Followers

Siapakah Kekasih Hatiku? 24

Tuesday, August 7, 2012

ALAN mengagah Iza.  Asyik benar bermain dengan Iza. Kala ini aku sedang menyediakan makan malam. Kebelakangan ini kerap betul bonda mengambil Iza. Katanya ingin memberikan ruang untuk aku dan Alan untuk bersama.  Aku hanya membiarkan bonda dengan spekulasinya. Seketika tiada lagi ketawa Alan dan iza di ruang tamu. Ruang tamu sunyi sepi.
‘Ish, takkan Alan bawa Iza keluar?’
Aku mengomel sendirian. Lantas kakiku melangkah keluar dari dapur. Dan apa yang aku lihat, Iza sedang lena dalam dakapan Alan di sofa. Manja betul.
‘Kalaulah Riana masih hidup, mesti dia bahagia sekarang,’ bisik aku sendiri.
Aku meninggalkan Alan dan Iza. Masih banyak kerja yang perlu aku bereskan di dapur. Terlalu banyak masalah yang sedang membelenggun di fikiranku. Identiti Shah yang mengelirukan. Shah yang sudah kukenali sejak dari zaman sekolah lagi. Mengapa dia tegar memperlakukan aku sebegini? Aku tak pasti adakah dia merencanakan sesuatu terhadap Alan. 
Lamunan aku terganggu dengan deringan telefon.
“Abang! Tolong angkat telefon tu,” laung aku dari dapur.
Sudah lama tak melaung macam ni. kali terakhir rasanya sewaktu di universiti. Kuat juga suara aku ni.
“Abang?”
Sekali lagi aku memanggil Alan  namun kali ini suaraku lebih perlahan. Alan masih lagi lena. Lantas telefon yang masih berteriak nyaring kuangkat.
“Helo? Tia bercakap.”
            Aku memulakan. Kedengaran bunyi deheman di hujung talian.
“Tia, aku ni.”
Aku terdiam.
“Shah?” 
Aku berbisik. Bimbang didengari Alan. Aku tak mahu Alan curiga. Aku mahu kekalkan hubungan kami ini.
“Tia, aku dah tak tahan lagi. Boleh kita jumpa? I really miss you.”
Shah menuturkan sesuatu yang aku tak mahu dengar. Kata-kata rindu yang tak sepatutnya diluahkan kepada seorang perempuan yang sudah bergelar isteri.
“Shah, Tia ni isteri orang. Tak patut Shah cakap  macam tu. kita takkan berjumpa jika Shah terus macam ni. Full stop.”
Aku meletakkan ganggang telefon tanpa menunggu balas dari Shah. Aku memandang ke arah Alan yang sudah mulai sedar.
‘Takkanlah Alan terdengar perbualan aku tadi. Aku harap tak.’
*****
SEJAK peristiwa panggilan telefon itu, aku banyak memikirkan mengenai hubungan aku dengan Alan. Aku risau jika Alan tahu mengenai Shah yang masih menaruh hati kepadaku. Bukan niatku aku mahu menyembunyikan perihal Shah dari pengetahuan Alan kerana bagiku Alan tak perlu tahu akan hal ini. Biar aku bereskan sendiri hal ini. Aku masih lagi berkerja di restoran yang sama. Pernah juga Alan memintaku untuk berhenti kerja. Katanya dia mampu menanggungku namun aku menolak. Aku mahu memanfaatkan apa yang aku pelajari di universiti dulu. Aku tak mahu menjadi suri rumah yang tipikal. Suri rumah yang duduk di rumah dan melakukan aktiviti rutin sahaja. Aku mahukan sesuatu yang baru setiap hari.
Aku meneliti setiap tempat di restoran. Kadangkala aku perlu turut sama turun padang bagi memastikan kelancaran restoran. Pekerja-pekerja pun sudah ada yang menunjukkan peningkatan.
‘Bagus betul mereka ni.  Cekap buat kerja.’
Aku memerhatikan beberapa orang pekerja yang  mengambil pesanan daripada pelanggan. Sedang asyik memerhatikan pelanggan yang sedang menjamu selera, mataku tertancap ke arah pasangan suami isteri yang sedang melayani anak mereka.
‘Macam kenal.’
Aku berbisik sendirian.
Aku terus mengamati pasangan itu dari jauh. Bola mataku semakin membulat tatkala menyedari siapakah gerangan lelaki itu. Shah?  Di sisinya seoranag wanita anggun yang begitu sabar melayani kerenah si kecil yang aku anggarkan berusia tiga tahun.
“Han, tengoklah Danish ni, nakal tau.”
 Kedengaran wanita itu berbicara manja kepada Shah.
“Bie, biasalah tu budak-budak. Danish makan elok-elok. Nanti papa belikan mainan baru ok.”
Shah mengambil Danish ke pangkuannya.   Drama keluarga yang bahagia bermain di hadapanku. Aku bersyukur jika Shah bahagia namun mengapa dia tak mengkhabarkan kepadaku yang dia sudah berumah tangga? Mengapa harus menipu diri ini? Mengapa?
Belum sempat aku beredar dari tempat lain, Shah sudah menghalakan pandangannya ke arahku. Serta-merta wajahnya berubah. Aku hanya tersenyum.
“Tia, Shah boleh jelaskan semua ni.”
Shah bangun dan menyapaku apabila aku baru sahaja ingin beredar dari sudut restoran itu.
“Shah, tak payah nak jelaskan apa-apa. Kan Shah dah bahagia. Tia suka Shah bahagia macam ni. kita buat hal kita. Shah dengan keluaga Shah dan Tia dengan keluarga Tia. Itu yang terbaik,” ujarku sambil tersenyum ke arah wanita  yang sedang memangku kanak-kanak itu.
“Tia, jangan buat andaian sendiri.”
Aku tersenyum memandang Shah.
“Shah, cukuplah. Tia Cuma nak tanya Shah satu perkara.”
Aku rasa masanya telah tiba untuk merungkai siapakah Shah sebenarnya.
“Apa dia?”
Shah mengerutkan kening. Mungkin tertanya-tanya mengenai apa yang bakal aku tanya kepadanya.
*****
AKU membasuh pinggan mangkuk yang digunakan makan malam tadi.  Alan sedang menonton televisyen. Iza sudah aku tidurkan sebelum makan malam tadi.  Mujurlah Iza senang diuruskan. Jarang benar aku terjaga tengah malam disebabkan teriakan Iza. Sesungguhnya aku bersyukur punya anak yang senang diuruskan.
Usai membasuh aku mengambil tempat di ruang tamu bersama Alan.  Memang menjadi kebiasaan aku untuk meluangkan masa bersama Alan selepas makan malam. Mata Alan masih tertancap ke cerita yang disiarkan di televisyen. Aku mencapai majalah di atas meja. Cerita yang Alan tonton langsung tak menarik minatku untuk menonton.
“Tia?”
Alan memulakan bicara ketika aku sedang asyik membaca artikel yang di majalah.
“Hurm”
Aku menjawab. Namun bebola mataku masih tidak kualihkan dari majalah lagi.
“Abang ingat nak bawa Tia pergi honeymoon la. Tia ambil cuti tau.” 
Alan meneruskan bicara. Majalah yang sedang asyik kubaca ditutup serta-merta.
‘Betulkah ni? aku tak bermimpi.’
Aku cuba menenangkan diri.
“Bila abang nak pergi? Kat mana? Kita bawa Iza  ke?”
Bertalu-talu pertanyaan aku curahkan kepada Alan.
“Bulan depan tau. Tarikh nanti abang confirmkan semula. Dah nama pun honeymoon sayang, kita tak bawa Iza. Kita pergi berdua sahaja. Maklumlah dulu kita tak sempat nak pergi kan.”
Alan mengenyitkan mata kepadaku. Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul sepuluh malam.
‘Patutlah Alan dah mula menggatal. Memang dah  masuk waktu miang dia dah.’
 Aku merungut sendiri dalam hati. Aku mencebik membalas kenyitan mata Alan dan dia tertawa senang. Mujur Alan tak bertanyakan mengenai panggilan telefon hari itu. Dan bila aku memikirkan rancangan Alan untuk berbulan madu, aku menjadi teruja.
‘Hmm, tak sabar nak bercuti dengan abang.’

 P/s: Terima kasih kepada yang sudi membaca dan mengikuti kisah SKH ni. Ehem..Okay, selamat berpuasa semua.

3 comments:

  1. hmmmm pe la y Shah xpuas ati lg yea,.sbr tgu next en3 keke

  1. ciknie said...:

    nk honeymoon da...yeah2

  1. nursya said...:

    writer...biler nk smbg nie..
    da jd pepatung tggu n3 br...
    huk huk huk...