Followers
Siapakah kekasih hatiku? 15
Posted by
hazel adriana
at
9:48 PM
Monday, January 2, 2012
BAB 15
RENTETAN dari peristiwa itu, aku jadi begitu berhati-hati dengan Alan. Entahlah, aku sebenarnya suka juga diperlakukan sebegitu oleh Alan. Hish. Macam miang sahaja bunyinya kan. Tapi nak buat macam mana, bila hati dah suka. Lagipun tak salah kan nak bermiang-miangan dengan suami sendiri. Tak berdosa pun.
Kala ini aku sedang berada di dapur. Sedang menyediakan hidangan tengah hari buat Alan. Riana? Aku tak pasti di mana. Yang aku tahu Riana sedang berada di rumah ibunya di Singapura. Tapi aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi takkan Alan nak menipu mengenai Riana kan.
Aku memotong kailan. Ikan masin ku keluarkan dari peti ais. Alan begitu sukakan kailan ikan masin. Itu yang aku tahu mengenai makanan kesukaan Alan. Selebihnya, aku sediakan ikan kerapu masak tiga rasa dan juga tomyam campur. Sedang asyik memasak kailan ikan masin itu, aku terasa seperti Alan memasuki dapur. Namun apabila aku berpaling, kelibatnya tiada di dapur.
“Mewah betul makan hari ni.”
Aku merungut sendirian. Tanpa aku sedari Alan sudah berada di belakangku. Mungkin terlalu dekat sehinggakan aku dapat merasakan hembusan nafasnya dan juga menghidu aroma maskulin dari badannya.
“Hah, buat apa tu?”
Alan menyergahku. Habis terpelanting senduk yang kugunakan untuk memasak. Agaknya Alan punya bakat semulajadi . Bakat suka menyergah. Aku berpaling ke arah Alan. Pandangan mataku mencerun. Tanda marah.
“Alan. Habis bersepah dapur. Cepat ambil senduk baru.”
Aku mengarah. Sebetulnya aku takut juga hendak memarahi Alan. Risau dia akan mengamuk. Namun Alan yang kulihat ini, lain daripada Alan yang dulu. Lebih penyabar dengan kerenahku.
“Okay. Tapi aku peliklah. Kenapa kau tak melatah? Kalau Riana, sergah sedikit mesti melatah.”
Alan menghulurkan senduk baru kepadaku. Wajahku yang baru nak bertukar manis menjadi sedikit kelat apabila nama Riana disebut. Aku lupa dia suami Riana. Wanita yang paling dicintai. Manakan dapat dilupakan Riana buat seketika. Aku pun dah jelas mengenai semua ini. Cuma hati aku yang masih degil. Masih menyimpan perasaan cemburu apabila sebaris nama itu disebut.
“Tak seronoklah melatah. Lagipun tu kan penyakit orang tua.”
Aku cuba menceriakan diri sendiri. Alan menghampiri aku. Aku kaku apabila haruman Intimately Bechkam yang digunakan menusuk hidungku. Terasa diriku begitu hampir dengannya.
“Biar aku tolong.”
Alan mengambil senduk dari tanganku dan menyendukkan kailan ke dalam pinggan bujur. Aku? kaku di situ.
‘Bermimpikah aku?’
Lamunan aku terbang pergi apabila Alan menarik aku ke meja makan. Aku didudukkan di kerusi dan nasi disendukkan ke dalam pinggan. Aku naik hairan akan sikapnya. Alan terlalu baik, terlalu prihatin. Adakah agenda tersembunyi di sebalik kebaikan itu? Hati aku kuat mengatakan ya. Namun mindaku menafikan.
“Tia kenapa tak makan? Sedap ni.”
Aku memandang Alan yang sudah menambah nasi ke dalam pinggannya. Aku tersenyum. Seperti kami berdua suami isteri yang bahagia. Perlahan aku menyuap nasi ke dalam mulut. Aku harap masa berlalu dengan begitu lambat agar aku bisa nikmati saat- saat indah seperti ini.
*****
AKU menaip blog yang sudah lama bersawang. Sudah agak lama aku tidak mencoret isi hatiku di dalam blog peribadiku. Kekeringan idea dan ditambah dengan bebanan kerja yang melampau menyebabkan aku jarang membuka blog. Kali ini coretanku berbunyi begini..
Entah mengapa Alan begitu baik denganku. Bagaikan ada agenda tersembunyi di benak fikirannya. Atau dia hanya ingin mempermainkan aku. Bukan Alan tak sedar, aku menagih kasih sayang darinya. Mungkin dia melihat aku bagaikan perempuan terdesak yang terlalu inginkan perhatian darinya. Aku ragu-ragu. Jikalau aku tak tahu Alan berkahwin lain, pasti aku sudah menganggap perubahan ini adalah satu titik permulaan baru dalam perkahwinan kami . Namun aku tahu, sekeping hatinya hanya untuk Riana. Bukan untukku. Terlalu banyak andaian dalam benak fikiranku ini. Namun apabila tiba saatnya, aku pasti pergi dari hidupnya. Pasti.
Tarian jari-jemariku di atas kekunci komputer riba terhenti tatkala terdengar deringan telefon. Aku meneliti skrin telefon. Yang pastinya si pemanggil itu bukan Alan. Tapi dari pemanggil yang tak dikenali. Dengan tawakal aku menekan punat telefon.
“Helo?”
Ayat biasa membuka bicara. Tiada sahutan dari pihak si pemanggil. Apabila aku berkira-kira untuk mematikan talian. Terdengar deheman dari si pemanggil.
“Baby, are you okay?”
Shah teragak-agak menuturkan kata-kata. Pelik. Biasanya Shah akan teruja sewaktu berbicara denganku. Namun kali ini, suaranya agak sayu. Seperti ada masalah yang membelenggu dirinya.
“Shah? Are you okay? Macam tak okay je .”
Lembut aku bertanya. Risau akan menyakiti hatinya jika terlalu kasar bicaraku.
“Hurm.. I’m not okay. My mum asked me to get married as soon as possible.”
Lemah bunyinya. Aku tergelak. Kusangkakan apa tadi. Rupanya hanya di surh berkahwin sahaja, Shah sudah menjadi sebegitu lemah.
“Shah, you should get married. Betul cakap mummy you tu. I pun dah kahwin.”
Lancar sahaja kata-kataku tanpa berfikir panjang. Bunyi keluhan dapat kudengar apabila selesai aku menuturkan ayat itu. Shah, benar-benar serabut dengan masalah kahwin ini.
“How can I get married if my future wife not yet divorced from her husband? Can you tell me?”
Kata-kata Shah membuatku kelu. Tiada kata-kat dapat kubalas.
‘Betulkah Shah begitu cintakan aku? Atau ini semua permainannya dengan Alan. Lagipun mereka kan sepupu.’
“Shah, kan kita dah cakap mengenai hal ni. Tia dah nekad. Tia akan setia dengan Alan. Dan jika ada jodoh kita, buat macam mana pun kita pasti akan bersama.”
Aku tegas kali ini. Aku tak mahu memberikan harapan kepada Shah. Jika jodohku ada bersamanya, maka aku akan bersamanya. Jika tidak, aku tak mahu dia menghabiskan masanya dengan menunggu aku yang tak pasti ini.
“But I love you very much. Macam mana I nak kahwin dengan orang yang I tak cinta.”
Suaranya semakin sayu meruntun jiwaku. Memang dia pernah bertahta di hatiku suatu ketika dahulu, namun setelah berkahwin dengan Alan, aku berjanji akan menyayangi Alan selagi aku bergelar isterinya. Janji itu tak mampu aku ingkari.
Shah mematikan talian apabila aku tak lagi bersuara. Lidah aku seakan keras untuk mengungkapkan kata-kata. Lantas, komputer ribaku ditutup. Aku harus berehat. Esok masih perlu ke restoran.
*****
AKU dikejutkan dengan panggilan telefon dari bonda pagi ahad itu. Katanya dia begitu rindukan aku. Bila difikir-fikir sudah lama aku tak menjenguk bonda. Abah dan mama selalu juga kujenguk tika kelapangan. Bonda? Apa khabar agaknya? Lantas aku meminta izin dari Alan untuk ke rumah bonda. Kini aku terpacak di hadapan rumah bonda. Teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Namun sebelum aku melangkah pergi bonda telah melihat kelibatku. Segera bonda mendapatkanku. Memelukku dengan erat.
“Tia, bonda rindukan Tia. Dah lama sampai? Kenapa tak masuk?” Aku kelu. Aku tersenyum. Langkahku dipanjangkan ke dalam rumah. Di situ kulihat Alan sedang berehat d ruang tamu rumah banglo itu. Cukup selesa nampaknya. Di sampingnya, Riana. Perutnya sudah kelihatan. Tanpa sedar aku meraba perutku. Masih kempis. Agaknya bila aku akan merasai pengalaman seperti Riana?
“Tia? Mari ikut bonda ke dalam. Bonda nak tunjukkan sesuatu untuk Tia.”
Agaknya bonda perasan yang aku memandang ke arah Alan dan Riana. Terus diraih tanganku naik ke tingkat atas.
“Bonda nak tunjukkan apa kat Tia ni?”
Aku agak pelik dengan sikap bonda.Seakan ada sesuatu yang begitu penting ingin ditunjukkan buatku. Namun kakiku terus melangkah menuruti bonda. Aku sampai di hadapan pintu bilik itu. Bonda tersenyum.Bonda membuka pintu dan keadaan bilik itu buat aku terpaku.
‘Adakah ini realiti?’
9 comments:
-
memang suspen...lama tunggu citer ni..kesian kat tia...bila la tia nak rasa bahagia ye...tak sabo nk tunggu en3 seterusnya...
-
eek ... apa yg ada dlm bilek toh?
common writer cepat continue --- nak tau apa?
~alantia
-
bila Tia nk berpisah dgn Alan niii..?? hehehe... jahatnya komen..!! tp x sabar nk Tia perolehi bahagia sendiri...
-
hah btl tu hanim69...
bile si tia nk berpisah ngn alan nie...
x suka tia ngn alan...
biar la tia jumpa somebody yg lg baik dr alan...
nie musti ade muslihat ant alan ngn mak dia nie...
erm...
dorg nie mmg xleh pcaya lgsg la...
huk huk huk..
-
x nak tia ngn alan...buat tia tu keras hati..n sweet je kalau jumpe org lain...yg better than alan...maybe watak baru...hehee...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The true Hazel
-
Coretan Hati10 years ago
Ada persoalan?
About Me
Cerpen
Siapakah Kekasih hatiku?
Siapakah Kekasih Hatiku?
[1][2][3][4][5][6][7][8]
Miskinkah cinta itu?
Powered by Blogger.
dia encik nuffnang
Labels
- apa kata cik hazel (10)
- cerpen (8)
- cinta (2)
- kisah budak matrik (4)
- mini cerita (11)
- novel siapakah kekasih hatiku (1)
- Siapakah kekasih hatiku? (20)
- the chronicles of me (10)
Popular Posts
-
BAB 25 BAJU, seluar, barang mandian, telefon bimbit, lampu suluh, selipar,kain sembahyang dan akhir sekali mekap. Sudah siap. Aku menutu...
-
“Kenapa kau menyorok?” Shima menegur apabila melihat Rayyan yang sedang menyorok di belakang tiang. Dalam hati, terasa ingin tergelak pu...
-
BAB 22 AKU mengenakan kebaya labuh berwarna biru muda. Sengaja kulilitkan selendang berwarna senada. Alan pula segak berbaju Melayu be...
My Blog List
-
-
-
HOMESTAY4 years ago
-
BAB 4 : Setia Menunggu7 years ago
-
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 years ago
-
-
New Update !10 years ago
-
I'm Back !!!11 years ago
-
-
Diulit DOSA CINTA...3413 years ago
-
salam ukhuwwah13 years ago
-
Novel : Dia Suamiku (Episod 31)13 years ago
-
-
-
apa agaknya yg hendak ditunjukkan oleh bonda kpd Tia....suspennya....