Followers

Siapakah kekasih hatiku? 5

Sunday, November 20, 2011
BAB 5
AKU berjalan ke arah pintu masuk dewan. Baju kurung hijau pucuk pisang bersulam labuci menjadi pilihanku. Aku menjenguk-jenguk mencari kelibat Misya. Segan pula hendak melangkah masuk ke dalam dewan. Sedang elok aku terjenguk-jenguk ke dalam dewan, aku dikejutkan dengan sergahan dari seseorang. Dan apabila aku berpaling orang itu adalah Misya. Misya tersengih-sengih memandangku. Matanya bersinar keriangan.
            ‘Seronoklah tu dapat kenakan orang,’ getus aku dalam hati.
Aku memandang Misya. Geram. Namun keadaan tersebut tak lama. Lantas aku memeluk Misya. Rinduku padanya tak pernah susut. Dia merupakan rakan baikku sewaktu aku masih di sekolah sehinggalah aku menjejakkan kaki ke alam universiti.
“Ingat tak sudi datang tadi.”
Misya bersuara apabila pelukan kami dileraikan.
“Datang la. Aku pegang janji tau,” jawab aku sambil berjalan ke arah dewan.
Kakiku dihayunkan memasuki ruang utama dewan diiringi oleh Misya. Ramai juga rakan-rakan sekelasku yang hadir. Masing-masing sudah punya pasangan dan semakin bergaya. Aku mengambil tempat di samping Misya. Belum panas punggungku duduk di kerusi, aku sudah ditegur oleh beberapa rakan sekelasku yang lain. Hakikatnya aku menanti seseorang yang pernah aku minati sewaktu meniti zaman persekolahan dulu. Misya memandang aku.
“Kau tunggu dia ke?”
Misya membawa aku pulang ke dunia nyata.  Aku senyum untuk menutup malu.
“Siapa?”
Aku bertanya. Cuba berpura-pura tak mengerti akan siapa yang dimaksudkan oleh Misya. Misya mengerutkan kening. Aku tersengih melihat wajah Misya yang sedikit pelik.
“Shah.”
Misya memandangku. Aku terdiam. Malas hendak menjawabnya. Misya cuba menyingkap kembali kisah lama dengan menyebut sebaris nama itu.
“Taklah. Kau ni ada-ada je. Ramai jugak kan yang datang. Aku ingat ramai yang malas nak datang function macam ni.”
 Aku cuba menukar topik. Misya yang sememangnya arif akan sikapku hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Makanan yang tersedia di atas meja, aku kunyah perlahan-lahan. Memang terasa nikmatnya. Kebetulan pula, perutku memang tak diisi lagi dengan apa-apa makanan sejak petang tadi. Sesekali aku berbual dengan Misya. Bertanya kepadanya mengenai berita terbaru tentang dirinya dan rakan-rakan yang lain.
Majlis itu berjalan seperti biasa dan rakan sekelasku yang bernama Shah tidak juga muncul. Aku pulang lewat malam itu. Mujurlah aku sudah menunaikan solat isyak jadi tidak payahlah aku berkejar untuk solat. Sampainya di rumah, terus aku merebahkan diri di atas katil. Mahu menenangkan fikiran dan melenyapkan ingatan bersama Shah dan Fairuz.
‘Ah, biarkan mereka.’
*****

SELEPAS malam itu, perjalanan hidupku kembali seperti biasa. Kerja yang berlambak-lambak dan dapat aku rasa kalaulah aku timbunkan semua kerja-kerjaku bolehlah jadi setinggi Bukit Pelindung. Keadaan itu berterusan sehinggalah suatu hari, aku terserempak dengan bekas tunanganku, Fairuz. Ya. Fairuz. Dia kelihatan lebih bergaya dari dulu. Di sebelahnya seorang perempuan yang kukira sangat menawan. Tapi dia bukanlah Julie. Kulihat perut perempuan itu memboyot. Mungkin isterinya. Sudah lebih setahun aku tidak ketemu dengan Fairuz. Pernah juga mama memberitahu bahawa Fairuz sudah berkahwin. Namun aku buat endah tak endah sahaja. Malah majlis perkahwinannya tidak kuhadiri atas alasan aku punya kursus di Langkawi.
Baru sahaja aku ingin berangkat dari situ, Fairuz sudah menegurku. Aku berpaling dan cuba memberikan senyuman yang paling manis kepadanya.
“Hai, kau buat apa kat sini?”
Fairuz memulakan perbualan. Aku memandangnya sambil mengoyangkan plastik yang berisi buah-buahan dan barang-barang dapur. Dia tersenyum melihat tingkahku. Terdetik di hatiku, adakah dia tak punya rasa bersalah kepadaku? Memutuskan pertunangan dan sekarang sudah pun bahagia dengan gadis lain.
“Beli barang dapur sikit. Nak masak hujung minggu ni. Lagipun anniversary abah and mama hujung minggu ni.”
Aku menerangkan. Dia hanya mengangguk. Aku menyorotkan mataku ke perut perempuan itu. Lalu ringan sahaja mulutku bertanyakan kepadanya.
“Dah berapa bulan?”  tanyaku sambil mataku menyorot ke arah perutnya.
“Dah 5 bulan.”
Dia tersenyum sambil menjawab pertanyaanku. Fairuz tersenyum bangga. Seri wajah seorang bakal ayah. Aku melihat wajah wanita itu tersenyum bahagia. Tangan Fairuz erat menggengam tangannya. Mereka nampak bahagia. Entah mengapa, timbul rasa cemburu. Sampai bila aku harus begini. Aku sepatutnya maju ke hadapan. Aku tak mahu lagi dihantui kisah silam. Fairuz hanyalah masa silam yang harus dilupakan. Ya, aku harus melupakannya.
Aku menjeling sekilas ke arah jam tanganku. Ya, sudah lewat. Aku harus berangkat pulang ke rumah. Risau mama dan abah mencariku. Lantas aku mengundur diri dari pertemuan yang tak terduga itu. Jauh di sudut hatiku, aku mengharapkan agar Fairuz bahagia dengan pilihan hatinya.
‘Fairuz, aku doakan kau bahagia selalu.’
*****
SEJAK pulang dari pertemuan yang tidak terduga itu, aku masih terfikirkan keadaan Julie. Jika Fairuz berkahwin, mengapa pengantinnya bukan Julie? Hati aku dilanda pelbagai pertanyaan. Asyik aku melayan lamunan, kakiku sudahpun melangkah ke restoran. Aku mengerling ke arah jam tangan. Aku sampai sedikit lewat untuk hari ini. Dari kejauhan , kulihat Awin berlari mendapatkan aku.
Apesal pulak awin ni? Rindukan aku ke?’
Aku berbicara sendirian dalam hati.
“Cik, pemilik restoran dah sampai.”
Awin tercungap-cungap memberitahu aku.
Pemilik restoran? Setahu aku Tengku Ismail masih di Australia menguruskan syarikatnya yang baru berkembang di sana. Jadi, siapakah pemilik restoran selain dari Tengku Ismail? Aku memandang Awin dengan seribu tanda tanya. Aku cuba bertenang. Awin masih menanti di sisiku. Aku berpaling ke arah Awin.
“Okay, awak buat kerja awak. Saya akan uruskan hal ni.”
Aku cuba berlagak tenang sedangkan hatiku berdegup kencang bagaikan hendak melompat keluar dari badanku. Aku melangkahkan kaki menuju ke ruang VIP restoran. Kulihat seorang lelaki sedang duduk sambil membelek majalah di situ. Aku mendekatinya dan menegurnya. Dia mengangkatkan kepalanya dan memandangku. Aku terpana.
‘Seperti pernah kulihat mamat ni. Tapi di mana ya?’
 Sedang asyik aku terkerut-kerut cuba mengingati di mana aku terserempak dengannya, dia menyergahku.
“ Cik Zatia?”
Dia memulakan bicara. Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong.
“Ya saya. Apa yang boleh saya bantu?”
 Soalan biasa aku dituturkan kepadanya. Soalan pembuka bicara.
“Awak dipecat.”
Dengan selambanya dia menuturkan kata-kata itu. Aku terdiam. Masih berfikir sama ada ini mimpi atau realiti.
“Saya...saya dipecat?” tergagap-gagap aku menuturkannya.
Aku lihat dia mengangguk sedikit. Lantas dia bangkit dari kerusi yang didudukinya dan berjalan ke arahku.
“Cepat kemaskan barang awak dan awak boleh beredar sekarang.”
 Dingin sahaja bicara lelaki itu. Aku terduduk. Aku hanya memerhatikan lelaki itu melangkah keluar dari ruang VIP itu.
*****
AKU kembali ke pejabat. Mengambil barang-barang kepunyaanku dan meletakkannya di dalam kotak. Aku lihat lelaki itu sedang memerhatikan aku mengemas barang. Terfikir juga aku apakah motifnya dia berbuat demikian. Usai aku mengemaskan barang aku mengangkat barang-barang ke luar. Apabila aku mengambil kotak terakhir, Awin dan Kak Bibah mendapatkanku tanpa mempedulikan lelaki itu.
“Cik Tia, selalulah datang sini jenguk kami tau. Kami semua dah sayangkan cik.”
 Kak Bibah menuturkan bicara. Terharu aku mendengarnya. Lantas aku memeluk Kak Bibah dan disusuli pula dengan Awin.
Perlahan aku berjalan dan apabila aku berselisih dengan lelaki itu, aku berhenti seketika. Aku memandang dia dan tersenyum walaupun senyumanku tak semanis selalu.
“Terima kasih encik kerana sudi memecat saya.”
Sindiran tajam aku berikan kepadanya. Dia nampak terkejut dengan sindiran yang aku berikan. Mungkin tak menyangka yang aku mampu menyindirnya.
“Sama-sama. Hope you akan dapat kerja dalam ekonomi gawat macam ni.”
 Usai menuturkan kata-kata tersebut dia ketawa. Agak menakutkan ibarat menonton drama seram di TV3.
Aku terus ke keretaku dan memandu pulang ke rumah.
*****
SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah aku masih memikirkan punca aku dipecat. Lelaki tadi yang tidak aku ketahui namanya juga meninggalkan aku tanda tanya mengenai dirinya. Aku pelik. Aku meneruskan pemanduan sehingga sampai ke rumah dengan selamatnya. Aku kehairanan melihat kereta penuh di halaman rumahku sehinggakan tiada tempat untuk memarkir kereta kecilku ini.Lama aku termenung di dalam kereta sebelum aku mengambil keputusan memarkir kereta di tepi jalan. Aku berjalan ke arah pintu belakang rumah.
Kulihat Liya, adikku sedang membantu mama menghidangkan air untuk tetamu. Ramai tetamu yang hadir sehinggakan penuh satu ruang tamu rumahku.
“Mama, siapa yang datang tu? Ramai je Tia tengok.”
Aku menegur mama yang sedang memotong kek oren untuk dihidangkan kepada tetamu.
“Ala kawan lama mama.”
Mama berbicara pendek. Mama seakan-akan mengelak dariku.
“Kak Tia jangan risau. Bukan ada apa pun. Nak air? Liya buatkan,” pelawa adikku yang masih menuntut di kolej kejururawatan di Selangor. Aku mengangguk. Persoalan itu aku biarkan berlegar-legar di mindaku.
*****

3 comments:

  1. eija said...:

    misteri nie... Nape dia di pecat??? Ish...

  1. Hanim69 said...:

    dia dipecat sbb nk dijadikan isteri kot....

  1. Terima kasih kerana sudi membaca. ^^