BAB 23
RIAK wajah Alan
yang serius membuatkan aku pelik. Aku kurang jelas mengapa harus Shah
mengatakan dia adalah sepupu Alan sedangkan dia tidak? Ini menimbulkan
kemusykilan kepada diriku. Perlahan aku menutup album dan bergerak menuju ke
dapur. Alan? Aku pun tak tahu ke mana dia menghilang. Album-album yang terletak
di atas sofa kubiarkan dulu. Tekakku terasa haus. Kaki kuhalakan ke ruang dapur
dan aku terpaku di situ melihat Alan yang sedang memakai apron merah jambu
milikku.
“Abang
buat apa ni?”
Aku
bertanya hairan. Alan kulihat sedang terkial-kial memotong lobak merah. Alan
tersengih memandangku. Pergerakkan tangannya terhenti apabila langkahku semakin
menghampirinya.
‘Ish
kenapa aku rasa Alan ni seksi sangat bila dia pakai apron merah jambu ni. Hish!
tumpukan perhatian Tia.’
Fikiranku
mula menerawang ke tempat lain. Sejak
aku mengenali Alan, aku menjadi lebih kuat berangan dan mengelamun. Memang tak
baik untuk kesihatan.
“Abang
nak masak. Tadi abang tengok Tia macam tak sihat je. Jadi abang ingat nak ringankan beban Tia.”
Alan
menerangkan. Aku tersenyum sedikit. Sejak dua menjak ini, Alan kerap mengambil
hati aku. Yalah, mungkin rasa bersalah kerana selalu menyakitkan hati aku masih
lagi bersarang di hatinya. Ini tekaan aku sahaja. Apa yang sebetulnya, yang
berada dalam hatinya, aku tak berapa pasti.
“Abang
ni, buat susah-susah je. Kan bagus
kalau kita makan je kat luar.”
Aku memberi cadangan. Kasihan aku melihat alan
terkial-kial memasak di dapur. Nampak benar tak pernah ke dapur. Kadangkala aku
terfikir, macam manalah dia boleh menjadi pemilik restoran high class? Masak pun tak pandai.
“Takpe, abang boleh masak la. Tia duduk kat
luar je la. Biar abang tunjukkan kehandalan abang memasak hari ni.”
Berkeyakinan
sungguh suamiku ini. Aku hanya membiarkan Alan dengan semangatnya. Kakiku
melangkah ke peti ais jus oren kukeluarkan dan kutuang ke dalam gelas. Lantas
aku berlalu ke ruang tamu sambil membawa jus oren. Alan kulihat masih lagi
berusaha menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak. Teringin juga merasa air tangan
suami sendiri.
‘Agaknya
apa yang Alan masak? Tak sabarnya hendak merasa air tangan suami.’
*****
KEDENGARAN bunyi
bising di dapur. Rasanya bagai hendak meletup dapur dikerjakannya.
Sekali-sekala jeritan Alan kedengaran dari dapur menanyakan barang-barang
dapur. Dan aku pula hanya menikmati jus oren yang masih bersisa sambil menonton
televisyen. Bahagianya rasa jika begini hari-hari. Seketika kemudian, tiada
lagi kedengaran bunyi bising di dapur. aku naik hairan.
‘Jangan-jangan
Alan ni dah putus asa kot nak masak.’
Aku
membuat spekulasi sendiri. baru sahaja aku ingin menuju ke dapur, Alan sudah
berada di hadapanku. Segera dia mengarahkan aku untuk naik ke bilik tidur.
“La abang ni kenapa? Kan kita nak makan,
buat apa nak naik kat bilik?”
Aku
pelik. Alan hanya menarik tanganku dan
aku menurut. Setibanya di bilik, Alan mengarahkan aku mandi dan bersiap. Aku
tak pasti mengapa.
‘Mesti
dia masak tak jadi ni. sebab tu suruh aku bersiap. Alahai nampaknya tak merasa la air tangan Alan ni. Kempunan aku.’
Aku
mengomel sendirian.
Lama
juga aku berada di bilik air. Apabila aku selesai bersiram, gaun labuh paras
lutut berwarna merah jambu sudah berada di atas katil bersama sekeping kad di
atasnya.
‘Lovely dress for my lovely wife’
Aku
tersenyum. Lantas tanpa ragu-ragu gaun itu ku sarungkan ke badanku. Bukaan luas
di bahu membuatkan aku rasa sedikit seksi.
‘Amboi,
baju ni betul-betul padan dengan aku. pandai betul Alan carikan.’
Aku
tersenyum sambil mengaya-gayakan gaun di depan cermin. Rambutku yang lurus kubiarkan
mengurai begitu. Hanya solekan nipis kukenakan ke wajah. Setelah yakin dengan
penampilanku, aku turun ke bawah. Alan sudah menungguku di bawah dengan
senyuman meleret. Matanya tak habis-habis menyorot ke arahku.
“Cantiknya
isteri abang. Kalau keluar rumah, jangan pakai macam ni tau. Abang cemburu
tau.”
Kata-kata
Alan disambut dengan tawaku. Tapak tanganku digenggam. Aku memerhatikan
penampilan Alan. Agak formal dengan kemeja merah jambu lembut dan berseluar
slack. Lengan bajunya dilipat sehingga ke siku. Rambut Alan sengaja dipacakkan.
Bertambah kacak pula aku lihat. Aku dipimpin ke meja makan. Pelik betul Alan.
‘Laki
aku ni buang tabiat ke ape? Ade ke tengah-tengah hari buta ni buat candle light lunch? Cuma tarik langsir bagi rumah
gelap and then pasang lilin kat meja
makan.’
Aku
menggeleng-gelengkan kepala. Kerusi ditarik Alan dan aku melabuhkan punggung.
Tawa yang kutahan terhambur apabila Alan sudah mengambil tempatnya di
hadapanku.
“Kenapa
sayang ketawa? Teruk sangat ke masakan abang?”
Alan
bingung. Masakan tengah hari yang dihidangkan di atas meja dibelek. Mencari apa
sebabnya yang membuatkan aku ketawa.
“Taklah.
Bukan sebab makanan abang tapi abang ni yang pelik. Orang buat makan candle light ni malam tau. Baru romantik. Ni abang buat dah la
tengah hari buta. Abang tahu tak sekarang ni pukul berape? Pukul 2 petang tau.”
Kataku
dengan muka yang sudah lenguh ketawa.
Alan tersenyum. tangannya sudah memotong chicken chop yang dimasaknya tadi kepada ketulan-ketulan kecil.
“Yeke?
Ala apa salahnya kalau kita buat kelainan? Makan tengah hari dengan lilin? Kan
boleh cerita kat anak-anak kita nanti.”
Tawaku
semakin reda apabila Alan menjawab. Pandai benar mengarut.
‘Betul
jugak kata Alan. Kelainan kan bagus.’ Aku senyum meleret.
Mataku
dihalakan ke arah hidangan tengah hari kami. Chicken chop dengan sos cendawan dan disertakan dengan sayur
brokoli, lobak merah dan kobis bunga yang digoreng dengan bawang putih ataupun
dalam istilah memasaknya sauteƩ
vegetables. Kemudian aku beralih ke arah kentang yang dibungkus dengan
kertas aluminium. Seperti pernah kulihat masakan ini tapi dimana?
“Abang
ni kan baked jacketted potato kan?
Macam kat restoran papa.”
Aku
mencuit sedikit kentang itu dan kusuakan ke dalam mulutku. Memang rasanya sama.
Alan tergelak. Kemudian aku memotong sedikit ayam dan kusuakan ke dalam mulut.
Memang sama.
‘Takkanlah
betul abang masak ni? Memang sama dengan dengan chef yang masak kat restoran
papa.’
Aku
mencurigai Alan. Alan sudah tertahan-tahan tawanya.
“Abang
ke chef kat restoran papa yang masak ni?”
Pertanyaan
aku dijawab dengan sengihan yang panjang.
“Alah,
tadi abang try masak tapi last-last tak jadi. So, abang call chef suruh
dia siapkan chicken chop dan suruh driver papa hantarkan kat sini waktu
sayang bersiap tadi. bijak tak abang?”
Alan
membuka pekung di dada. Aku melopong. Bijak betul suamiku ini. Tak sangka
sungguh.
‘Kan
aku dah kata, kempunan jugak la nak rasa air tangan suami ni.’
Aku meneruskan kunyahanku perlahan-lahan.
Alan tersengih bak kerang busuk sambil menutup malu.
*****
SELESAI makan,
seperti biasa aku dan Alan sudah pun mengambil tempat di depan televisyen. Oleh
kerana hari ini aku memakai gaun, pergerakkan aku agak terbatas. Yalah, takut
gaun paras lutut tu terselak pula nanti. Alan menggosok perutnya.
‘Dah
kenyang sangat la tu sampai gosok-gosok perut.’
Aku menghalakan kembali pandangan mataku ke
arah televisyen. Mataku terasa berat dan berat dan akhirnya pandanganku sudah
gelap gelita.
Apabila
aku sedar, aku dapati aku sudah berada di atas katil. Tangan Alan sedang
melingkari pinggangku. Aku berpaling ke arah Alan. Wajah kacaknya aku tenung.
Rambutnya masih terpacak. Entah mengapa tanganku menyentuh wajahnya.
‘Kenapa
Shah nak mengaku Alan ni sepupu dia? Shah ada agenda lain ke? Dia selalu nak
aku bercerai dengan Alan.’
Aku
musykil dengan tindak-tanduk Shah. Aku risau jika dia punya niat tak baik
terhadap Alan. Bagaimana jika benar Shah ada dendam dengan Alan? Aku tak mahu
kehilangan Alan. Hubungan aku dengan Alan baru bermula. Aku tak mahu
pengakhirannya tragis.
Alan
bergerak-gerak sedikit. aku melihat jam di telefon bimbitku. Sudah melewati
angka empat. Tak baik tidur waktu-waktu macam ni. Lantas aku bangun dan menuju
ke bilik mandi. Alan kubiarkan lena dulu. Hajatku selepas mandi baru aku
kejutkan dia. Biar dia berehat. Pasti penat melayan kerenahku hari ni.
“Sayang
dah bangun?”
Terpisat-pisat
Alan bangun dari tidur. Aku memandang ke arah Alan. Senyuman kuhadiahkan
buatnya.
“A’ah,
nak mandi la. Melekit dah badan ni.”
Kakiku
ringan melangkah ke bilik mandi. Alan pula kembali menyambung lenanya. Aku
sayangkan perkahwinan ini dan takkan aku biarkan sesiapa pun meruntuhkan rumah
tanggaku yang baru sahaja ingin mengecap bahagia.
‘Shah,
siapa pun diri kau. Takkan aku biarkan kau rosakkan kebahagiaan milikku.’
P/s: Entri pengubat rindu pada bulan ramadan ini. Selamat membaca ya semua. ^^v
lamanya tunnggu