalir laju. Aku
tak sedih. Aku Cuma terharu dengan sikap Alan yang banyak berubah. Aku rasakan
cintaku padanya semakin mendalam.
“Tak, Tia cuma terharu.”
Aku membenamkan mukaku ke dadanya. Kami melayan perasaan
sehinggalah Alan mengajakku pulang bila kesejukkan menggigit badan kami.
“Jom pulang. Abang dah mengantuk ni.”
Alan bangun.
Tanganku diraih untuk bangun dari bangku. Aku juga penat. Perlahan tangan Alan
melingkari pinggangku. Kami berjalan pulang ke hotel. Aku mahu tidur nyenyak
malam ini bertemankan Alan.
*****
AKU tersedar dari tidur. Alan kulihat masih lagi nyenyak
tidur. Perlahan aku menyentuh cincin yang disarungkan Alan semalam. Aku
tersenyum. Aku merapatkan badan ke arah Alan. Aku memeluknya. Lagipun masih
lagi awal. Aku masih mahu bermalas-malasan atas katil. Hari ini aku akan menjalankan
aktiviti bulan madu kami. Alan sudah merancang perjalanan kami sepanjang di
Lumut, Perak. Segalanya sudah diatur.
Tanganku menyentuh rambut yang berjuntaian di dahinya.
Sesekali jariku bermain di hidung, pipi dan bibirnya. Alan bergerak sedikit.
Aku tergelak. Lucu betul Alan tidur.
“Tia, jangan main-main. Abang nak tidur ni.”
Alan
mengucapkannya walaupun dengan mata yang tertutup. Aku terkejut. Sangkanya Alan
tak sedar dengan perbuatannya. Namun ternyata dia silap.
“Ok. Tia tidur.”
Aku berpaling dari menghadap tubuhnya. Tangan Alan
memaksaku untuk berpaling ke arahnya kembali.
Aku lihat matanya sudah dibuka. Dia merenungku lembut. Perlahan dia
menarikku untuk tidur dalam pelukannya. Tanganku diletakkan di atas pinggangnya
tanda dirinya juga ingin dipeluk.
“Abang nak bawa sayang jalan-jalan siang nanti. Sayang
bagi abang rehat okay. Penat drive pun tak abis lagi ni.”
Alan meminta simpati kepadaku. Aku mengusap wajahnya.
Lantas mata yang kuyu tadi kembali dipejam rapat. Dan aku pun turut terlena sekali.
‘Andai ini mimpi, aku ingin terus hanyut dalam mimpi ini
selamanya.’
P/s: Selamat membaca semua. :) Terima kasih kerana sudi membaca karya Hazel. :)